Sakit Tekak Dan Batuk Bertandang Lagi


Bulan November ni bulan sakit agaknya. Minggu lepas, mak mentua pula dimasukkan ke wad dan kena isolated dalam 1 bilik sorang-sorang. Masa dia call tanya pasal mata saya, dia mengadu stress dan kebosanan di wad sorang-sorang. 
Kesian juga, tapi apa boleh kita buat. Doa dan semoga semuanya Allah permudah. Mak mentua okay je masih larat jalan. Tapi tulah kena tahan lama-lama jadi bosan lah dia. Kalau kita pun mesti bosan juga. Doktor nak monitor keadaan dan tukar-tukar ubat katanya

Update terkini, Sabtu lepas dah boleh keluar wad. Alhamdulillah..

Seminggu yang lepas juga, mak saya pula jatuh katil. Dahi benjol bengkak sampai kedua mata turut lebam. Allahuakbar. Bagai nak gugur jantung ni dibuatnya. Semoga tak ada kemudaratan lain. Ujian tu bersambung-sambung. Manalah hati ni tak gundah gulana

Minggu lepas, kami berdua sakit tekak dan batuk berjangkit. Musim batuk, demam dan selsema agaknya kot. Kalau Encik Suami batuk, mesti lepas tu berpindah kepada saya. Sampai 3-4 hari dah tak tahan batuk. 
Nak tidur pun terganggu. Kita dahlah baru lepas surgery, kena jaga kesihatan. Tiba-tiba pula batuk bertandang lagi

Masalahnya dia gatal tekak masa kita nak rehat, nak tidur macam tu. Kalau duduk elok pula dia tak terganggu sangat. Sebab tak tahan dah, jomlah ke klinik. Sehari sebelum saya pergi Klinik tu Encik Suami dah ke klinik dan hampir baik. 
Nak tak nak kena juga pergi klinik sebab risau batuk berpanjangan macam sebelum ni yang hampir sebulan lebih menanggung. Pergi klinik pun dah 2-3 kali. Masa nak pergi tu klinik tu kemain behave lagi tekak. Doktor kata batuk-batuk ayam. Doktor ni perli ke apa

Minggu depan saya ada second surgery mata sebelah kiri pula. Aaa risau...Kalau tak okay juga kenalah postpone

Ubat batuk dah makan bermacam-macam dah. Ubat herba, tak herba. Gula-gula legakan tekak dah bermacam jenis. Guna juga ubat spray tekak yang Encik Suami dapat, tak lega juga. Kebal betul eh batuk ni. 
Cakap dengan doktor nak ubat lain selain yang saya pernah cuba. Doktor bagi ubat yang berbeza. Sehari dua tak berapa nak okay juga. Tidur masih terganggu. Masih ada kahak melekat di tekak


Ubat cair kahak dah makan, ubat batuk versi liquid dan kapsul pun dah hampir habis pun tak okay juga. Ubat radang tu berfungsi jugalah tekak tak ada radang yang teruk. Minum air masak dah banyak dah. Berulang-ulang ke toilet

Sekarang dah tak batuk tapi masih ada sakit baki kahak tu. Bukan hijau tapi putih. Agaknya dah nak baik tu kot. Cuma sekarang masalahnya tekak tu perit ya amat. Nak telan air liur pun seksa

Harap cepatlah baik tekak ni. Minum air banyak dah. Kerap pula ke toilet kalau dah minum banyak. Bila sakit ni banyak mengganggu kerja dan aktiviti seharian. Mujur juga ubat-ubatan ni tak ada kesan mengantuk. Kalau tidak, tidur rehat je lah kita.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/11/sakit-tekak-batuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

Resipi Cottage Pie Ala Zahnita Versi Tekak Melayu Sedap Berkrim Bikin Ketagih

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 201 hits
Kalau sebut Cottage Pie Ala Zahnita ramai terus bayangkan sajian klasik Inggeris dengan sentuhan daging cincang berlapis kentang lenyek lembut dimasak penuh kasih sayang dalam oven ala air tangan selebriti Zahnita Resipi asalnya mungkin dar...
Petua Mengurangkan Batuk Dari Buah Pear Cina

Petua Mengurangkan Batuk Dari Buah Pear Cina

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum WBT HARI tu kat thread ada threadian yang kongsi petua mengurangkan batuk dengan buah pear PI tu batuk selalu Batuk tu bukan punca penyakit ke apa tau tapi sebab pengambilan ubat darah tinggi yang meningkatkan paras bradykin...
Ujian Hidup Menghadapi Sakit Kehilangan Dan Kesempitan

Ujian Hidup Menghadapi Sakit Kehilangan Dan Kesempitan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 172 hits
Ada kalanya kita diuji dengan sakit kehilangan atau kesulitan hidup Namun tanpa kita sedari kita sebenarnya terlindung dari pelbagai perkara buruk Jika pada hari ini kita merasa sukar untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki mulakan dengan ...
Elak Sakit Sendi Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki

Elak Sakit Sendi Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 115 hits
Elak Sakit Sendi Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki Sejak kebelakangan ini aktiviti mendaki sering menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia Biasanya aktiviti ini sering menjadi pilihan sebagai salah aktiviti riadah bersama kawan kawan...
Acle Akui Sakit Lepas Kalah Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman

Acle Akui Sakit Lepas Kalah Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 131 hits
ACLE Akui Sakit Lepas Kalah Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman Jurulatih Shanghai Shenhua Leonid Slutsky mengakui kehebatan Arif Aiman selepas pemain sensasi Johor Darul Ta zim itu mempamerkan aksi luar biasa membantu kemenangan pasuk...
Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 122 hits
Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Cerita Tanda dan Langkah Monolog Jiwa Sakit Dada Kiri Bila Tubuh Berbisik Jiwa Perlu Didengar Entri gabungan cerita peribadi tanda tanda penting cadangan pemeriksaan dan sumber rujukan untuk tindakan lanjut Ring...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

My Comfort Food

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy

Anwar Kirim Sejambak Bunga Buat Mic

Pengumuman Penting Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Fam

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


An Introduction To The Best Gold Trading Platform In Malaysia

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni

Lirik Lagu Mendewasa Amad Dayyan

Sakit Tekak Dan Batuk Bertandang Lagi

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled