Sejarah Mogok Asahan 1967




Dalam sejarah perjuangan rakyat pasca Merdeka, peristiwa Mogok Asahan 1967 merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kaum pekerja untuk menuntut keadilan dan hak asasi mereka untuk berkesatuan. 
Peristiwa ini berlaku di Estet Asahan yang terletak di sebelah timur negeri Melaka. Estet getah 7,500 ekar ini merupakan ladang terbesar milik Kumpulan Guthrie, sebuah syarikat milik kapitalis British yang sudah mula beroperasi di Malaya sejak zaman penjajahan British. 
Mulai penghujung tahun 1950an, kesemua 1,000 orang pekerja di ladang ini asalnya bersatu di bawah kesatuan NUPW (National Union of Plantation Workers)(Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang). Tetapi para pekerja Estet Asahan tidak menaruh kepercayaan tinggi terhadap NUPW yang sejak awal lagi sering mengenepikan kepentingan ahli-ahlinya dan lebih memihak kepada majikan. 
Pada penghujung tahun 1966, selepas sikap NUPW yang enggan memberi bantuan terhadap kes pemecatan beransur-ansur 56 orang pekerja, para pekerja  Estet Asahan telah menubuhkan kesatuan baru yang bergabung di bawah kesatuan UMEWU (United Malayan Estate Workers’ Union)(Kesatuan Pekerja-pekerja Estet Malaya Bersatu) yang lebih militan dan diharapkan dapat membela hak dan kepentingan mereka. 
Dalam masa beberapa bulan, seramai 579 orang dari jumlah 930 orang pekerja Estet Asahan telah bersetuju untuk keluar dari kesatuan NUPW dan menyertai kesatuan UMEWU. Tetapi majikan pemilik estet enggan untuk mengiktiraf hak perwakilan kesatuan UMEWU, malah bertindak memecat 17 orang lagi pekerja Estet Asahan yang menyertai kesatuan UMEWU. Syarikat Guthrie terus-menerus menolak untuk berunding dengan kesatuan pilihan pekerja ini.
Mulai bulan November 1967, para pekerja Estet Asahan yang dipecat bersama kesatuan UMEWU telah membangkitkan isu pemecatan mereka kepada Menteri Buruh, Timbalan Menteri Buruh, Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen dan ahli DUN tempatan, tetapi tanpa sebarang hasil. Permintaan pekerja-pekerja Estet Asahan yang berpiket di depan pejabat Kementerian Buruh yang menuntut supaya kementerian merujuk kes mereka kepada Mahkamah Perusahaan turut ditolak. Mereka turut mengadakan tunjuk perasaan di depan ibu pejabat Kumpulan Guthrie di Kuala Lumpur.
Selepas berkali-kali permintaan mereka tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa, dan pintu perundingan ditutup oleh pihak majikan, kesatuan UMEWU telah bertindak melancarkan Mogok Asahan mulai 25 Februari 1967. Dalam satu pengundian, lebih dari 90% pekerja estet ahli kesatuan dan 70% pekerja bukan ahli kesatuan telah bersetuju dengan tindakan mogok ini. Keputusan ini menunjukkan perpaduan dan solidariti yang kuat yang masih wujud dikalangan pekerja Estet Asahan. 
Pada hari pertama mogok, seramai 600 orang pekerja estet telah berkumpul di padang tempat berpiket yang terletak di depan pintu masuk Estet Asahan. Para pemogok telah mengemukakan 2 tuntutan seperti berikut:
73 orang pekerja yang dipecat hendaklah diambil balik oleh majikan.Kesatuan UMEWU hendaklah diakui sebagai badan tunggal untuk mewakili pekerja Estet Asahan.
Malangnya tindakan mogok pekerja-pekerja Estet Asahan ini tidak mendapat simpati dari pemerintah. Sebulan selepas mogok ini berjalan, pemerintah telah menghantar polis dan Unit Simpanan Khas (FRU) ke Estet Asahan untuk menindas dan cuba menghapuskan Mogok Asahan. Semasa perhimpunan solidariti besar seramai 1,000 orang di depan pintu masuk Estet Asahan pada 26 Mac 1967, pemogok dan penyokong mereka telah diserang dengan gas pemedih mata, pentas pemogok dirobohkan, barang-barang keperluan dan makanan pemogok dirampas. Lebih 100 orang telah ditahan oleh polis. 
Pemerintah kemudiannya bertindak menguatkuasakan Undang-undang Darurat di seluruh kawasan Bukit Asahan. Pihak polis telah melancarkan serbuan dan penggeledahan dari rumah ke rumah, dan menangkap pemimpin-pemimpin pekerja Mogok Asahan. 
Dua minggu kemudian pada 8 April 1967, pendaftaran kesatuan UMEWU (yang telah didaftarkan pada tahun 1963) telah digantung oleh pemerintah. 
Walaupun berhadapan dengan penindasan dan tekanan dari pihak berkuasa, para pekerja Estet Asahan bersama kesatuan UMEWU telah meneruskan perjuangan mereka dengan satu tindakan yang lebih drastik. Untuk mengetahui apa tindakan yang telah mereka lakukan, ikuti sambungan dari episod bersejarah ini esok!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/sejarah-mogok-asahan-1967.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1967 Kisah Perjalanan Panjang Pekerja Ladang Asahan

1967 Kisah Perjalanan Panjang Pekerja Ladang Asahan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 393 hits
Pada 14 April 1967 hari ke 49 Mogok Asahan pekerja pekerja Estet Asahan dan kesatuan UMEWU mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan mereka dengan menganjurkan sebuah perarakan protes untuk berjalan kaki dari estet mereka di Bukit Asa...
Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu

Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1327 hits
Peminat teater bangsawan boleh menyaksikan persembahan secara langsung teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang telah mula ditayangkan di MATIC Kuala Lumpur bermula 2 November sehingga 11 November 2018 Sebuah teater dari produksi Pat ...
Sarawak Umum Bajet Rm11 91 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

Sarawak Umum Bajet Rm11 91 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 327 hits
PETRA JAYA Rakyat Sarawak akhirnya mampu menikmati pembangunan lebih agresif selepas era Barisan Nasional apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM9 07 bilion khusus untuk perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan Sarawak 2019 Keseluruhanny...
Menengok Perang Miliuner Termahal Sepanjang Sejarah Di Pemilu As

Menengok Perang Miliuner Termahal Sepanjang Sejarah Di Pemilu As

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 173 hits
Mantan walikota New York sekaligus miliuner Michael Bloomberg juga menyiapkan USD 110 juta bagi pada kandidat Partai Demokrat untuk memenangkan bangku DPR Senator dan Gubernur
Membersihkan Nama Maharaja Islam Aurangzeb Dalam Sejarah

Membersihkan Nama Maharaja Islam Aurangzeb Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 476 hits
India pernah menjadi saksi kepada kemunculan salah satu empayar agung di benua kecil berkenaan selepas Empayar Maurya Empayar tersebut ialah Empayar Mogul yang menyaksikan kemunculan maharaja maharaja hebat seperti Akbar Shah Jehan dan Aura...
Tun M Sekolahkan Menteri Ajar Sejarah Asal Usul

Tun M Sekolahkan Menteri Ajar Sejarah Asal Usul

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 439 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan satu pertemuan tertutup dengan menteri dan timbalan menteri Melayu di sini bagi mengingatkan mereka tentang sejarah negara Ditanya mengenai pertemuan kira kira dua jam di...
Terkenang Sejarah Tiga Ikon Gerakan Mahasiswa Berdemontrasi Bersama

Terkenang Sejarah Tiga Ikon Gerakan Mahasiswa Berdemontrasi Bersama

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 397 hits
Gambar bersejarah Hishamuddin Rais Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim berdemonstrasi bersama pada tahun 1973 Hishamuddin Rais Setiausaha Agung PMUM Ibrahim Ali Presiden KSITM dan Anwar Ibrahim Setiausaha Agung ABIM sedang berunding dengan polis ...
Memalukan Bila Pm Terpaksa Ajar Sejarah Asal Usul Kepada Menteri Melayu Ph

Memalukan Bila Pm Terpaksa Ajar Sejarah Asal Usul Kepada Menteri Melayu Ph

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 415 hits
Adakah pemimpin negara tidak ambil endah atau sengaja ketepikan sejarah kerana mereka tahu bukti ini negara Islam bumi Melayu 1 Rabiulawal 1440H Jumaat Agak memalukan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mengajar jemaah menteri mengenai...
Subjek Sejarah Makin Kurang Diminati Ramai Generasi Muda Buta Dan Tak Peduli Sejarah

Subjek Sejarah Makin Kurang Diminati Ramai Generasi Muda Buta Dan Tak Peduli Sejarah

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 336 hits
masa SPM aku pelajar terbaik sejarah Memang minat dengan sejarah sebab nak tahu kenapa sekarang jadi begini mesti tahu apa yang berlaku waktu dulu Malaysia ni ramai peminat sejarah tapi tak ramai yang sanggup terjun ke dunia kajian sejarah ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian Harta Pusaka Datang Dengan Tanggungjawab

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan