Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M




Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti, ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, hanya usul kerajaan akan dibentangkan pada sidang sehari tersebut.

Katanya lagi, antara usul kerajaan yang akan dibentangkan ialah perlantikan Ketua Pembangkang, perlantikan Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, memilih Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan usul menangguhkan perbahasan titah pembukaan Yang Dipertuan Agong.

Manakala rang undang-undang yang akan dibentangkan pula, tambah beliau, ialah berkaitan dengan kewangan iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020 bagi bacaan kali pertama dengan bacaan kali keduaa diadakan pada sidang Parlimen pada 13 Julai akan datang.

Untuk itu, tegas Takiyuddin, usul daripada pembangkang yang telah diterima oleh Speaker, jika tidak sempat dibentangkan pada Sidang Parlimen 18 Mei ini, ia akan dibawa kepada 13 Julai.

Nyata daripada kenyataan Takiyuddin itu, usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad tidak akan diberi ruang pada Sidang Parlimen 18 ini, walaupun ia memenuhi tiga syarat utama – perkara tertentu, untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, Muhyiddin terlihat begitu aktif dalam mengeluarkan surat-surat lantikan kepada beberapa Ahli Parlimen untuk menerajui GLC.

Sehingga ini sekurang-kurangnya sekitar 30 Ahli Parlimen penyokong kerajaan telah diberikan surat lantikan menerajui GLC yang mana tujuannya tentu tidak lain untuk mengikat mereka agar menyokong Perdana Menteri dalam usul undi tidak percaya yang akan dibawa Tun Mahathir itu.

Soalnya, kenapa setelah melakukan lantikan demi lantikan itu, tetapi usul undi tidak percaya Tun Mahathir masih juga tidak kepastian untuk diberi ruang?

Apa lagi yang Muhyiddin takutkan sehingga mahu menunda-nundanya kepada Julai pula?

Bukankah soal kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri perlu ditentukan kesahihannya dengan segera agar tidak timbul lagi pertikaian yang berterusan?

Walaupun difahami urusan dan usul kerajaan adalah penting dan perlu didahulukan, namun kerajaan ada kuasa untuk memberi ruang kepada usul yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Dalam hal ini, bukankah lebih berwibawa jika Muhyiddin mengamalkan “new normal” dengan tidak meminggirkan begitu saja usul pihak pembangkang, lebih-lebih lagi yang berkaitan kedudukannya sebagai ketua kerajaan, di samping tidak mengenepikan usul-usul kerajaan?

Lagi pula, dengan takut membenarkan usul undi tidak percaya itu daripada dibentangkan pada 18 Mei ini atau cuba menundanya kepada Julai, ia hanya menambahkan lagi persepsi rakyat bahawa Muhyiddin masih tidak mempunyai cukup sokongan majoriti di belakangnya.

Atau betul-betul sebenarnya Muhyiddin ini hanya ada sokongan minoriti saja sejak dulu lagi?

 (ShahbudinHusin 10/05/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/selepas-lebih-30-lantikan-glc-takkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Diterima Nasib Muhyiddin Diketahui Selepas Ini

Usul Diterima Nasib Muhyiddin Diketahui Selepas Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 225 hits
Ramai yang kegembiraan sekarang ini berikutan keputusan Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin selaku Perdana Menteri dalam Sidang Parlimen pada 18 Mei nanti Usul tersebut dikemukakan ole...
Usul Tun M Sebenarnya Untuk Uji Kekuatan Sokongan Terhadap Muhyiddin

Usul Tun M Sebenarnya Untuk Uji Kekuatan Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 309 hits
Baik Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu merendahkan diri masing masing bagi menangani segera kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dilihat semakin serius Percakaran antara pemimpin besar Bersatu mel...
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 390 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 488 hits
Takut usul Dr Mahathir Muhyiddin gadai usul k jaan Mujahid Kerajaan Perikatan Nasional lebih mengutamakan usaha mempertahankan Langkah Sheraton daripada membahaskan krisis Covid 19 secara bersama di Parlimen Bekas menteri di jabatan perdana...
Usul Tun Tidak Berunsur Peribadi Malah Platform Terbaik Pm Untuk Mengesahkan Kerajaanya Berwibawa

Usul Tun Tidak Berunsur Peribadi Malah Platform Terbaik Pm Untuk Mengesahkan Kerajaanya Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 316 hits
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mempunyai so...
Akar Umbi Sokong Tun M Pimpinan Sokong Muhyiddin

Akar Umbi Sokong Tun M Pimpinan Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 362 hits
Krisis Bersatu masuk ke dimensi baru apabila sokongan akar umbi dikatakan memihak kepada Tun Mahathir sebaliknya sokongan pimpinan dan mereka yang mendapat laba berpihak kepada Muhyiddin Yassin Hal itu terbukti apabila Srikandi Akar Umbi me...
Usul Undi Percaya Tun M Anwar Tak Tahu

Usul Undi Percaya Tun M Anwar Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 295 hits
Kredit MSO Cadangan untuk dibawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir di parlimen yang dibawa oleh ahli Parlimen Semporna Mohd Shafei Afdal saya kira ia tidak ada dalam pengetahuan ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim Mungkin usul berke...
Tun M Dah Hantar Notis Usul Tak Percaya Terhadap Pm

Tun M Dah Hantar Notis Usul Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 336 hits
Diterbitkan Hari ini 1 55 pmBekas PM Tun Dr Mahatahir Mohamad telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Menurut sumber yang boleh dipercayai kepada Malaysia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp