Selisih Faham Berkaitan Hutang Hasil Jual Dadah Punca Bunuh Rakan


Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM PETALING JAYA: Perselisihan faham berkaitan penjualan dadah dan masalah hutang dipercayai punca seorang lelaki dibunuh rakannya di sebuah kawasan pembinaan yang belum siap di Damansara Perdana di sini pada 6 Mei lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.17 petang itu, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat lelaki terjatuh dari bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 24 tahun ditemukan di tingkat 2a kawasan pembinaan yang belum siap dalam keadaan cedera di badan dan disyaki dibunuh.
Katanya, susulan itu polis menahan suspek lelaki berusia 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan di Bandar Sunway, Subang Jaya pada pukul 4.25 petang, Ahad lalu.
“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dipercayai akibat pergelutan dengan mangsa dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan swasta.
“Suspek dipercayai menerima 100 jahitan akibat kecederaan itu dan hasil siasatan lanjut, suspek kemudian menunjukkan pakaiannya yang berlumuran darah di kediamannya di Taman Sri Kuching, Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mohamad Fakrudin, suspek kemudian menunjukkan sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah bangunan kediaman di Subang Jaya.
Jelas beliau, pihaknya turut merampas pakaian milik suspek yang dipakai semasa kejadian berupa seluar jeans, baju t-shirt, topi dan dua pasang kasut yang mempunyai kesan darah.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami beberapa kesan tikaman sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak dipercayai mangsa dibuang oleh suspek dari balkoni rumah selepas meninggal dunia.
“Motif pembunuhan adalah kerana tidak puas hati berkenaan hasil penjualan dadah dan juga masalah hutang,” katanya.
Tambah beliau, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis ganja.
“Suspek direman tujuh hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/selisih-faham-berkaitan-hutang-hasil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunuh Rakan Kerana Hutang Buruh Ke Tali Gantung

Bunuh Rakan Kerana Hutang Buruh Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 292 hits
TAWAU Seorang buruh warga Filipina dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana membunuh rakannya dengan mengelar leher lelaki terbabit sehingga hampir putus tiga tahun lalu Hakim Dr Lim Hock Leng membua...
Khairulaming Derma Rm10 000 Hasil Untung Jual Sambal Ke Tabung Palestin

Khairulaming Derma Rm10 000 Hasil Untung Jual Sambal Ke Tabung Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 284 hits
Sebut sahaja nama Khairul Aming sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan Pasti ramai tahu Khairulaming akhirnya memperkenalkan produk keluaran...
Aktiviti Berbuka Puasa Moreh Jadi Punca Kluster Baharu Di Sabah

Aktiviti Berbuka Puasa Moreh Jadi Punca Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 374 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Masidi Manjun berkata Kluster Jalan Kilang Dua adalah yang kedua direkodkan di tempat sama PETALING JAYA Aktiviti berbuka puasa dan moreh menjadi punca dua kluster baharu Covid 19 yang dilaporkan...
Kenduri Di Kuala Lumpur Punca Varian Afrika Selatan Di Kelantan

Kenduri Di Kuala Lumpur Punca Varian Afrika Selatan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 230 hits
Sebanyak 10 kes varian Afrika Selatan B 1 351 yang dikesan di Kelantan setakat ini dipercayai berpunca daripada penduduk negeri ini yang menghadiri majlis atau kenduri di Kuala Lumpur baru baru ini Pengerusi Kerajaan Tempatan Perumahan dan ...
Rongga Mulut Punca Bau

Rongga Mulut Punca Bau

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 209 hits
SABAN tahun apabila menjelang Ramadan isu mulut berbau pasti berbangkit dalam kalangan kita Apatah lagi ketika ini kita perlu merasai bau mulut sendiri kerana memakai pelitup mulut dan hidung Pakar Pergigian Periodontik Universiti Malaya Dr...
Saya Tegur Dia Guna Handphone Ketika Menunggang Motosikal Bahaya Lan Pet Pet Jelaskan Punca Sebenar Kejadian

Saya Tegur Dia Guna Handphone Ketika Menunggang Motosikal Bahaya Lan Pet Pet Jelaskan Punca Sebenar Kejadian

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 394 hits
Saya tegur dia guna handphone ketika menunggang motosikal bahaya Lan Pet Pet jelaskan punca sebenar kejadian Saya menegurnya Tindakan dia menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya Bukan saja boleh mengancam nyawa...
Family Travelog Ibuku Sayang Punca Sakit

Family Travelog Ibuku Sayang Punca Sakit

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum semua Untuk bahagian kali ni nia akan ceritakan kepada kau orang punca sebenar arwah ibu sakit dan terpaksa ditahan wad Sakit ibu berpunca dengan luka di kaki Kita orang ingatkan luka tu biasa biasa sahaja jadi kita orang pu...
Menteri Pendidikan Tenggelam Punca

Menteri Pendidikan Tenggelam Punca

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 187 hits
Oleh Firdaus ZainalKelewatan tindak balas Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin terhadap dua isu yang hangat diperkatakan mengenai gurauan rogol dan pemeriksaan datang haid pelajar perempuan amatlah mengecewakan Jika beginilah kurangnya kepe...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity