Sarawak Umum Bajet Rm11 91 Bilion Tertinggi Dalam Sejarah


PETRA JAYA: Rakyat Sarawak akhirnya mampu menikmati pembangunan lebih agresif selepas era Barisan Nasional (BN) apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM9.07 bilion, khusus untuk perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan Sarawak 2019.
Keseluruhannya, sejumlah RM11.91 bilion bagi belanjawan negeri tahun depan, yang tertinggi dalam sejarah Sarawak, dengan RM2.84 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi.
Pada Belanjawan 2019 Kerajaan Pusat dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, Sarawak hanya menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.35 bilion.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri komited memperhebat pelaksanaan program dan projek di kawasan luar bandar selepas sejumlah 67 peratus atau RM6.05 bilion, dikhususkan bagi kawasan terbabit.
“Peruntukan bagi kawasan luar bandar terbabit adalah melebihi peruntukan RM2.98 bilion pada 2017 dan RM3.06 bilion tahun ini.
“Sehingga 31 Oktober ini, sejumlah RM6.77 bilion atau 73 peratus sudah dibelanjakan bagi Bajet 2018,” katanya selepas membentangkan Bajet 2019, di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Katanya, bagi tahun depan, kerajaan negeri menjangka bakal memperoleh pendapatan berjumlah RM10.51 bilion, peningkatan RM3.55 bilion atau 51 peratus berbanding RM6.96 bilion tahun ini.
“Kita menjangkakan Sarawak mencapai rekod pendapatan paling tinggi iaitu melebihi RM10 bilion untuk digunakan demi pembangunan negeri bagi manfaat rakyat Sarawak,” katanya.
Abang Johari berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada inisiatif kerajaan negeri meneroka sumber pendapatan baharu termasuk pengenalan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum.
“Jumlah pendapatan cukai dijangka mengutip RM5.27 bilion atau 50 peratus daripada keseluruhan pendapatan pada 2019. Pendapatan dijana cukai adalah RM4.46 bilion hasil cukai jualan dengan RM3.9 bilion dijana cukai daripada sumber petroleum. Selain itu, RM474 juta daripada sumber hutan, manakala RM332 juta daripada royalti air mentah, sewa tanah dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak empat jambatan akan dibina membabitkan Jambatan Muara Lassa, Mukah; Jambatan Batang Rambungan, Lundu; Jambatan Bintulu/ Jepak, Bintulu dan Jambatan Batang Lupar, Betong.
“Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan dasar baharu di mana setiap bayi dilahirkan di negeri ini akan memperoleh one-off insentif berjumlah RM1,000 tanpa mengira etnik, agama dan status sosial.
“Insentif berkenaan hanya dibenar dikeluarkan pada usia 18 tahun dan ia untuk digunakan bagi melanjutkan pengajian atau modal untuk mengejar karier masing-masing,” katanya.
The post Sarawak Umum Bajet RM11.91 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/sarawak-umum-bajet-rm11-91-bilion-tertinggi-dalam-sejarah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Bentang Belanjawan Terbesar Rm11 9 Bilion Untuk 2019

Sarawak Bentang Belanjawan Terbesar Rm11 9 Bilion Untuk 2019

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 435 hits
Ketua Menteri Abang Johari berkata RM9 073 bilion adalah untuk membiayai program di bawah RMK 11 termasuk inisiatif sosio ekonomi dan transformasi luar bandar serta inisiatif ekonomi digital KUCHING Sarawak akan meneruskan belanjawan yang t...
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 264 hits
Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun Petang Ini Terciptanya Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Oleh Kerajaan Baharu
Dana Sebanyak Rm1 Bilion Untuk Pembelian Rumah Pertama

Dana Sebanyak Rm1 Bilion Untuk Pembelian Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Bank Negara akan menyediakan dana RM1 bilion untuk membiayai pembelian rumah pertama bagi golongan berpendapatan bulanan tidak lebih RM2 300 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata dana tersebut akan disediakan bermul...
12 Inisiatif Bagi Pendidikan Menjelang 2019 Berdasarkan Peruntukan Sebanyak Rm60 2 Bilion

12 Inisiatif Bagi Pendidikan Menjelang 2019 Berdasarkan Peruntukan Sebanyak Rm60 2 Bilion

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 1435 hits
12 Inisiatif Bagi Pendidikan Menjelang 2019 Berdasarkan Peruntukan Sebanyak RM60 2 Bilion ini adalah berdasarkan Pembentangan Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh YB Lim Guan Eng iaitu Menteri Kewangan Malaysia secara rasminya pada 02 No...
Kerajaan Peruntukkan Rm314 5 Bilion Untuk Belanjawan 2019

Kerajaan Peruntukkan Rm314 5 Bilion Untuk Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Belanjawan 2019 belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan akan memperuntukkan sejumlah RM314 5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira kira RM290 4 bilion pada 2018 Ketika membentangkan Belanjawan 201...
Rm1 Bilion Untuk Pelan Perkembangan Ekonomi Digital Negara

Rm1 Bilion Untuk Pelan Perkembangan Ekonomi Digital Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dengan peruntukkan RM1 bilion bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Katanya pelan itu bertujuan membangunkan...
Rm1 2 Bilion Bagi Pastikan Kemajuan Syiar Islam Tahun Depan

Rm1 2 Bilion Bagi Pastikan Kemajuan Syiar Islam Tahun Depan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan memperuntukkan RM1 2 bilion tahun depan berbanding RM1 1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebagai a...
Penduduk Pedalaman Ternanti Nanti Agihan Peruntukan Rm5 Bilion Untuk Sabah

Penduduk Pedalaman Ternanti Nanti Agihan Peruntukan Rm5 Bilion Untuk Sabah

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 355 hits
Bernama DI kawasan luar bandar masyarakatnya mengharapkan akses jalan raya bekalan air bersih pembangunan pertanian dan akses jalur lebar kepada penduduk luar bandar Gambar hiasan KENINGAU Peruntukan lebih RM5 bilion kepada Sabah dalam Bela...
Utusan Tuduh Najib Bohong Rm2 6 Bilion Dalam Akaun Peribadi

Utusan Tuduh Najib Bohong Rm2 6 Bilion Dalam Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 279 hits
Utusan Malaysia menggelar Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong susulan wawancara dengan Al Jazeera baru baru ini apabila beliau mendedahkan dia sebenarnya tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi yang berni...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat