Rongga Mulut Punca Bau



SABAN tahun apabila menjelang Ramadan, isu mulut berbau pasti berbangkit dalam kalangan kita. Apatah lagi ketika ini, kita perlu 'merasai' bau mulut sendiri kerana memakai pelitup mulut dan hidung!
Pakar Pergigian Periodontik Universiti Malaya, Dr Zamri Hussin menjelaskan, terdapat dua jenis situasi mulut berbau iaitu sama ada sementara atau berpanjangan. Bagi jenis sementara, mulut berbau disebabkan pelbagai faktor.
Salah satunya menikmati makanan berbau kuat seperti bawang putih dan durian atau nafas di awal pagi selepas bangun tidur. Selalunya, masalah bau seperti ini akan hilang selepas memberus gigi dengan cara yang betul.
Katanya, jenis kedua iaitu berpanjangan berkemungkinan disebabkan masalah kesihatan yang lain apabila bau mulut boleh menjadi simptom berlakunya penyakit yang dihadapi seseorang.
"Kebanyakan kes mulut berbau, hampir 80 hingga 90 peratus, berpunca dari rongga mulut. Bau busuk terhasil daripada pelbagai gas yang terbebas hasil tindakan kuman bakteria di dalam mulut.
"Ia boleh dikaitkan dengan selaput kuning atau putih di permukaan atas lidah. Semakin tebal selaput ini, semakin banyak kandungan bakteria dan sel mati dan semakin kuat bau busuk!" katanya.
Katanya, mulut yang tidak bersih dan tidak sihat yang dipenuhi dengan tahi gigi, gigi berlubang dan jangkitan kuman juga menjadi faktor mulut berbau.
"Selain itu, gusi yang tidak sihat iaitu mulut tidak bersih, gusi mudah berdarah, gusi menyusut dan gigi mula bergoyang juga antara penyebabnya. Mulut kering di mana jumlah air liur berkurang turut boleh menyumbang masalah berkenaan," katanya.
Pakar itu berkata, 10 hingga 20 peratus kes mulut berbau bukan berpunca daripada rongga mulut dan mungkin antara petanda masalah kesihatan lain yang serius seperti jangkitan salur pernafasan, pencernaan, masalah buah pinggang dan hati.
Katanya, mulut berbau boleh dirawat apabila seseorang itu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang menyeluruh.
"Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan mereka yang mengalami masalah mulut berbau antaranya berus gigi dengan cara yang betul.
"Paling penting ialah berus gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas makan sahur untuk mengurangkan bakteria di dalam mulut. Pastikan berus gigi dalam keadaan yang baik dan gunakan ubat gigi berfluorida," katanya.
Dr Zamri berkata, sebenarnya bagi mengelakkan bau mulut berlaku, memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Mereka yang mengalami masalah itu boleh menggunakan juga flos dan berus 'interdental' untuk membersihkan plak tahi gigi dan sisa makanan yang tersembunyi di celah-celah gigi dan gusi. Nafas akan lebih segar apabila mulut lebih bersih.
"Anda juga disarankan untuk menggunakan berus dan ubat gigi atau pembersih lidah, untuk memberus lidah terutamanya di bahagian belakang sekali.
"Caranya, jelirkan lidah keluar dan berus lidah dari belakang ke hadapan dengan teliti beberapa kali. Untuk lebih selesa, sentiasa bernafas dari hidung ketika memberus lidah," katanya.
Nasihatnya lagi, berkumur selama 30 saat dengan ubat pengkumur selepas memberus gigi sebelum tidur dan selepas makan sahur juga boleh membantu mengelakkan bau mulut.
"Pengkumur mulut berfluorida dengan bahan aktif antibakteria dan tanpa alkohol adalah digalakkan kerana ia boleh mengawal plak gigi, mencegah gigi berlubang dan menyegarkan nafas.
"Di bulan puasa, minum air kosong secukupnya ketika sahur, berbuka dan sebelum tidur supaya badan anda sentiasa terhidrat serta mulut tidak kering.
"Amalkan gaya hidup sihat. Ambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk tidak merokok atau berhenti merokok. Merokok bukan sahaja menyebabkan bau mulut, malah menambahkan risiko untuk penyakit gusi dan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser serta penyakit jantung," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/04/rongga-mulut-punca-bau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Agama Di Kk Antara Punca Kes Covid 19 Di Sabah Kembali 3 Angka

Sekolah Agama Di Kk Antara Punca Kes Covid 19 Di Sabah Kembali 3 Angka

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 293 hits
Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu yang mencatatkan 72 kes positif Covid 19 dikenakan PKPD mulai 18 April lalu hingga 1 Mei ini KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata satu kluster sekolah agama d...
Dendam Selalu Kena Buli Jadi Punca Lelaki Bunuh Rakan Sekerja

Dendam Selalu Kena Buli Jadi Punca Lelaki Bunuh Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 283 hits
185 total views 90 views today Mayat mangsa seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah Akibat sering dibuli di tempat kerja seorang lelaki bertindak mengajak beberapa individu...
Edict Gesa Inkues Siasat Punca Kematian Bekas Tahanan Polis

Edict Gesa Inkues Siasat Punca Kematian Bekas Tahanan Polis

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 248 hits
A Ganapathy 40 dilaporkan meninggal dunia kelmarin selepas lebih sebulan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang PETALING JAYA Sebuah NGO menggesa Jabatan Peguam Negara mengadakan inkues bagi mencari punca kematian seorang bekas taha...
Baru Minta Izin Menyelam Terus Terputus Hubungan Blackout Dipercayai Jadi Punca Kapal Selam Gagal Dikesan

Baru Minta Izin Menyelam Terus Terputus Hubungan Blackout Dipercayai Jadi Punca Kapal Selam Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 251 hits
338 total views 338 views today Kapal selam milik Tentera Laut Indonesia KRI Nanggala 402 yang membawa 53 anak kapal hilang dipercayai kerana mengalami black out setelah diberi kebenaran untuk menyelam Mereka baru meminta izin menyelam sete...
Kemaskini Elak Haiwan Melintas Punca Kemalangan

Kemaskini Elak Haiwan Melintas Punca Kemalangan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 138 hits
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS Keadaan motosikal selepas melanggar sebuah kereta di KM5 Jalan Kuala Nerang Semeliang pada petang tadi KUALA NERANG Kemalangan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 5 Jalan Kuala Nerang Semeliang di sini pada petang ...
Punca Peningkatan Kes Sporadik Covid 19 Perlu Perhatian Pihak Kerajaan

Punca Peningkatan Kes Sporadik Covid 19 Perlu Perhatian Pihak Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 257 hits
Enam faktor dipercayai menjadi punca peningkatan kes sporadik COVID 19 yang tidak diketahui puncanya hingga menjadi penyumbang utama lonjakan kes harian bagi empat bulan pertama tahun ini Pakar kesihatan awam Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sula...
Kkm Tak Jawab Soalan Secara Rasmi Punca Ppim Fail Semakan Kehakiman

Kkm Tak Jawab Soalan Secara Rasmi Punca Ppim Fail Semakan Kehakiman

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 163 hits
BANGI 15 Ramadan 1442H Selasa Kebanyakan soalan diajukan rakyat berkaitan COVID 19 tidak dijawab secara rasmi antara faktor utama Persatuan Pengguna Islam Malaysia memfailkan semakan kehakiman ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia hari
Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu

Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 197 hits
Punca Sakit Tumit Kaki Sakit tumit kaki biasanya menyerang warga emas yang berumur 50 an ke atas Namun ada juga sakit tumit kaki yang menyerang golongan muda terutamanya mereka yang aktif bersukan Bila tumit kaki sakit banyak kerja yang ter...
Ramai Tak Tahu Jus Buah Boleh Jadi Punca Utama Perut Buncit Tapi Kenapa

Ramai Tak Tahu Jus Buah Boleh Jadi Punca Utama Perut Buncit Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 424 hits
Apabila umur semakin lanjut lemak perut bawah mula muncul Kadangkala sampai naik rimas dan malu jika lemak perut semakin membesar Anda tahu cara untuk buang lemak perut buncit ini Lemak perut bawah juga disebut sebagai lemak viseral Masalah...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya