Dr Sheikh Kongsi Tip Anak Anak Saling Sayang Jarang Bergaduh Buat Ini 5x Sehari


Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga popular dengan perkongsian mengenai keibubapaan sekali lagi tampil berkongsi tentang bagaimana caranya mendidik anak-anak untuk saling sayang antara satu sama lain.

Menurutnya, dia selalu berpesan kepada anak-anak tak kira peringkat umur untuk sentiasa menjadikan pesananya sebagai amalan setiap hari.

‘Macam mana nak pupuk kasih sayang antara adik beradik?’
‘Menggalakan mereka untuk sayang satu sama lain, untuk peluk satu sama lain, untuk cium satu sama lain.’
‘Lakukan 5 kali sehari setiap hari.’

Selain itu, Ini antara perkara yang perlu anda lakukan semasa anak-anak masih kecil kalau anda mahu hubungan adik beradik anak-anak terus kukuh dan bahagia sampai bila-bila yang pernah dikongsi dalam Majalah Pa&Ma.
Sama Adil
Tidak adil merupakan kesilapan yang sering ibu bapa buat tanpa sedar. Contohnya apabila adik buat silap bukan adik yang dimarahi tetapi yang sulung. Alasan yang tua tidak jaga yang kecil. Apabila situasi ini terlalu kerap berlaku akan membuatkan si sulung membenci adiknya dan mereka secara tidak langsung menjadi jauh dan mencemburui antara satu sama lain.

Begitu juga apabila ingin membeli sesuatu pasti kan anda membelinya sama adil agar perasaan kecil hati atau cemburu itu tidak timbul. Mungkin anda rasa abang dah besar takkan nak beli permainan lagi. Abang tak payah beli adik sahaja.  Anak-anak sentiasa menuntut untuk dilayan serta di hargai sama rata tidak kiralah apa jua situasi. Jadi anda lah yang perlu bijak mengawal situasi seperti berikut agar tiada yang terasa hati. Harus diingatkan juga, kebiasaannya anak yang rasa dirinya tidak disayangi semakin mereka besar semakin akan menjauh dari keluarga. Jangan sampai jadi begitu ya..
Sikap Tolong-Menolong
Walaupun mereka masih kecil tetapi sikap tolong menolong ini perlu diajar dari awal lagi. Contohnya apabila adik keluarkan permainan dan ketika masa berkemas. Minta abang atau kakak tolong mengemas sama-sama. Sambil mengemas mungkin anda boleh berikan pujian atau bermain siapa lagi pantas menyimpan. Mereka akan rasa seronok dan bergembira bekerjasama.
Begitu juga apabila abang atau kakak perlukan pertolongan minta adik bantu juga. Mungkin bantuan adik tidaklah besar mana kerana kemampuannya tetapi yang penting anda telah didik mereka adik beradik sentiasa bantu membantu dan susah senang bersama hanya dimulakan dengan perkara-perkara kecil.

Makan sama-sama
Usahakanlah paling tidak sekali dalam sehari untuk semua ahli keluarga berkumpul makan bersama-sama. Saat makan bersama-sama, bercerita dan ketawa akan membuat semua ahli keluarga rasa seronok dan menghargai antara satu sama lain.  Malah akan membuatkan kasih sayang makin hari makin kuat antara satu sama lain.
Jaga antara satu sama lain
Sehari paling kurang sekali wajib pesankan pada anak-anak untuk mereka sentiasa jaga antara satu sama lain. Sebelum pergi sekolah atau boleh juga sebelum tidur katakan pada anak-anak “Abang atau kakak perlu jaga adik dan begitu juga adik perlu jaga abang atau kakak……..”. Percayalah kalau dari kecil anda sudah ingatkan perkara ini pada anak-anak apabila mereka dewasa kelak pesanan ini akan sentiasa kukuh dalam ingatan mereka adik beradik.

Tunjukkan Contoh Yang Baik
Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Mahu anak-anak jadi baik tetapi anda sendiri tidak begitu. Anda juga perlu pasti kan hubungan anda dengan adik beradik baik. Sentiasa tolong menolong, ziarah menzirahi serta sayang menyayangi antara satu sama lain. Contoh yang baik ini akan mereka jadikan sebagai panduan untuk mereka bila dewasa nanti.
Kredit: drsheikhmuszaphar , majalahpama

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Dr Sheikh Kongsi Tip Anak-Anak Saling Sayang & Jarang Bergaduh, Buat Ini 5x Sehari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dr-sheikh-kongsi-tip-anak-anak-saling-sayang-jarang-bergaduh-buat-ini-5x-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Disahkan Moderate Autisme Di Usia 3 Tahun Mummy Ini Kongsi Tip Jaga Anak Istimewa

Anak Disahkan Moderate Autisme Di Usia 3 Tahun Mummy Ini Kongsi Tip Jaga Anak Istimewa

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 165 hits
Anak Puan ada ciri moderate autism Sudah tentu banyak persoalan yang akan bermain di fikiran ibu bapa apabila mendengar perkhabaran ini daripada mulut doktor Antaranya Apakah maksud moderate autism ini Betul ke apa yang aku dengar anak aku ...
5 Tahun Dah Basuh Pinggan Darjah 1 Pandai Gosok Baju Ayah Kongsi Tip Didik Anak

5 Tahun Dah Basuh Pinggan Darjah 1 Pandai Gosok Baju Ayah Kongsi Tip Didik Anak

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 193 hits
Bab mendidik dan membesarkan anak anak setiap ibu bapa ada cara tersendiri Begitu juga dalam mengajar anak membuat kerja rumah Orang kata lagi awal kita ajar dan biasakan anak lagi mudah anak faham tanggungjawabnya Seelok eloknya beri tugas...
Bapa Ini Kongsi Tip Travel Bersama 3 Anak Kecil Ke Switzerland Selama 9 Hari

Bapa Ini Kongsi Tip Travel Bersama 3 Anak Kecil Ke Switzerland Selama 9 Hari

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 155 hits
Percutian bersama anak kecil memang sesuatu yang ibu ayah impikan namun bila memikirkan cabaran yang bakal dihdapai membuatkan ramai yang berfikir beberapa kali lebih lebih lagi jika jarak percutian tersebut agak jauh seperti di luar negara...
Paling Penting Anak Kenyang Anak Ramah Aktif Ika Nabella Kongsi Pengalaman Tip Layan Anak Atas Flight

Paling Penting Anak Kenyang Anak Ramah Aktif Ika Nabella Kongsi Pengalaman Tip Layan Anak Atas Flight

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 230 hits
Pengalaman pertama kali anak melalui penerbangan yang lama memang mencabar Disebabkan terlebih teruja dan aktif anak mula tak duduk diam Seronok tapi mencabar Inilah yang dilalui oleh pelakon Ika Nabella bersama anak dan suaminya yang bercu...
Ibu Kongsi Cara Ajar Anak Suka Buku Seawal 2 Tahun Tv Gajet Kurang Minat

Ibu Kongsi Cara Ajar Anak Suka Buku Seawal 2 Tahun Tv Gajet Kurang Minat

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 194 hits
Bila masa sesuai boleh ajar anak minat membaca Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa Sebenarnya tiada spesifik umur cuma jika dari awal anak dibiasakan dengan buku lagi bagus Seperti perkongsian ibu ini Puan Fathin Suhaila Azm...
Surat Beranak Wajib Bawa Original Nak Mudah Buat Passport Anak Dr Say Kongsi Panduan

Surat Beranak Wajib Bawa Original Nak Mudah Buat Passport Anak Dr Say Kongsi Panduan

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 245 hits
Sejak kerajaan membenarkan perjalanan keluar negara ramai yang sudah mula merancang untuk membawa anak bercuti ke luar negara Pun begitu proses membuat passport yang sukar terutama terpaksa membuat temujanji dan sebagainya membuatkan kita b...
Nak Otak Anak Cerdik Doktor Kongsi Wajib Perkenalkan Buah Delima Pada Anak Sejak Kecil

Nak Otak Anak Cerdik Doktor Kongsi Wajib Perkenalkan Buah Delima Pada Anak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 175 hits
Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia Delima menjadi antara enam buah buahan yang disebut di dalam al Quran Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini Doktor Mazlia...
Dato Fadzilah Kongsi 10 Tip Semarak Rasa Cinta Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

Dato Fadzilah Kongsi 10 Tip Semarak Rasa Cinta Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 169 hits
Adat dalam rumah tangga sesekali bermasam muka dan berselisihan faham itu normal Kadang benda kecil je pun boleh buat suami atau isteri diam seketika Masa ni lah boleh nampak skil memujuk antara satu sama lain Bagi anda yang ingin terus men...
Ini 3 Tip Tambah Ketinggian Anak Sebelum Umur 18 Tahun Masih Sempat

Ini 3 Tip Tambah Ketinggian Anak Sebelum Umur 18 Tahun Masih Sempat

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 220 hits
Bagi ibu bapa yang memiliki anak berusia bawah 18 tahun risau lihat ketinggian anak agak rendah berbanding rakan sebaya jangan cepat risau Ada beberapa tip boleh dicuba dalam tempoh ini Biasanya perkembangan anak lebih cepat apabila dah mul...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids