Hanya Pnakut Pngecut Dan Pnbelot Saja Suruh Anak Menantu Dan Peguam Peribadi Sembunyi Di Luar Negara




Omar Mat Noor











Menantu Muhyiddin dikatakan hidup mewah di Asia Barat


October 23, 2025 @ 8:18am


Putrajaya: Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, dipercayai kini menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.


Adlan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.


Beberapa gambar yang dikongsi kepada New Straits Times menunjukkan Adlan bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat. Dalam salah satu gambar itu, kelihatan potret seorang pemimpin negara berkenaan.


Sumber memberitahu NST bahawa Adlan kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara, termasuk ke Thailand bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.


Difahamkan, keluarganya turut berada bersamanya, namun NST tidak dapat mengesahkan maklumat itu.


Adlan di negara tiada perjanjian ekstradisi


Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa Adlan dipercayai tinggal di sebuah negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.


Adlan, 49, meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.


Peguamnya, Mansoor Saat, 70, turut melarikan diri. Beliau meninggalkan negara ini menuju ke Jakarta, empat hari selepas Adlan dan sejak itu tidak kembali.


Mansoor juga berdepan tuduhan pecah amanah yang berkaitan dengan projek National Enforcement and Registration (Biometrics) System (NERS), yang dibiayai melalui kemudahan sukuk bernilai RM595 juta.


Projek NERS bertujuan meningkatkan keselamatan negara melalui pengumpulan data biometrik. Namun, siasatan mendapati hampir RM50 juta hasil kutipan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) - yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran balik sukuk - diselewengkan.


Siasatan SPRM mengenal pasti Adlan dan Mansoor sebagai individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu, yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.


Kedua-duanya sebelum ini mengeluarkan kenyataan melalui peguam masing-masing menafikan bahawa mereka melarikan diri bagi mengelak pendakwaan.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, siasatan terhadap kes itu bermula pada 13 Mac 2023 selepas laporan rasmi diterima.


Sementara itu, peguam peribadi Mahyuddin Mansoor sebelum ini mendakwa SPRM mengetahui lokasinya dan beliau memberi jaminan untuk pulang selepas menyelesaikan urusan perniagaan.


Mansoor, yang juga pemegang saham dan pengarah NERS Sdn Bhd berkata, SPRM memintanya membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pegawai kerajaan berhubung perubahan akaun penerima hasil konsesi daripada Kementerian Dalam Negeri kepada akaun operasi syarikat.


Selepas semua usaha membawa pulang Adlan dan Mansoor gagal, SPRM memaklumkan bahawa mereka bersetuju dengan cadangan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa kedua-duanya secara in absentia (tanpa kehadiran).


Pada 16 Oktober lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, siasatan terhadap Adlan selesai dan arahan untuk pendakwaan dikeluarkan.


Khusairi berkata, SPRM akan menyokong sepenuhnya keputusan AGC untuk meneruskan pertuduhan terhadap Adlan dan Mansoor secara in absentia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/hanya-pnakut-pngecut-dan-pnbelot-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 199 hits
BernamaMenteri KDN berkata pihaknya akan semak bagaimana Adlan Berhan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan Menantu bekas PM Muhyiddin Yassin Adlan Berhan meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 M...
Cara Cari Supplier Bundle Murah Dari Dalam Luar Negara

Cara Cari Supplier Bundle Murah Dari Dalam Luar Negara

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 206 hits
Cara Cari Supplier Bundle Murah Dari Dalam Luar Negara Bisnes bundle semakin mendapat tempat di Malaysia kerana ia modal rendah tetapi mampu beri pulangan tinggi Ramai usahawan baru yang nak mula tapi masalah utama ialah di mana nak cari su...
Tak Nampak Macam Dunia Ke 3 Tular Video Konvoi Presiden Trump Di Kl Netizen Luar Negara Puji Keadaan Jalan Di Malaysia

Tak Nampak Macam Dunia Ke 3 Tular Video Konvoi Presiden Trump Di Kl Netizen Luar Negara Puji Keadaan Jalan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 180 hits
Meski sering dikeluh mengenai keadaan jalan raya tempatan yang berlubang atau tidak rata video yang memaparkan rombongan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkonvoi melalui lebuh raya semasa perjalanan ke Sidang Kemuncak ASEAN menerima...
Akmal Saleh Tegaskan Bendera Negara Haram Hanya Layak Dipijak Bukan Dikibarkan

Akmal Saleh Tegaskan Bendera Negara Haram Hanya Layak Dipijak Bukan Dikibarkan

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 216 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh menzahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakan pihak yang didakwa mengibarkan bendera negara haram Israel sebagai gimik persembahan dalam satu acara baru baru ini Bendera negara haram tak waj...
Sprm Siasat Harta Harta Datuk Seri Adlan Berhan Di Luar Negara

Sprm Siasat Harta Harta Datuk Seri Adlan Berhan Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 307 hits
SPR mengumumkan bahawa mereka sedang mengesan harta harta Datuk Seri Adlan Berhan di luar negara Tujuan utama mereka kali ini adalah untuk membekukan semua aset yang disyaki diperoleh melalui penyalahgunaan dana bagi projek biometrik NERS y...
Dewan Rakyat Membincangkan Gelandangan Kuasa Peguam Negara

Dewan Rakyat Membincangkan Gelandangan Kuasa Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 120 hits
Parlimen bincang mengenai masalah gelandangan di Kuala Lumpur dan pemisahan kuasa peguam negara serta pendakwa raya hari ini KUALA LUMPUR Isu gelandangan di ibu negara serta pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan a...
Pm Anwar Bidas Pembangkang Tak Faham Bukan Hanya Pulihara Carcosa Seri Negara

Pm Anwar Bidas Pembangkang Tak Faham Bukan Hanya Pulihara Carcosa Seri Negara

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 177 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang yang tidak faham kepentingan Khazanah memulihara bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara Foto Kementerian KewanganPUTRAJAYA 15 Okt Pembangkang disi...
Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 265 hits
Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar Seperti yang diketahui Malaysia dikenali sebagai negara yang rakyatnya majoriti beragama Islam Namun keharmonian dengan penganut agama lain juga sentiasa dija...
Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantyhose Newsbreak 2025 Part One

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return