Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu
Peminat teater bangsawan boleh menyaksikan persembahan secara langsung teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang telah mula ditayangkan di MATIC Kuala Lumpur bermula 2 November sehingga 11 November 2018. Sebuah teater dari produksi Pat Ibrahim Project Entertaiment (PIPE), diarahkan, koreograf dan cerita oleh Pat Ibrahim dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim
Selepas mendapat sambutan pada persembahan sulung tahun lalu kini teater ini terus mendapat perhatian daripada badan koporat untuk menjayakannya dan mermatabatkan teater bangsawan. Badan koporate yang terlibat seperti Yayasan Sime Darby, Iltizam bersam EKUINAS, Universiti DRB-Hicom, Hotel Tune dan Hotel Primula serta badan persendirian.
Sikit sinopsis tentang teater ini pada yang mahu pergi menonton :
Sebuah ceritera yang di adaptasi dari kisah benar sejarah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dari negeri Johor Lama yang berdasarkan buku Masyhor Malaya oleh Shahrom Husain pada tahun 1978. Seperti mana yang kita ketahui kerana sifat iri hati dan juga mahu memiliki kuasa maka segala fitnah ditaburkan oleh Seri Bija Wangsa kepada Datuk Laksamana Megat Seri Rama.
Akibat rasa terhina kerana fitnah yang dilemparkan maka dik seulas nangka menjadi penyebab kepada kemurkaan Sultan yang membawa kepada pebinasaan. Kesetiaan yang diletak sepenuh jiwa menjadi hilang rasa pertimbangan dan kewarasan akal. Menggunakan elemen muzikal dan penyampaiaan yang lebih puitis menjadi teater ini begitu menusuk dalam sanubari saat tiba ke kemuncaknya sewaktu Dang Hanum dibunuh dan Sultan Mahmud ditikam diatas julang.
Teater ini dijayakan oleh barisan pelakon yang hebat dan mantap memegang watak mereka seperti Hairi Safwan sebagai peneraju utama Laksamana Megat Seri Rama, Aidilla Shaffi sebagai watak isteri Laksamana iaitu Dang Anum, Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Bendehara, Anwar Rusdini sebagai Sultan Mahmuh Syah II, Megat Shahrizal sebagai Seri Bija Wangsa, Que Rose sebagai Tun Aman dan ramai lagi.
Persembahan ini juga diserikan lagi oleh watak Penglipurlara yang dibawa oleh Shahrul Mizad juga dikenali sebagai pencerita yang sangat menghiburkan dan memberi kesan kepada emosi penonton dalam suka dan duka. Juga diselitkan waktu selingan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal seperti Asmidar, juara Dangdut Star Fitri dan juga persembahan tarian
Bagi yang nak menonton teater ini masih lagi dipersembahankan setiap hari sehingga 11 Nov ini di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC Jalan Ampang Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh didapati secara online di pipent.peatix.com dengan harga RM30, RM50, RM80 dan RM100. Memang sangat disarankan untuk tonton teater ini walaupun ia teater bangsawan tapi masih menggunakan teknologi terkini dengan kesan cahaya dan juga bunyi yang menarik serta mampu memberi penata terbaik dari keseluruhan persembahan.
Kalau anda jauh untuk datang ker KL jangan risau kerana persembahan teater ini akan menjelajah ke beberapa buah negeri seluruh Malaysia untuk memastikan ia terus mekar dalam jiwa sanubari rakyat Malaysia. Sama-sama kita martabatkan budaya dan kesenian negara kita yang sangat unik ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2018/11/teater-muzikal-bangsawan-dendam.html