Family Travelog Ibuku Sayang Punca Sakit


>> TRAVELOG IBUKU SAYANG <<
 Assalamualaikum semua :)
Untuk bahagian kali ni, nia akan ceritakan kepada kau orang punca sebenar arwah ibu sakit dan terpaksa ditahan wad.

Sakit ibu berpunca dengan luka di kaki.

Kita orang ingatkan luka tu biasa – biasa sahaja, jadi kita orang pun basuhlah luka tu macam biasa dan letakkan minyak gamat dengan harapan luka tersebut akan sembuh setelah beberapa hari.

Tetapi setelah masuk satu minggu, luka dekat kaki ibu tu tak juga sembuh

Kita orang tunggu seminggu sebab ibu ada penyakit kencing manis, jadi biasanya kalau ada luka memang ambil masa untuk sembuh.

Jadi abah pun bawak ibu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bila doktor tengok luka di kaki ibu, doktor berikan krim luka untuk disapukan pada sekitar luka tersebut.

Balik sahaja daripada klinik, abah pun bersihkan luka kat kaki ibu kemudian abah sapukan pula krim tersebut di sekitar luka.

Selepas satu minggu, luka di kaki tu mula timbul putih – putih. Kita orang ingatkan nanah tapi bila dikorek dan dicium benda putih itu, takde pulak bau nanah.

Yes, kita orang korek benda tu dan cium sebab nak pastikan benda tu nanah ke bukan. Nak ikutkan ibu tak bagi kita orang buat macam tu sebab takut kita orang rasa geli. Tapi kita orang cakap dengan ibu takpe, kita orang tak geli.

Tapi ibu rasa tak selesa bila tengok benda putih tu semakin banyak dan menjadi besar dekat kaki. Jadi ibu pun ajak abah untuk pergi ke hospital. Lagipun masa ni dekat kawasan luka tu dah mula sakit berdenyut – denyut.

Jadi abah pun bawaklah ibu pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan susulan.

Bila sampai kat hospital, abah ambilkan nombor. Kemudian bila nombor giliran dipanggil, abah dan ibu terus masuk ke dalam bilik doktor untuk dapatkan konsultasi. Bila doktor tanya kenapa, abah pun ceritalah segalanya dari A sampai Z.

Doktor tu periksa luka kat kaki ibu. Kemudian dia tanya nama krim yang ibu pakai tapi abah dengan ibu tak ingat nama. Doktor tu tanya warna bekas krim, abah pun bagitahu warnanya.

Lepas tu doktor cakap, “patutnya untuk luka macam ni tak boleh pakai krim tu, nanti luka akan jadi lebih teruk.”

Terpempan abah dengan ibu dalam bilik doktor tu.

Abah tengok ibu.

Ibu tengok abah.

Dua – dua takde ilmu dalam bidang medik, jadi manalah dia orang tahu krim tu sesuai untuk dipakai ataupun tidak. Dia orang hanya turutkan kata doktor sahaja. Lama kemudian baru abah bersuara tanya doktor macam mana nak rawat luka ibu sekarang.

Doktor tu cadangkan pada abah supaya ibu dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya sebab dia orang nak kaji dulu benda putih yang ada kat kaki ibu tu apa. Kemudian baru dia orang boleh rangka rawatan apa yang sesuai untuk ibu dapatkan.

*                                   *                                   *                                   *                                   *

Sampai sini dulu ye untuk bahagian kali ni :)

Nia nak minta kau orang semua yang beragama Islam untuk sedekahkan bacaan alfatihah bagi arwah ibu nia, Saniah bt Sani.

Semoga arwah ibu ditempatkan dalam golongan orang – orang yang beriman, amin.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nia-emkay.blogspot.com/2021/04/family-travelog-ibuku-sayang-punca-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 322 hits
Anak sudah masuk usia 5 tahun barang permainan pun semakin banyak Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali Eh perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil Baca Perlu ke membasuh mainan kanak kanak Pastinya ...
Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu

Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 237 hits
Punca Sakit Tumit Kaki Sakit tumit kaki biasanya menyerang warga emas yang berumur 50 an ke atas Namun ada juga sakit tumit kaki yang menyerang golongan muda terutamanya mereka yang aktif bersukan Bila tumit kaki sakit banyak kerja yang ter...
Terlantar Sakit Sejak Bulan Lalu Khalis The Real Spin Teringin Nak Pergi Umrah

Terlantar Sakit Sejak Bulan Lalu Khalis The Real Spin Teringin Nak Pergi Umrah

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 375 hits
Penyanyi kumpulan The Real Spin Khalis Shari yang dilaporkan kurang sihat sejak bulan lalu kini terlantar sakit akibat kencing manis dan kandungan garam dalam badan rendah Menurut laporan Kosmo Online bagaimanapun penyanyi berusia 32 tahun ...
Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 250 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2 148 kes positif baharu Covid 19 pada Khamis 15 April 2021 iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu Adakah peningkatan ini disebabkan terdapat kes seorang selebriti ter...
Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 330 hits
PUTRAJAYA Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid 19 tersebut Menteri Kes...
Hiburan Jumpa Doktor Setiap Minggu Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa

Hiburan Jumpa Doktor Setiap Minggu Janna Nick Masih Jalani Rawatan Dengan Pakar Sakit Jiwa

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 302 hits
Pelakon dan juga personaliti TV Janna Nick memberitahu bahawa dia kini masih lagi menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa berikutan masalah gangguan bipolar yang dialaminya ketika ini Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner 26 yang ...
Batuk Sakit Tekak Buat Anak Tak Selesa Rawat Sakit Tekak Anak Secara Semulajadi Doktor Kongsikan Tipnya

Batuk Sakit Tekak Buat Anak Tak Selesa Rawat Sakit Tekak Anak Secara Semulajadi Doktor Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 525 hits
Bila anak selesema dan mula sakit tekak anak akan menangis tanda tidak selesa Anak kemudiannya akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk batuk dengan kerap Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak Menurut Dr Ezairy M ...
Para Ibu Wajib Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi Amp Turun Tanda Bersalin

Para Ibu Wajib Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi Amp Turun Tanda Bersalin

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 309 hits
Ketika proses melahirkan bayi setiap wanita berdepan sakit kontraksi teramat sehingga ada yang terlupa akan kewajipan menunaikan solat Namun tahukah anda cara solat perempuan hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri Wanita mengandung yang ...
Rupanya Polis Sudah Lama Sakit

Rupanya Polis Sudah Lama Sakit

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 352 hits
This is from Free Malaysia Today PJ Former IGP Musa Hassan said politicians meddled in police affairs during his time outgoing IGP Abdul Hamid Bador made the same allegationMusa said politicians issued instructions to his officers without h...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas