Anak Kerap Tak Sihat Cuba Stop Dulu Bagi Makanan Jenis Ini Tengok Hasilnya


CUBA STOP BELIKAN ANAK SOSEJ, NUGGET, ROTI, BISKUT, KEK, COKLAT, GULA-GULA, JUNKFOOD, FASTFOOD, MINUMAN MANIS, BERPEWARNA TIRUAN SELAMA 3 BULAN.
Lihat keadaan kesihatan mereka nanti. Bukan seorang dua ibubapa yang telah lihat semua perubahan ini. Bukan seorang dua yang sudah nampak mengapa dulu anak kerap sakit.
Demam.
Selesema.
Batuk.

Semua orang akan sakit. Sakit adalah cara untuk badan bertindakbalas terhadap ancaman yang ada di sekelilingnya mahupun apa yang masuk ke badannya.
Demam, selesema, batuk itu bagus. TAPI tidak jika terlalu kerap. Tidak lagi normal jika dulu ok saja, tapi bila kerap ambil makanan terproses, kerap makan junkfood, fastfood, kerap sakit.

Itu petanda, diet harus diubah. Bukan petanda biasalah budak budak demam. Hingus itu bagus. Ia ada fungsi. Tapi jika berlebihan, ia tidak lagi normal.
Makanan tinggi MSG banyak terdapat dalam bahan asas masakan komersial seperti:
Kicap.
Kiub ayam.
Perencah makanan segera.
Perencah mee segera.
Serbuk perasa masakan.
Fastfood.
Junkfood.
Sosej.
Nugget.
Burger.
Banyak lagi.
Baca label makanan sebelum beli.

Makanan berasaskan gandum. Perlu elak dahulu kerana ia MUCUS FORMING FOOD. INFLAMMATORY FOOD
Roti.
Kek.
Biskut.
Kuih muih berasaskan gandum.
Pau.
Mee kuning.
Pizza.
Burger.
Bun.
Banyak junkfood dan fastfood berasaskan gandum. Jika ambil ketika tak sihat, keradangan makin berlaku, proses penyembuhan juga makin terganggu.
Ramai ibu bapa sekarang dah faham kaitan makanan dan kesihatan anak. Mereka berjaga jaga. Mereka usaha sedikit demi sedikit. Walau belum perfect. Tak apa. Yang penting kita usaha, kan?
APA ITU REAL FOOD?
Karbohidrat – daripada nasi, ubi, grains contohnya. Elakkan yang berasaskan tepung. Sesekali oklah. Pilih grains dalam bentuk asalnya, bukan yang diproses menjadi tepung.
Nasi, ubi keledek antara hidangan sesuai bagi anak. Anak bosan makan nasi dan lauk, sediakan bubur. Atau bebola nasi. Atau bakar ayam bersama keledek, perap dengan campuran bawang kisar, garam, sedikit lada hitam, sedikit madu. Sedap dah.
Protein – pilih diet berasaskan telur, ayam, ikan, daging, seafood. Bukan protein powder, anak tak perlukan tu. Mereka perlu makanan dalam bentuk asal. Anak perlu daging segar, BUKAN sosej daging komersial. Mereka perlu ayam segar, BUKAN nugget ayam komersial, serbuk ayam.
DAGING APA PERLU ELAK? DAGING BURGER, DAGING SOSEJ KOMERSIAL. INI YANG KENA ELAK.
DAGING FRESH TINGGI KHASIAT. Bagi anak at least 2 hidangan seminggu. Mereka perlu khasiat baik untuk membesar.
Fiber/serat – berikan sayur, buah. Bukan jus bergula, bukan jus yang dah tak ada seratnya. Sesekali jus oklah, tapi cara terbaik, makan buah sebiji, supaya seratnya semua anak makan. Pelbagaikan hidangan sayur. Carrot. Sayur hijau.
Bawang, halia, kunyit, semua MAKANAN ANTIBAKTERIA, ANTIRADANG, ANTIVIRAL. IMMUNE BOOSTER.
Nampak kan, pentingnya homemade food yang tak perlu pun ada serbuk perasa, kiub masakan komersial tinggi MSG. Masak dengan cara yang betul dapat bantu kita dapat rasa MSG SEMULAJADI dalam makanan.
Lemak – bagi lemak sihat dari olive oil, coconut oil, Pure Ghee/Minyak Sapi.
Lemak daripada cheese, sesekali boleh bukan setiap hari kerana ia tetap tinggi garam. Tetap processed food. ELAK TERUS SERBUK CHEESE. Ia bukan cheese sebenar. Baca label apa ada dalam tu.
Elakkan terus yang perlu dielakkan dan berperasa tiruan. Ia bukan saja chemical-based food tetapi juga banyak beri kesan terhadap immune system mereka.

Apa itu REAL FOOD?
Makanan yang TIADA ingredients. Tembikai contohnya, ia tak mengandungi 2,3 bahan untuk jadikannya tembikai. Ingredientnya hanyalah tembikai.
Ikan, telur, ayam, sayur, semua hanya ada 1 bahan, betul? Berbeza dengan roti. Apa ingredients roti? Gandum, gula, yis dan jika roti komersial, siap letak dough softener/bread improver yang banyak kesan sampingan. So, ia BUKAN REAL FOOD.
Saya bercerita begini bukan sebab dari awal saya berikan yang ok untuk anak.
I MADE LOTS OF MISTAKES BEFORE.
Sebab itu bila kami ubah dan lihat hasilnya bertahun tahun, saya kongsikan ilmunya.
Kita usaha sama sama, okay? Teruskan, jangan putus asa.
Kredit: Puan Ainini Zainal

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post Anak Kerap Tak Sihat, Cuba Stop Dulu Bagi Makanan Jenis Ini. Tengok Hasilnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kerap-tak-sihat-cuba-stop-dulu-bagi-makanan-jenis-ini-tengok-hasilnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Batuk Selesema Demam Nak Cepat Sihat Hentikan Dulu Makanan Jenis Ni

Anak Batuk Selesema Demam Nak Cepat Sihat Hentikan Dulu Makanan Jenis Ni

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 210 hits
Demam batuk selesema yang kerap berlaku pada anak anak disebabkan pelbagai punca Antaranya ialah disebabkan oleh persekitaran yang tak sihat cuaca tak menentu dan pemakanan Bagi ibu bapa yang mengalami situasi anak kerap tak sihat perlu leb...
Elak Anak Kerap Sembelit Perlu Booster Lancarkan Usus Anak 12 Makanan Ni Paling Membantu

Elak Anak Kerap Sembelit Perlu Booster Lancarkan Usus Anak 12 Makanan Ni Paling Membantu

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 162 hits
Ibu mana yang sanggup melihat anak menangis setiap kali hendak membuang Sesekali mungkin tidak mengapa inikan pula setiap hari Usahakan untuk mengubah diet anak dengan makanan khas untuk usus Apa makanan khas untuk usus ini Makanan bersifat...
Dah Genetik Kami Dia Kurus Tapi Sihat Anak Elvina Mangsa Body Shaming

Dah Genetik Kami Dia Kurus Tapi Sihat Anak Elvina Mangsa Body Shaming

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 303 hits
Agak jarang pelakon Datin Elvina Mohamad membuat sesi luahan di platform media sosial Disebabkan anak lelakinya Karl Mateen 3 menjadi mangsa body shaming Elvina meluahkan dia agak terasa hati Menerusi Instagram Stories Elvina 27 mendedahkan...
Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 267 hits
Perasan tak setiap kali makan buah anggur pasti ada waktunya kita rasa sakit tekak Semuanya disebabkan buah anggur tidak dicuci dengan bersih Buahan buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin bagi mem...
Latih Anak Bijak Matematik Cuba Aplikasi Ni Konsepnya Belajar Sambil Main

Latih Anak Bijak Matematik Cuba Aplikasi Ni Konsepnya Belajar Sambil Main

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 190 hits
Mengajar anak minat matematik bukanlah susah Ada banyak cara santai yang ibu bapa boleh lakukan untuk biasakan anak dengan nombor Tak perlu susah nak beli bahan pembelajaran sebab jika ibu bapa kreatif boleh guna saja bahan yang ada di ruma...
Ph Cuba Selesaikan Isu Anak Angkat Bn Buat Tak Kisah

Ph Cuba Selesaikan Isu Anak Angkat Bn Buat Tak Kisah

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 221 hits
PH cuba selesaikan isu anak angkat BN buat tak kisahPosted By on July 15 2022Masalah pengambilan anak angkat bukan warganegara Malaysia pernah cuba diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 lalu Menteri Pembangunan Wa...
Jangan Kata Begini Ketika Marah Anak Anak Cuba Ubah Pada Ayat Ini Lagi Elok

Jangan Kata Begini Ketika Marah Anak Anak Cuba Ubah Pada Ayat Ini Lagi Elok

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 249 hits
Ibu antara orang nombor satu anak anak akan sayang sehingga ke akhir hayat Walaupun sesekali garang anak anak tetap nak bermanja Tak dinafikan ada masanya jika ibu terlalu penat anak pula buat hal akan terkeluar kata kata yang tak diminta S...
Anak Ada 2 Pusar Nakal Keras Kepala Tu Mitos Penting Anak Kita Sihat

Anak Ada 2 Pusar Nakal Keras Kepala Tu Mitos Penting Anak Kita Sihat

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 164 hits
Ooo Patutlah dua pusar Selalunya orang selalu kaitkan anak yang ada dua pusar di kepala ni nakal keras kepala dan tak dengar cakap Tak pasti dari mana ia bermula tetapi ini yang sering orang tua tua dulu percaya sehingga kepercayaan tersebu...
5 Tahun Dah Eczema Anak Tak Datang Dulu Teruk Bapa Ini Kongsi Hanya Kawal Pemakanan

5 Tahun Dah Eczema Anak Tak Datang Dulu Teruk Bapa Ini Kongsi Hanya Kawal Pemakanan

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 260 hits
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi kanak kanak Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak gatal dan ruam merah yang kadang kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair Jika berpanjan...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025