Senarai Makanan Minuman Penambah Kahak Anak Sayang Anak Kita Mesti Ubah


JANGAN TAMBAH KAHAK ANAK. KITA PERLU UBAH. Usah rumitkan, burukkan lagi keadaan kesihatan anak kita sekarang dengan pemberian susu kotak, roti, kek, aiskrim, biskut, ice blended, boba tea pekat likat super manisnya.
Kupasan Puan Ainini Zainal ini sangat bagus kerana ia memberi panduan bagaimana ibu bapa harus ubah kepada pemakanan sihat.
Ini baru sikit yang disebut. Banyak lagi list makanan dan minuman tinggi gula anak-anak kita, kan?

Ibu ayah jangan rasa teruk. Saya dulu pun pernah melalui fasa bagi je semua kat anak, SEBAB KITA INGATKAN OK JE.
Berapa banyak gula kita ‘beri’ pada anak setiap hari?
Anak ada kerap batuk, selesema, demam, gatal-gatal? Atau kurang daya tumpuan sama ada di luar atau dalam pembelajaran, selalu cranky, kadangkala anxiety dan terlalu aktif tanpa diketahui punca?
Atau Ekzemanya semakin teruk, Asma pula tak reda-reda?
Ia mungkin berpunca daripada berlebihannya kadar kandungan gula yang mereka ambil setiap hari. Ya, saya tahu mungkin ramai yang akan ‘in denial’, tapi ibu ayah, kadangkala kebenaran itu memang pahit.
Ini bukan rekaan. Based on research, gula adalah antaran CULPRIT, penyebab keradangan dan penyumbang peningkatan mukus/hingus/kahak.

Mukus itu penting untuk respiratory system kita, untuk lindungi paru-paru tetapi TIDAK JIKA IA JADI BERLEBIHAN.
Jika kita biasa mulakan sarapan keluarga dan bekal anak dengan air manis, selepas ini, apa kata biasakan dengan air kosong saja?
Or at least, bagi anak buah jika benar dia mahu yang manis. Whole fruit. Jika kita tahu berapa banyak gula yang ada dalam air kotak kegemaran anak, susu kultur wajib dalam sarapan anak atau jus dalam botol komersial yang kita sangka tiada bersudu-sudu gula dan semulajadi, mungkin kita tak akan percaya, itulah yang kita berikan pada mereka.
Realitinya, kandungan gula dalam minuman serta makanan harian anak-anak yang kebanyakannya komersial, AMATLAH TINGGI.
Gula bersudu-sudu memang kita tidak suap ke mulut mereka, tapi semua itu dibancuh di dalam minuman dan makanan kegemaran mereka, mommies.
Badan yang sihat datangnya daripada usus yang sihat. Sistem imun badan lemah juga berkaitan dengan USUS. Usus yang sihat adalah usus yang BEBAS DARIPADA KEBOCORAN USUS (LEAKY GUT).
Jika usus bocor, ia umpama kita makan sejuta jenis makanan berkhasiat, khasiatnya tidak diserap ke badan kerana usus kita bocor (khasiat keluar melalui bahagian bocor itu.)

Kerana itulah, makan sihat pun tiada kesan. Itu yang makan sihat, bayangkan yang makan segala jenis makanan yang memudaratkan.
Leaky gut salah satunya datang daripada PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT DAN PENGAMBILAN MAKANAN PENYEBAB KERADANGAN.
Apakah makanan punca leaky gut PALING POPULAR?
GLUTEN.
Gluten datangnya daripada TEPUNG GANDUM. Gluten jika tidak dapat dihadam sempurna oleh usus, berlaku keradangan. Penyebab masalah seterusnya yang berlarutan hingga memberi kesan terhadap kesihatan. Sedikit demi sedikit.
Slowly BUT SURELY.
GULA.
Satu lagi CULPRIT. Ramai tak sangka gula adalah makanan penyebab keradangan dan menyebabkan sistem imun badan merudum.
Kerap sakit.
Selesema.
Berkahak.
Baru sembuh, minggu depan sakit lagi.
Ramai tak tahu, GULA mempengaruhi daya fokus dan fungsi otak.
Makanan bergluten/bergandum dan bergula paling popular yang diberikan kepada anak-anak kita adalah
ROTI.
KEK.
BISKUT.
DONAT.
SUSU KOTAK BERPERISA, MINUMAN DALAM BOTOL/TIN BERWARNA WARNI. TINGGI GULA.
JAJAN (JUNKFOOD).
FASTFOOD.
Roti, kek, biskut, makanan segera sebenarnya sudah boleh masuk kategori junkfood kerana kandungan bahan yang digunakan majoritinya menyamai bahan yang digunakan industri makanan untuk junkfood.
Digabungkan pula dengan makanan minuman tinggi GULA. Ramai akan cakap, OH, PATUTLAH ANAK SAYA SELALU BERKAHAK. PATUT SELALU SAKIT. PATUTLAH BARU SIHAT, DAH SAKIT BALIK.
Akhirnya, kita dapat kaitan, kan? 😭
Sihat dan sakit itu, ya URUSAN ALLAH. Tapi Allah juga memberi pesanan kepada kita di dalam Al Quran betapa perlu mencari yang BUKAN SAJA HALAL, TETAPI TOYYIB (SIHAT, TIDAK MEMUDARATKAN).
Mahu lihat LOGO HALAL SAJA, restoran makanan segera pun bersusun logo halal, rak jajan, minuman tinggi gula, pewarna di pasaraya MAJORITI ADA LOGO HALAL.
Logo halal BUKAN penentu segalanya. Baca label makanan sebelum beli.
Label= bukan tulisan yang besar pada pek sahaja, yang kecil itu lebih utama.
P/S: Memang ada alternatif GLUTENFREE DAN BEBAS GULA PUTIH, tapi tak bermaksud ia okay untuk diambil selalu. Ramai anak diberi pula kek, roti, biskut yang bebas gluten ini pada anak-anak setiap hari, setiap minggu atas alasan ia bebas gandum atau guna gula organik.
Sedangkan semua ini bukan makanan ruji. Mengapa jadikan ia keperluan? Pilih real food.
Kredit: Ainini Zainal

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post Senarai Makanan & Minuman Penambah Kahak Anak. Sayang Anak, Kita Mesti Ubah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/senarai-makanan-minuman-penambah-kahak-anak-sayang-anak-kita-mesti-ubah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Senarai Ubat Batuk Selesema Yang Tak Sesuai Untuk Anak Bawah 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

Ini Senarai Ubat Batuk Selesema Yang Tak Sesuai Untuk Anak Bawah 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 265 hits
Bila anak batuk dan selesema tentu sekali membuatkan mama papa rasa risau lebih lebih lagi jika anak yang masih kecil terpaksa menahan sakit Namun tak semua jenis ubatan sesuai untuk anak anak yang masih kecil terutama sekali anak yang masi...
Dr Sheikh Kongsi Tip Anak Anak Saling Sayang Jarang Bergaduh Buat Ini 5x Sehari

Dr Sheikh Kongsi Tip Anak Anak Saling Sayang Jarang Bergaduh Buat Ini 5x Sehari

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 176 hits
Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga popular dengan perkongsian mengenai keibubapaan sekali lagi tampil berkongsi tentang bagaimana caranya mendidik anak anak untuk saling sayang antara satu sama lain Menurutnya di...
Kentang Boleh Sebabkan Kahak Elak Makan Kalau Anak Alah Dengan 2 Unsur Ini Dalam Kentang

Kentang Boleh Sebabkan Kahak Elak Makan Kalau Anak Alah Dengan 2 Unsur Ini Dalam Kentang

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 155 hits
Ubi kentang adalah salah satu daripada sumber makanan paling biasa Ianya mempunyai banyak khasiat namun bagi sesetengah manusia ia boleh mendatangkan mudarat jika mempunyai alahan terhadap makanan ini KENTANG BOLEH SEBABKAN KAHAK Dalam kent...
Jangan Kata Begini Ketika Marah Anak Anak Cuba Ubah Pada Ayat Ini Lagi Elok

Jangan Kata Begini Ketika Marah Anak Anak Cuba Ubah Pada Ayat Ini Lagi Elok

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 256 hits
Ibu antara orang nombor satu anak anak akan sayang sehingga ke akhir hayat Walaupun sesekali garang anak anak tetap nak bermanja Tak dinafikan ada masanya jika ibu terlalu penat anak pula buat hal akan terkeluar kata kata yang tak diminta S...
Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 274 hits
Kita perlu jadi kawan dengan anak anak Turunkan ego cuba luangkan masa dengar apa anak nak bercerita Ini tip dikongsikan personaliti TV radio pelawak dan pelakon Issey Fazlisham Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah n...
Anak Kerap Tak Sihat Cuba Stop Dulu Bagi Makanan Jenis Ini Tengok Hasilnya

Anak Kerap Tak Sihat Cuba Stop Dulu Bagi Makanan Jenis Ini Tengok Hasilnya

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 196 hits
CUBA STOP BELIKAN ANAK SOSEJ NUGGET ROTI BISKUT KEK COKLAT GULA GULA JUNKFOOD FASTFOOD MINUMAN MANIS BERPEWARNA TIRUAN SELAMA 3 BULAN Lihat keadaan kesihatan mereka nanti Bukan seorang dua ibubapa yang telah lihat semua perubahan ini Bukan ...
Harga Makanan Kantin Ibu Bapa Risau Terpaksa Ikhtiar Demi Anak Kenyang

Harga Makanan Kantin Ibu Bapa Risau Terpaksa Ikhtiar Demi Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 185 hits
Rata rata ibu bapa yang ditemui FMT berkata mereka bimbang sekiranya harga makanan di kantin sekolah meningkat susulan kenaikan harga barang mentah PETALING JAYA Susulan keluhan pengusaha kantin berikutan penyelarasan harga makanan yang ter...
Anak Batuk Selesema Demam Nak Cepat Sihat Hentikan Dulu Makanan Jenis Ni

Anak Batuk Selesema Demam Nak Cepat Sihat Hentikan Dulu Makanan Jenis Ni

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 218 hits
Demam batuk selesema yang kerap berlaku pada anak anak disebabkan pelbagai punca Antaranya ialah disebabkan oleh persekitaran yang tak sihat cuaca tak menentu dan pemakanan Bagi ibu bapa yang mengalami situasi anak kerap tak sihat perlu leb...
Ada Sebabnya Mengapa Anak Tak Boleh Selalu Ambil Makanan Bergula Beri Kesan Pada Memori Anak

Ada Sebabnya Mengapa Anak Tak Boleh Selalu Ambil Makanan Bergula Beri Kesan Pada Memori Anak

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 172 hits
Ada sebabnya mengapa gula dan garam dilarang pengambilannya dalam kuantiti yang banyak pada anak anak kecil kita Minuman dan makanan manis seperti aiskrim dan sebagainya elakkan diambil setiap minggu Melalui kajian gula khususnya dikatakan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi