Harga Makanan Kantin Ibu Bapa Risau Terpaksa Ikhtiar Demi Anak Kenyang


 
Rata-rata ibu bapa yang ditemui FMT berkata mereka bimbang sekiranya harga makanan di kantin sekolah meningkat susulan kenaikan harga barang mentah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Susulan keluhan pengusaha kantin berikutan penyelarasan harga makanan yang terikat dengan kontrak sekolah, segelintir ibu bapa meluahkan kebimbangan jika berlaku kenaikan harga makanan di kantin kelak.
Mohamad Syafiq.Bapa kepada dua anak, Mohamad Syafiq yang juga dari golongan B40 berkata, dia terpaksa mencari ikhtiar penyelesaian lain iaitu sama ada menambah wang saku atau menyediakan bekal bagi anaknya jika harga makanan di kantin betul-betul naik nanti.
“Agak tersepit juga sedangkan saya baru memulakan perniagaan sendiri tahun lepas. Setakat ini wang saku sebanyak RM3 atau RM4 masih cukup untuk anak, tapi kalau harga naik nanti, naik RM1 sebenarnya pun jurang banyak.
“Bagi saya, pihak sekolah tidak perlu menaikkan harga makanan di kantin pun, sebab saiz (catuan) makanan yang diambil budak sekolah tidak banyak sangat. Mereka makan hanya untuk kenyang sewaktu sarapan pagi sahaja, kalau nak kurangkan ‘portion’ sedikit saya masih boleh terima,” katanya kepada FMT.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Syarifah Laili.Suri rumah, Syarifah Laili yang mempunyai lima anak mengakui terpaksa menaikkan wang saku anaknya sekiranya harga makanan di kantin naik dengan melampau.
“Tak pasti harga ada naik ke tak, tapi biasanya saya bagi wang saku sebanyak RM3, cukup untuk membeli sepinggan nasi goreng biasa sahaja yang harganya mencecah RM2.
“Kalau seorang anak mungkin tidak terasa dengan kenaikan harga itu, tapi bagi yang mempunyai anak ramai seperti saya pasti terasa, biarpun naik 50 sen,” katanya.
Menurut seorang lagi bapa kepada tiga anak, Muhammad Ridzuan, agak sukar untuk mengetahui sama ada harga makanan di kantin akan naik kerana prosedur operasi standard (SOP) sekolah tidak membenarkan ibu bapa masuk ke dalam kawasan sekolah.
Muhammad Ridzuan.“Sebelum ini abang dan kakak hanya diberi wang saku sebanyak RM4 sahaja. Sekarang wang saku bagi anak ketiga saya sudah naik sampai RM6, pun tidak cukup lagi. Dulu dapat beli nasi lemak biasa dengan telur sahaja dengan RM2, tapi masa ini telah naik sampai RM3.50,” katanya.
Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan jika perlu menambah berapa banyak lagi perbelanjaan persekolahan untuk anaknya sekiranya langkah penyelarasan harga makanan di kantin dilaksanakan.
Rashid.Seorang lagi bapa, Rashid yang dari golongan M40 pula berkata, dia terpaksa akur dengan keputusan kerajaan berikutan kenaikan mendadak semua barang mentah.
Bagaimanapun, dia berharap sebarang kenaikan itu tidak terlalu tinggi sedangkan wang saku sebanyak RM3 bagi anaknya setakat ini masih mencukupi.
“Kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah pengusaha kantin dengan pemberian subsidi mahupun pelanjutan tempoh kontrak, bukan sekadar naikkan harga sahaja,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/harga-makanan-kantin-ibu-bapa-risau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Akan Didenda Jika Biar Anak Ponteng Tidak Hadir Sekolah

Ibu Bapa Akan Didenda Jika Biar Anak Ponteng Tidak Hadir Sekolah

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 158 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYA SEKADAR HIASAN Golongan ibu bapa yang sengaja menyebabkan anak mereka ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah bakal dikenakan denda Lapor Mirror pihak berkuasa United Kingdom menegaskan langkah
Elak Jadi Ibu Bapa Toksik Kepada Anak Anak Kenali 8 Tanda Tandanya

Elak Jadi Ibu Bapa Toksik Kepada Anak Anak Kenali 8 Tanda Tandanya

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 189 hits
Semua ibu bapa ingin memberikan yang terbaik kepada anak anak tetapi tanpa sedar kadangkala ibu bapa juga ada berbuat kesilapan Sesetengah kaedah keibubapaan yang digunakan menjadi toksik kepada tumbesaran anak sehingga dewasa Sememangnya i...
Ibu Bapa Yang Ada Anak Lewat Bertutur Dipelawa Sertai Saringan Percuma Cikgu Anis

Ibu Bapa Yang Ada Anak Lewat Bertutur Dipelawa Sertai Saringan Percuma Cikgu Anis

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 151 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lewat bertutur dipelawa menyertai program saringan dan pengesahan kanak kanak berkeperluan khas di Selangor Anak Istimewa Selangor memaklumkan mereka yang berminat boleh mendaftar mulai sekarang sehingga tarikh ...
Ibu Bapa Cerminan Anak Anak Ini 15 Adab Yang Anak Akan Cepat Tiru Daripada Ibubapa

Ibu Bapa Cerminan Anak Anak Ini 15 Adab Yang Anak Akan Cepat Tiru Daripada Ibubapa

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 524 hits
Bukan Salah anak jika anak tak beradab menengking mencarut mesti ada norma yang mempengaruhi dan mencorak mereka dari segi tingkah dan perlakuan Jadi sebagai ibubapa perlulah take noted kena ubah dah cara dan perangai berdepan anak anak bia...
Gejala Rasuah Di Malaysia Semakin Berleluasa Ibu Bapa Perlu Didik Anak Perangi Rasuah Dengan Didikan Agama

Gejala Rasuah Di Malaysia Semakin Berleluasa Ibu Bapa Perlu Didik Anak Perangi Rasuah Dengan Didikan Agama

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 329 hits
Saban hari kita disajikan dengan berita berita tentang kes rasuah Rasuah merupakan satu kegiatan yang sangat menyalahi undang undang Kegiatan haram ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang yang berkepentingan malahan di peringkat bawah...
Anak Syurga Ibu Ngoh

Anak Syurga Ibu Ngoh

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 390 hits
Akhirnya penderitaan adik hani terhapus jua Ucapan takziah buat adik aku dan adik ipar kerana korang sangat2 penyabar dan sangat kuat dalam menempuhi dugaan ini jika dibandingkan kami yang hanya menerima serpihan sahaja assalamualaikum semu...
Ibu Berang Guru Hempuk Muka Anak Netizen Pertikai Adab Murid Pula Cara Dia Jawab Tu

Ibu Berang Guru Hempuk Muka Anak Netizen Pertikai Adab Murid Pula Cara Dia Jawab Tu

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 201 hits
Tiada penjaga suka jika melihat anaknya disakiti lebih lebih lagi apabila berada di sekolah Namun adakalanya sikap murid itu sendiri sukar untuk dilentur dengan nasihat membuatkan guru terpaksa menggunakan cara lain agar mereka tidak mengul...
Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan

Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 167 hits
Semua wanita yang melahirkan anak pasti mempunyai keinginan untuk memberikan susu ibu kepada bayinya Sedia maklum tentang khasiat susu ibu kepada kesihatan dan tumbesaran anak maka setiap ibu berusaha menyusukan anak Bagi ibu yang bekerja p...
Ibu Panik Jari Anak Bengkak Terbelit Sehelai Rambut Anak Dalam Fasa Mengutip

Ibu Panik Jari Anak Bengkak Terbelit Sehelai Rambut Anak Dalam Fasa Mengutip

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 274 hits
Ibu mana yang tak panik melihat jari anak kecil yang sudah bengkak akibat terbelit sehelai rambut lebih merisaukan apabila lilitan rambut tersebut terlalu kemas untuk dibuka Begitulah yang dilalui oleh salah seorang pengguna Facebook Puan F...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner