Semoga Melingkup Parti Yang Akan Melingkupkan Melayu Kerana Hanya Demi Kuasa


 
HARAP ADA BERITA BAIK MALAM INI


27 October 2025


Sebagaimana maklumat disampaikan kepada saya tengahari semalam, mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan pada  malam ini (27 Oktober).


Maklumat itu disampaikan berikutan artikel saya semalam yang bertanya bila lagi Muhyiddin Yassin mahu memanggil mesyuarat PN sebagaimana pernah dijanjikannya pada 15 September lalu.


Ketika Muktamar Agung PAS di Kedah 11-16 September lalu, berikutan wujud gelombang yang mahukan PAS menerajui PN dan calon PM11 juga daripada parti itu, Muhyiddin berkata, PN akan mengadakan mesyuarat PN pada minggu depan.


Malangnya, selepas berminggu-minggu berlalu, tiada khabar berita kedengaran.


Mesyuarat malam ini akan diadakan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, jam 8.00 malam.


Difahamkan mesyuarat malam ini diadakan selepas PAS beberapa kali bertanyakan mengenainya kepada pentadbiran PN.


Dijangka dua isu utama akan menjadi tajuk perbincangan malam ini.


Pertama, calon PM11 mewakili PN dan kedua, siapa sepatutnya menerajui PN bagi menghadapi PRU16 akan datang.


Sebagaimana diketahui umum, PAS sebelum ini secara terbuka tidak setuju dengan ketetapan Bersatu mencalonkan Muhyiddin sebagai calon PM11.


Bagi PAS, biarlah calon PM11 itu ditetapkan selepas PN beroleh kemenangan terlebih dahulu.


Kemudian Haji Hadi Awang juga menyebut, mereka yang berusia lebih 70 tahun tidak sepatutnya dinamakan sebagai sebagai calon Perdana Menteri.


Walaupun Haji Hadi berkata, kenyataannya itu merujuk kepada dirinya sendiri, tetapi mereka yang faham seni politik turut merasakan ia adalah sindiran kepada Muhyiddin yang sudah mencecah usia 80 tahun  tapi masih ghairah mahu menjadi Perdana Menteri.


Terbaru, Haji Hadi mengingatkan, menamakan calon Perdana Menteri lebih awal turut berisiko menjadikan calon berkenaan “diganggu” dengan diletakkan dadah, emas dan lain-lain di dalam kenderaannya.


Maksud segala hujah Haji Hadi itu, usahakan PN menang dahulu, kemudian barulah dinamakan calon Perdana Menteri.


Begitu pun, Bersatu nampaknya tetap mahu menamakan Muhyiddin sebagai calon PM dengan semua halangan yang dianggap sebagai ancaman kepada keinginan itu daripada menjadi kenyataan cuba ditebas lebih awal lagi.


Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin Bersatu kebelakangan ini adalah cerminan maksud tersebut.


Isu kedua yang dijangka menjadi tajuk perbincangan malam ini ialah untuk meletakkan PAS sebagai peneraju baru PN.


Keinginan itu bukan saja kerana PAS dilihat parti paling kuat dan paling besar dalam PN, tetapi juga didorong oleh kedudukan Bersatu yang berpecah dengan desakan agar Muhyiddin berundur makin kencang deru anginnya kebelakangan ini.


Logiknya mudah – bagaimana Muhyiddin mahu diyakini mampu menerajui PN untuk membawa kemenangan, sedangkan kedudukannya dalam Bersatu sendiri semakin goyang?


Tidak dipastikan sama ada kedua-dua isu dapat diselesaikan atau tidak pada malam ini,  tetapi ramai yang berharap, setidak-tidaknya satu isu ada penyelesaiannya.


Sama-sama kita tunggu keputusannya malam nanti. – ShahbudinHusin 27Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/harap-ada-berita-baik-malam-ini/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/semoga-melingkup-parti-yang-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjuangan Royalti Dan Hudud Hanya Penipuan Demi Undi

Perjuangan Royalti Dan Hudud Hanya Penipuan Demi Undi

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 195 hits
Perjuangan royalti dan hudud amat sinonim dengan perjuangan Pas cuma akhir akhir ini hudud mula menyepi cuma royalti kadang kadang masih glamour Apabila Hasan Karim sebagai MP Kerajaan mengkritik perjanjian dua hala Amerika Malaysia yang di...
Hiburan Saya Dah Bertahun Tak Pergi Beego Nafi Video Di Club Hanya Hadiri Majlis Hari Jadi Teman Rapat

Hiburan Saya Dah Bertahun Tak Pergi Beego Nafi Video Di Club Hanya Hadiri Majlis Hari Jadi Teman Rapat

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 206 hits
Pelakon Beego akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai selebriti lelaki dilihat menari di sebuah kelab malam sekitar Ogos lalu Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah vid...
Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 248 hits
Kadang kadang dalam hidup ni kita diuji dengan kehilangan yang tak pernah kita sangkakan Bukan kehilangan yang kita nampak datang tapi yang tiba tiba menghentak dada tanpa amaran Ada orang Allah ambil orang yang dia paling percaya Ada orang...
Gaji Di Kelantan T20 Rupanya Hanya B40 Di Kl

Gaji Di Kelantan T20 Rupanya Hanya B40 Di Kl

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 175 hits
ALIA NATASHA CHAHIDANPETALING JAYA Perbandingan kategori pendapatan isi rumah antara negeri kembali mencuri perhatian ramai selepas tular infografik kos sara hidup di media sosial Menerusi hantaran di Threads oleh Ct zaa Persatuan Pengguna ...
Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 344 hits
Jika anda mencari telefon pintar alternatif yang nipis seakan iPhone Air tapi menjalankan sistem Android anda kini boleh menempah model nubia Air yang hanya berharga RM899 Mungkin ramai yang tidak tahu nubia Air dilancarkan 2 ha
Hanya Pnakut Pngecut Dan Pnbelot Saja Suruh Anak Menantu Dan Peguam Peribadi Sembunyi Di Luar Negara

Hanya Pnakut Pngecut Dan Pnbelot Saja Suruh Anak Menantu Dan Peguam Peribadi Sembunyi Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 232 hits
Omar Mat NoorMenantu Muhyiddin dikatakan hidup mewah di Asia BaratOctober 23 2025 8 18amPutrajaya Ahli perniagaan yang menjadi buruan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri lebih dua tahun lalu dipercayai kini menjalani kehidu...
Hiburan Saya Tak Curang Saya Hanya Ada Dia Dan Anak Kamal Adli

Hiburan Saya Tak Curang Saya Hanya Ada Dia Dan Anak Kamal Adli

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 196 hits
Pelakon Kamal Adli menafikan sebarang punca keretakan rumah tangganya bersama isteri Uqasha Senrose adalah disebabkan orang ketiga Ketika ditemui oleh OhBulan Kamal 39 turut menegaskan tiada berlaku kekerasan dalam rumah tangga mereka Adver...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Last Supper In 2025 Hello 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari