Saya Tegur Dia Guna Handphone Ketika Menunggang Motosikal Bahaya Lan Pet Pet Jelaskan Punca Sebenar Kejadian


'Saya tegur dia guna handphone ketika menunggang motosikal, bahaya' - Lan Pet Pet jelaskan punca sebenar kejadian



"Saya menegurnya. Tindakan dia menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya. Bukan saja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain," demikian penjelasan pelawak Mazlan atau Lan Pet Pet mengenai insiden pergaduhan yang viral di media sosial beberapa hari lalu. 


BACA: (Video) 'Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng dengan aku, hang tau dak aku sapa?!!' - Lan Pet-Pet pukul kepala rider penghantar makanan


Pelawak berusia 52 tahun berkenaan dirakam merangkul dan memukul kepala seorang penghantar makanan sebelum dileraikan orang awam. Ketika itu, Lan juga sempat memberi amaran kepada lelaki itu. 


Berkata kepada Harian Metro, Lan menjelaskan dia terdahulu sedang memandu di Jalan Ampang, di hadapan Kedutaan Russia dan ternampak penghantar makanan itu sedang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit. 


Dalam masa yang sama, lelaki itu menunggang di tengah jalan, jelas sekali boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain. Lan kemudian bertindak menegur lelaki terbabit, namun tercetus pertengkaran di antara mereka berdua yang membawa kepada pergelutan.


"Lain pula jadinya (bila dah ditegur), saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan saja apabila diserang. 


"Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Kami hanya bergaduh dalam beberapa saat saja," jelas Lan. 


Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang wanita yang kemudian menyebarkan video tersebut di media sosial tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadian itu. 


Hal ini menyebabkan Lan dikecam teruk di media sosial termasuk ada netizen yang mengaitkannya dengan babak filem Senario di mana watak yang dilakonkan Lan membaling batu sehingga mencederakan kepala adiknya (watak lakonan Wardina) sendiri. 


Perbuatan wanita itu sedikit sebanyak telah membuatkan Lan rasa kecewa kerana bukan sahaja wanita itu tidak mengetahui punca sebenar kejadian, malah membuka aibnya di media sosial. 


"Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp sehingga tular. 


"Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah," katanya. 


Susulan itu, Lan telah membuat laporan polis berhubung pergaduhan itu dan satu lagi laporan terhadap wanita yang merakam dan menyebarkan video tersebut. 


Lan juga akan bertemu dengan penghantar makanan terbabit hari ini bagi menyelesaikan masalah di antara mereka di balai polis. 


"Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama lagi," katanya. 


Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/05/saya-tegur-dia-guna-handphone-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Tegur Pakai Handphone Masa Bawa Motosikal Tapi Diprovoke Pula Lan Pet Pet

Hiburan Saya Tegur Pakai Handphone Masa Bawa Motosikal Tapi Diprovoke Pula Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 254 hits
Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai satu isu yang tular di media sosial di mana tindakannya memukul seorang penghantar makanan baru baru ini Jelas Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Bin Ahmad dia...
Didakwa Guna Isu Fauziah Nawi Tarik Diri Ketika Penggambaran Untuk Publisiti Tya Arifin Perjelas Hal Sebenar

Didakwa Guna Isu Fauziah Nawi Tarik Diri Ketika Penggambaran Untuk Publisiti Tya Arifin Perjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 354 hits
Baru baru ini kecoh apabila terdapat khabar angin mengenai Fauziah Nawi dikatakan cuba membatalkan kontrak lakonan untuk sebuah drama pendek dengan selebriti dan juga usahawan Tya Arifin Kisah bermula apabila individu di Twitter itu menceri...
Apahal Lan Pet Pet Tu

Apahal Lan Pet Pet Tu

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 353 hits
Kuala Lumpur Video pelawak popular Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini pelawak dan pel...
Saya Bukan Nak Tunjuk Samseng Lan Pet Pet

Saya Bukan Nak Tunjuk Samseng Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 285 hits
Raja Nurfatimah Mawar MohamedKuala Lumpur Menegur seorang lelaki yang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal Itulah punca kejadian pelawak dan pelakon popular Lan Pet Pet 52 memukul seorang lelaki penghantar makanan seperti ...
Video Lan Pet Pet Pukul Food Rider

Video Lan Pet Pet Pukul Food Rider

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 235 hits
May 4 2021 Video pelawak popular Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini pelawak dan pelak...
Awat Tu Lan Pet Pet Sampai Nak Bergaduh

Awat Tu Lan Pet Pet Sampai Nak Bergaduh

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 306 hits
Oleh MULANYA disangkakan satu lagi video tular insiden pergaduhan antara pelanggan dan penghantar makanan Bagaimanapun individu dalam video itu bukan orang biasa tetapi seorang pelawak popular Dalam video itu Lan Pet Pet dilihat memukul seo...
Kenapa Marah Sangat Tu Lan Pet Pet

Kenapa Marah Sangat Tu Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 208 hits
3 483 total views 3 483 views today Pelawak popular Lan Pet Pet sekali lagi mencuri perhatian apabila tular sebuah video di media sosial memaparkan dia memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan Menerusi video yang dirakam oleh se...
Hiburan Pukul Penghantar Makanan Lan Pet Pet Dirakam Belasah Individu

Hiburan Pukul Penghantar Makanan Lan Pet Pet Dirakam Belasah Individu

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 271 hits
Tular semalam di media sosial apabila sebuah video memaparkan susuk tubuh pelawak popular Lan Pet Pet dilihat sedang memukul seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan Dalam hantaran yang dipercayai dirakam pengguna jalan raya itu La...
Tular Video Pukul Penghantar Makanan Ini Penjelasan Lan Pet Pet

Tular Video Pukul Penghantar Makanan Ini Penjelasan Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 287 hits
Pelawak ternama tanah air Lan Pet Pet menjadi bualan ramai selepas terlibat dalam pergaduhan di mana beliau telah rangkul leher dan memukul seorang penghantar makanan Dalam video tersebut anda dapat melihat Lan Pet Pet bertindak ganas dan h...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta