1967 Kisah Perjalanan Panjang Pekerja Ladang Asahan



Pada 14 April 1967, hari ke-49 Mogok Asahan, pekerja-pekerja Estet Asahan dan kesatuan UMEWU mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan mereka dengan menganjurkan sebuah perarakan protes, untuk berjalan kaki dari estet mereka di Bukit Asahan, Melaka, hingga ke pejabat Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di ibu negara Kuala Lumpur.  
Seramai 300 orang pekerja Estet Asahan telah bertekad untuk berjalanan sejauh 200 km demi memperjuangkan 2 tuntutan mereka; keadilan untuk 73 rakan mereka yang telah dipecat dan pengiktirafan untuk kesatuan sekerja mereka yang telah diharamkan. 400 rakan sekerja mereka yang tidak menyertai perjalanan jauh ini akan tinggal mempertahankan tindakan mogok mereka di Estet Asahan. 
Perjalanan jauh bersejarah inilah yang kini dikenali sebagai “Asahan Long March 1967”. 
Dalam perjalanan mereka ke Kuala Lumpur, mereka telah menerima banyak sokongan dari kesatuan-kesatuan sekerja lain dan orang ramai yang menyalurkan bantuan minuman, makanan, wang ringgit dan tempat berteduh kepada peserta pejalan kaki. Hampir di setiap tempat yang mereka lalui, ramai juga yang ikut serta berjalan kaki bersama mereka sebagai tanda solidariti. 
Tetapi pada masa yang sama, mereka juga terpaksa merempuhi banyak halangan, sekatan dan rintangan di sepanjang jalan.
Di Jasin, Melaka, polis dan FRU yang telah menghalang mereka termasuk tembakan gas pemedih mata. Ramai yang tercedera dan ramai yang ditangkap polis. Di Kampung Kandang, Melaka, polis menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menyekat dan menangkap pejalan kaki yang singgah dan berlindung di kampung itu. Di Tampin, Negeri Sembilan, mereka telah disekat oleh polis yang sekali lagi telah melakukan penangkapan. Di Kajang, Selangor, sekali lagi mereka diserang oleh polis dan FRU yang sudah menunggu ketibaan mereka. Sekali lagi, ramai yang tercedera dan ramai yang ditangkap dan dihumban dalam lokap. Seorang dari mereka telah ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). 
Walaupun terpaksa melalui banyak rintangan, selepas 8 hari berjalan dengan tabah dan tanpa putus asa, akhirnya rombongan mereka sampai ke ibu negara Kuala Lumpur pada 21 April 1967.
Enam hari kemudian, pada 27 April 1967, mereka telah dapat berjumpa dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Menteri Buruh yang telah berjanji akan cuba membantu menyelesaikan masalah mereka.
Pada 5 Mei 1967, selepas pertemuan antara Menteri Buruh dengan majikan Estet Asahan, kesemua 73 orang pekerja yang dipecat telah dipanggil untuk kembali bekerja. 
Walaupun tuntuan pertama pekerja-pekerja Estet Asahan telah berjaya dicapai, tetapi tuntuan kedua mereka telah gagal. Majikan masih tidak mengiktiraf kesatuan UMEWU dan kerajaan terus mengharamkan kesatuan mereka. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/1967-kisah-perjalanan-panjang-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikuti Kisah Perjalanan Sukses Yeah1 Network Dari 2006 2018

Ikuti Kisah Perjalanan Sukses Yeah1 Network Dari 2006 2018

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 292 hits
Ini dia perjalanan sukses Yeah1 Network dari tahun 2006 hingga 2018
Kisah Perjalanan Ke Penang 2nd Bridge Pdrm 2018 Solidarity Fun Ride

Kisah Perjalanan Ke Penang 2nd Bridge Pdrm 2018 Solidarity Fun Ride

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 386 hits
Assalamualaikum pembaca blog Un Hari ni baru ada semangat nak mencoretkan tulisan Un di sini Balik sahaja daripada program Penang 2nd Bridge PDRM 2018 Solidarity Fun Ride terus demam On the way balik Perlis pada The post appeared first on
Sejarah Mogok Asahan 1967

Sejarah Mogok Asahan 1967

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 360 hits
Dalam sejarah perjuangan rakyat pasca Merdeka peristiwa Mogok Asahan 1967 merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kaum pekerja untuk menuntut keadilan dan hak asasi mereka untuk berkesatuan Peristiwa ini berlaku di Estet Asah...
Perjalanan Seorang Gamer Kini Bermula Saya Encik Hairan

Perjalanan Seorang Gamer Kini Bermula Saya Encik Hairan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 345 hits
SUBSCRIBE SAYA Memperkenalkan Youtube Channel bagi Encik Hairan Sebuah channel yang dicipta untuk berkongsi segala bentuk gameplay dari games games yang ternama dan dimainkan oleh seorang gamer yang noob dan slowpoke Sebagai permulaan kami ...
Hanya Pemegang Mykad Mytentera Mykid Layak Dapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had

Hanya Pemegang Mykad Mytentera Mykid Layak Dapatkan Pas Perjalanan Tanpa Had

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 756 hits
Langganan pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL yang diumumkan dalam Bajet 2019 baru baru ini hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad MyTentera dan MyKid Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew ...
Video Dokumentasi Sar Diputar Saat Perjalanan Ke Lokasi Tabur Bunga Korban Lion Air

Video Dokumentasi Sar Diputar Saat Perjalanan Ke Lokasi Tabur Bunga Korban Lion Air

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 336 hits
Para keluarga korban kecelakaan Lion Air JT 610 naik dua kapal milik TNI AL menuju lokasi jatuhnya pesawat Mereka hendak melakukan tabur bunga Selama perjalanan para keluarga korban diperlihatkan video dokumentasi tim SAR gabungan mencari s...
Spedy Menawarkan Perjalanan Ke Mana Sahaja Serendah Rm1

Spedy Menawarkan Perjalanan Ke Mana Sahaja Serendah Rm1

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 269 hits
Sempena Hari Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi Spedy menawarkan harga yang super duper kaw hanya serendah RM1 sahaja ke destinasi The post appeared first on
Psi Sarankan Perjalanan Dinas Anggota Dpr Dibayar Dengan Sistem Biaya Riil

Psi Sarankan Perjalanan Dinas Anggota Dpr Dibayar Dengan Sistem Biaya Riil

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 194 hits
Jika tidak ada pertanggungjawaban berdasarkan biaya riil maka tidak tertutup kemungkinan terjadi manipulasi biaya perjalanan Dini mencontohkan biaya diberikan untuk membeli tiket pesawat kelas bisnis bisa saja dibelanjakan untuk beli tiket ...
Perghhh Jauh Perjalanan Ular Sawa Dikirim Dari Gopeng Ke Usm Guna Pos Laju

Perghhh Jauh Perjalanan Ular Sawa Dikirim Dari Gopeng Ke Usm Guna Pos Laju

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 645 hits
Ular sawa batik dikeluarkan kakitangan Pos Laju daripada bungkusan tersebut foto Facebook Baca lebih lanjut di http www mstar com my berita berita semasa 2018 11 12 ular sawa pos laju DrPXFXU4WgIai2gK 99 PETALING JAYA Seorang kakitangan Pos...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun