Perjuangan Royalti Dan Hudud Hanya Penipuan Demi Undi

Perjuangan royalti dan hudud amat sinonim dengan perjuangan Pas, cuma akhir akhir ini hudud mula menyepi, cuma royalti kadang kadang masih glamour.
Apabila Hasan Karim sebagai MP Kerajaan mengkritik perjanjian dua hala Amerika - Malaysia yang dikaitkan dengan tak bayar royalti petroleum, maka ramai pemimpin dan penyokong Pas mula merasa mendapat pembelaan dan sokongan dari wakil kerajaan, satu suntikan semangat baru untuk mereka tersenyum semakin panjang.
Bagi ambo perjuangan royalti petroleum dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan hanyalah satu retorik politik untuk meraih sokongan pengundi.
Royalti digula gulakan sebagai kekayaan negeri yang dinafikan, manakala hudud digula gulakan sebagai perjuangan menegak hukum Allah sebagai nyawa kepada perjuangan Pas.
Umno pernah memberi ruang kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud melalui satu Jkuasa Teknikal Bersama antara wakil negeri dan Persekutuan. Malangnya perbincangan jkuasa teknikal tersebut telah di "hijack" oleh Pas melalui satu usul persendirian RUU 355, akhirnya hudud hilang entah ke mana.
Perjuangan royalti pernah mencapai zaman kemuncaknya sehingga satu saman difailkan di mahkamah, manakala Kerajaan Persekutuan telah menubohkan satu Jkuasa Bersama Royalti yang turut dianggotai wakil negeri yang berakhir dengan pembayaran "Wang ihsan" kepada Majlis Agama Islam Kelantan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan JPP bagi pihak Kerajaan Persekutuan serta penarikan balik Saman di mahkamah.
Apabila Hasan Karim mempertikaikan kesediaan Kerajaan Pusat membayar kepada US berbilion ringgit, tetapi tak bayar royalti (mungkin jumlahnya berbilion juga), umpama padang pasir yang kering, mula menghijau semula selepas dicurah sedikit hujan.
Jika benar royalti adalah satu hak, mengapa Kerajaan Kelantan yang sudah lebih 35 tahun memerintah Kelantan tidak menuntutnya sehingga ke mahkamah antarabangsa, saman Petronas dan Kerajaan Pusat sehingga muflis???
Jika benar hudud adalah nyawa kepada perjuangan Pas, satu tuntutan yang wajib mengikut Islam, mengapa sehingga sekarang suara suara tentang hudud tidak mendapat tempat di Terengganu, Kedah dan Perlis, hanya agresif untuk dilaksanakan di Kelantan sahaja??
Terima kasih Hasan Karim kerana telah memberi talian hayat kepada Pas tentang royalti, masa ambo remaja, sedang belajar di U, sebagai aktivis pelajar, ambo pernah berkunjung ke rumah Hasan Karim tentang Akta AUKU, masa tu beliau ialah Setiausaha Agong PSM.
Ambo menunggu siapa pula bakal memberi talian hayat kepada Pas supaya perjuangan hudud pun boleh bernyawa dan hidup semula.
Malangnya nyawa tersebut hanyalah nyawa palsu yang tidak dapat memberi apa apa hayat baru.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/perjuangan-royalti-dan-hudud-hanya.html