Membersihkan Nama Maharaja Islam Aurangzeb Dalam Sejarah


India pernah menjadi saksi kepada kemunculan salah satu empayar agung di benua kecil berkenaan selepas Empayar Maurya. Empayar tersebut ialah Empayar Mogul yang menyaksikan kemunculan maharaja-maharaja hebat seperti Akbar, Shah Jehan dan Aurangzeb. Sebut pasal Aurangzeb, baginda sentiasa digambarkan sebagai pemerintah kejam dan tak berperikemanusiaan oleh golongan pelampau berhaluan kanan di India tetapi juga oleh sesetengah sejarawan terutama orientalis British. Tetapi tidak ramai tahu di sebalik kekeliruan ini, tersirat wajah kompleks berkenaan maharaja agung terakhir Empayar berkenaan.
Isu perebutan takhta
Sesiapa yang membaca sejarah perebutan takhta dalam kalangan putera-putera Empayar Mogul terutama membabitkan Aurangzeb dan saudara-saudaranya menyangka baginda sememangnya ganas terhadap kaum kerabat sendiri. Hakikatnya, isu sebegini bukanlah asing dalam kalangan mana-mana empayar di dunia dari Empayar Rom di Barat hinggalah Empayar Mogul di India. Bagi putera-putera Empayar Mogul, hak menduduki takhta bukannya terletak hak pewarisan di tangan putera sulung. Sebaliknya ia ditentukan melalui pertembungan putera-putera ini berdasarkan pepatah Parsi ya takht ya tabut (takhta atau kubur). Dan itulah yang dilakukan Aurangzeb selepas dua saudaranya terbunuh sementara seorang lagi melarikan diri ke Burma (Myanmar moden) sebelum dibunuh oleh pembesar tempatan. Apa yang dilakukan Aurangzeb sebenarnya hanya meneruskan tradisi para pemerintah Mogul sebelumnya termasuk ayahandanya Shah Jahan dan nendanya Jahangir.
Walaupun sudah berlaku perebutan takhta sebegini mengikut sejarah empayar berkenaan, perebutan takhta membabitkan Aurangzeb dan saudara-saudaranya merupakan perebutan takhta paling berdarah. Selepas Shah Jahan jatuh gering pada tahun 1658, empat puteranya itu berlumba-lumba mengumpul penyokong masing-masing dan mula berperang antara satu sama lain. Ramai yang menjadi korban perebutan takhta ini dengan bilangan tentera yang terbunuh mencecah ribuan orang. Walaupun ada sejarawan moden menyifatkan konflik sebegini merupakan sesuatu yang merugikan, tidak ramai sedar ia sebenarnya membantu mengukuhkan lagi kedudukan Empayar Mogul.
Ini kerana ini membolehkan putera yang berkemampuan memerintah negara mengambil alih tampuk pemerintahan dan memberi peluang kepada putera-putera lain mengumpul pengikut yang berkelayakan bagi membantu mereka mendapatkan tampuk pemerintahan. Justeru, semasa Aurangzeb menaiki takhta, baginda mengemudi sebuah empayar kuat dan dilengkapi dengan kemahiran pentadbiran dan peperangan yang baik. Ini sekaligus menjadikan baginda seorang pemerintah yang berkesan.
Aurangzeb dan Islam
1. Isu perebutan takhta dan Shah Jahan
Sesetengah kumpulan Hindu melabel Aurangzeb sebagai ekstremis dan sama sekali berbeza dengan perihal moyangnya, Akbar. Memang mudah melihat dari konteks moden untuk melabel baginda dengan gelaran-gelaran sedemikian tetapi cuba pula isi peranan baginda pada abad ke-17 Masihi. Ia bukan sesuatu yang mudah apatah lagi pada ketika itu, baginda mengetuai salah satu empayar terbesar di dunia dan menyeimbangkan cita-cita empayar dengan keinginannya mengejar matlamat bersifat kebajikan dan keadilan.
Misalnya selepas berjaya menaiki takhta selepas menyingkirkan semua saudaranya, Aurangzeb dianggap melanggar undang-undang syariah dan dikecam ramai pemerintah Islam ketika itu. Walaupun pulih dari sakitnya beberapa bulan selepas itu, konflik antara putera-puteranya tidak dapat dihentikan dengan Aurangzeb berjaya merampas perbendaharaan diraja dan mengejar saudara-saudaranya yang lain. Mengikut tradisi Mogul, tiada masalah bagi putera-putera saling bertelagah untuk merebut takhta tetapi membunuh ayahanda sendiri untuk merampas takhta dianggap satu perbuatan tercela. Selepas berjaya mendapatkan takhta, Aurangzeb mengisytiharkan Shah Jahan tidak berkemampuan memerintah dan meletakkan ayahandanya dalam tahanan rumah selama tujuh setengah tahun di Kubu Agra sebelum mangkat pada usia 74 tahun.
Apa yang dilakukan Aurangzeb nyata mengundang kemarahan ramai. Dinasti Safavid di Parsi misalnya mengejek gelaran yang dikurniakan kepadanya iaitu Alam-giri (Perampas Dunia) kepada Pidar-giri (Perampas Ayahanda). Walaupun memberi banyak hadiah bagi kegunaan umat Islam di Makkah dan Madinah seperti 45,000 syiling perak dan beberapa ribu jubah yang cantik, itu sama sekali tidak mengubah pendirian Sharif Makkah yang melihat selagi mana Shah Jahan masih hidup, selagi itu pemerintahan Aurangzeb dianggap tidak sah. Ini kerana apa yang dilakukan baginda itu dianggap zalim dan tidak beretika.
2. Sentimen keagamaan semasa isu perebutan takhta
Sesetengah sejarawan melihat pertembungan Aurangzeb dan kekanda sulungnya Dara Shukoh sebagai pertembungan ideologi di mana Dara dilihat sebagai liberal seperti moyang mereka Akbar sementara adindanya dianggap fundamentalis. Mereka turut menyelar tindakan baginda yang mempergunakan sentimen keagamaan semasa melancarkan kempen ke atas saudara-saudaranya itu. Hakikatnya, saudara-saudaranya seperti Putera Shuja dan Putera Murad mempergunakan agama sebagai bahan kempen mereka, kadangkala melebihi apa yang dijaja oleh Aurangzeb sendiri. Walaupun baginda dapat menarik sokongan golongan ulama semasa kempennya tetapi pada masa sama, Aurangzeb dilihat tidak mahu kehilangan sokongan panglima-panglima Hindu dari Rajput.
Walaupun Dara dianggap liberal oleh sesetengah sejarawan tetapi dari segi ketokohan dan kemampuannya sebagai pemerintah, baginda diatasi oleh adindanya Aurangzeb dan ini diakui sendiri oleh Shah Jahan. Jika tidak, mengapa baginda menghantar Aurangzeb sebagai panglima tentera bagi operasi ketenteraan yang penting atau dilantik sebagai gabenor wilayah yang mengalami ketidakstabilan politik. Dara juga dilihat tidak mempunyai elemen Macchiavelli yang penting iaitu elemen manipulasi politik dan tidak mempunyai kebolehan menghakimi perwatakan manusia. Buktinya, bapa saudara dari sebelah ibunya merangkap panglima perang Parsi Shaista Khan merupakan penyokong rahsia adindanya itu.
3. Cukai jizyah
Pada April 1679, Aurangzeb mengembalikan semula cukai jizyah ke atas warga Mogul yang bukan beragama Islam. Langkah ini dilabel sebagai sebahagian daripada gerakan anti-Hindu semasa era baginda dan dianggap lari dari era toleransi yang dibawa Akbar. Sesetengah menganggap ini satu langkah bagi menangani pemberontakan yang berlaku ketika itu. Dalam sesetengah kes, ia memang menjadi tetapi kebanyakan pemberontakan yang berlaku semasa era baginda berpunca akibat ketidakpuasan hati orang ramai yang muak dikenakan cukai berlebihan oleh Empayar Mogul.
Selain itu, sejarawan Sri Ram Sharma turut menolak dakwaan sesetengah sejarawan bahawasanya jizyah itu merupakan satu cara bagi memaksa orang Hindu memeluk Islam. Dakwaan sebegini amat menarik kerana golongan yang terkesan dengan cukai ini ialah golongan miskin hinggalah golongan pertengahan Hindu kerana cukai ini menuntut hanya menuntut pendapatan lebih dari tiga minggu daripada hasil pendapatan tahunan mereka. Tetapi hanya segelintir saja penganut Hindu memeluk Islam bagi mengelak dikenakan cukai jizyah kerana tertekan dengan cara kutipan yang dikenakan pihak kerajaan berbanding saiz jumlah cukai yang dikenakan.

Selain itu, cukai ini tidak tertakluk kepada golongan fakir, pendeta-pendeta Brahmin, pentadbir-pentadbir Hindu dan tentera Mogul yang beragama Hindu. Malah, semasa berlakunya krisis kebuluran, kutipan jizyah digantung tetapi polisi tersebut hanya menguntungkan golongan ulama dan panglima-panglima perang Islam berpangkat kecil. Semasa era ini juga, Aurangzeb turut memansuhkan beberapa cukai yang dianggap membebankan dan ini dianggap menjustifikasikan perlaksanaan cukai tersebut. Ada juga berpandangan cukai tersebut dikenakan bagi memuaskan hati bangsawan-bangsawan Islam yang kehilangan jagir (hak kutipan cukai) mereka kepada panglima-panglima perang dari Maratha. Jika itu tidak berlaku, maka perlaksanaan jizyah sudah berlaku pada tahun pertama pemerintahan Aurangzeb dan bukan 1679 seperti didakwa.
4. Isu pemusnahan kuil
Bagi golongan pelampau Hindu, ramai menganggap tindakan Aurangzeb meruntuhkan kuil-kuil semasa era pemerintahan baginda sebagai satu lagi petunjuk pendirian anti-Hindunya. Hakikatnya, tindakan tersebut hanya dilakukan jika wujud aktiviti pemberontakan anti-Mogul digerakkan di kuil-kuil berkenaan. Contohnya, isu perobohan kuil Keshava Deva. Kuil tersebut dirobohkan sebagai tindak balas terhadap gerakan pemberontak Mathura Jat. Ini kerana semasa tempoh pemberontakan mereka, bukan sedikit tentera Mogul terbunuh di tangan mereka termasuk seorang panglima tentera. Malah, pemberontak Jat juga bertanggungjawab menyerang makam Maharaja Akbar dan membakar mayat moyangnya sehingga hangus, satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan oleh Aurangzeb.
Dan sesetengah pelampau Hindu lupa menyatakan sesetengah kuil Hindu bukan saja dibakar tetapi dirobohkan oleh raja-raja Hindu yang saling bermusuhan terutama wira bagi kelompok nasionalis Hindu, Shivaji Bhonsle. Malah, perbuatan sebegini sudah dilakukan sejak beratus-ratus tahun lalu. Dan apa yang dilakukan mereka sebenarnya jauh lebih buruk iaitu merosakkan patung kuil dan mencuri patung-patung dari kuil diserang untuk diletakkan di kuil-kuil sembahan mereka. Pada awal abad ke-10 Masihi, Raja Indra III dari Rashtrakurta menyerang dan merobohkan Kuil Kalapriya yang dinaungi musuh baginda golongan Pratiharas. Dan tindakan pemerintah Kashmir Lalitaditya membunuh Raja Gauda nyata menimbulkan kemarahan para pengikutnya. Sebagai tindak balas, mereka menyusup masuk ke Kuil Vishnu Parihasakesava dan memusnahkan imej perak yang disangka milik Parihasakesava.
Malah, sejarawan Sri Ram Sharma yang sentiasa mempunyai pandangan negatif terhadap Aurangzeb berpandangan berbeza dengan pendapat popular, era baginda menyaksikan orang Hindu dibenarkan membina kuil di wilayah di mana tidak berlakunya pemberontakan. Baginda juga turut memberi geran kepada mereka bagi memperluas sebuah kuil sedia ada ketika itu. Aurangzeb juga turut mengeluarkan arahan melindungi tapak-tapak kuil golongan Hindu dan Jainisme. Malah, baginda juga tidak teragak-agak menegur sikap sesetengah pembesarnya yang beragama Islam yang suka menyusahkan pendeta-pendeta Brahmin.
5. Islamisasi
Di sebalik momokan yang mengatakan Aurangzeb seorang fanatik dalam beragama, rekod-rekod sejarah membuktikan sebaliknya. Baginda sebenarnya mengikut ajaran Sufi dan amat meminati karya Imam al-Ghazali rahimahullah Ihya Ulumuddin. Jika ada yang menyatakan had yang dikenakan bagi perayaan-perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha dan Hari Nairuz (Tahun Baru Parsi) sebagai petunjuk kefanatikan baginda, anda salah. Jujurnya, Aurangzeb mengakui tidak menggemari perayaan dan sedar bahaya menanti jika baginda meraikan perayaan bersama rakyat jelata. Bukanlah satu rahsia ramai mahu menyingkirkan baginda sama ada dari kalangan anggota kerabat diraja Mogul, musuh domestik atau luar negara.
Aurangzeb juga menolak karya-karya bersifat kontroversi seperti sesetengah karya yang dihasilkan Ahmad Sirhindi. Golongan filsuf terus mendapat naungan pemerintah Mogul termasuk semasa era baginda seperti Danishmand Khan walaupun beliau selalu menggunakan terjemahan dalam Bahasa Sanskrit. Aurangzeb juga turut menaungi golongan ulama Firamgi Mal yang cenderung kepada falsafah Yunani dan Sufisme. Semasa pemerintahan baginda juga, teks perundangan mazhab Hanafi iaitu Fatawa-i Alamgiri turut dikumpulkan dan menjadi teks perundangan terkemuka pada zamannya. Walaupun dengan perlaksanaan hukum syariah, baginda tidak cenderung kepada pendekatan mengenakan hukuman. Walaupun pada zaman itu turut menyaksikan pedagang Hindu dikenakan duti kastam, ianya bertujuan menggalakkan lagi pengembangan komuniti perniagaan Islam dan bukannya bias bersifat keagamaan.
Walau bagaimanapun, panglima-panglima perang Hindu lebih banyak menerima diskriminasi oleh rakan-rakan mereka yang beragama Islam berbanding di bawah Aurangzeb. Menteri Kewangan Mogul Raja Raghanath Khatri turut memainkan peranan sebagai wazir pertama baginda sehinggalah meninggal dunia pada tahun 1663. Baginda tidak dapat menganugerahkan gelaran wazir kepada Khatri, seorang Hindu dari Punjab kerana tidak mahu menyinggung perasaan panglima-panglima perangnya yang beragama Islam.
Selain itu, lihat juga tindakan Jeneral Mir Jumla, seorang jeneral Syiah Mogul yang mencuci tangannya setiap kali panglima perang Hindu dari Rajput melawatnya semasa menjalankan tugas bagi empayar. Ini menunjukkan golongan Syiah turut bersikap kurang bertoleransi terhadap penganut Hindu berbanding golongan Ahli Sunnah Waljamaah seperti Aurangzeb. Semasa era ini juga, 50% daripada golongan bangsawan yang menjadi sebahagian daripada penasihat Aurangzeb beragama Hindu. Berdasarkan data-data ini, agak sukar untuk percaya bahawa baginda bertanggungjawab untuk unsur kefanatikan dalam beragama.
Aurangzeb dan musuh Empayar Mogul
Bagi sesetengah sejarawan, tindakan baginda memerangi pihak musuh tanpa henti dianggap sesuatu yang tak berperikemanusiaan. Tetapi jika kita lihat dari sudut realpolitik terutama pada abad ke-17 Masihi, apa yang dilakukan Aurangzeb hanyalah untuk menjaga kedudukan baginda dan Empayar Mogul amnya. Ini kerana sebarang bentuk pemberontakan yang dilihat mengancam kestabilan negara harus diperangi dan dimatikan dengan segera sebelum ianya dibenarkan menular dan mencetuskan situasi kacau-bilau. Sesiapa saja yang dianggap menentang Empayar Mogul harus diperangi sama ada putera baginda sendiri atau tokoh-tokoh domestik.
Pada 1 Januari 1681, putera bongsunya Akbar mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Mogul yang baru dan berpakat dengan pembesar-pembesar Rajput untuk menyingkirkan baginda. Tetapi rancangan tersebut gagal hasil kelicikan Aurangzeb menggunakan kaedah pujuk dan ugut untuk mendorong pengikutnya berpaling tadah dan kembali di bawah panji Empayar Mogul. Selepas sedar prospek menentang ayahandanya tidak menjadi, Akbar terpaksa melarikan diri dan duduk dalam buangan di Parsi sehingga ke akhir hayatnya. Semasa di Parsi juga, baginda cuba meminta bantuan Empayar Safavid untuk memerangi Aurangzeb tetapi tidak dilayan pemerintah Safavid Suleiman I berikutan hubungan baiknya dengan ayahandanya.
Selain Akbar, Shivaji Bhonsle turut menjadi duri dalam daging kepada Aurangzeb semasa era pemerintahan baginda. Walaupun kedua-dua tokoh ini berdamai dan mempunyai hubungan baik untuk seketika, ia tidak bertahan lama selepas Shivaji melarikan diri dari tahanan di Agra. Dan itu berterusan sehinggalah Shivaji mangkat pada tahun 1681. Selepas tentera Mogul berjaya menewaskan angkatan Maratha dalam Perang Wai, putera Shivaji iaitu Sambhaji dipancung kerana meneruskan kempen ayahandanya terhadap Empayar Mogul.
Tetapi satu pembunuhan yang dianggap kontroversi ialah hukuman bunuh ke atas tokoh Sikh Guru Tegh Bahadur. Beliau dikatakan mencetuskan kekecohan di wilayah Punjab yang dikawal Empayar Mogul pada ketika itu. Satu cerita yang selalu berlegar ialah baginda meminta Tegh Bahadur memeluk Islam tetapi memengal kepala guru Sikh itu kerana tetap berpegang teguh kepada agamanya. Bagi sejarawan Audrey Truschke, jika Tegh Bahadur memeluk Islam sekalipun, itu bukan jaminan yang dapat menyelamatkannya dari hukuman mati. Ini kerana hukuman mati merupakan polisi Aurangzeb terhadap musuh-musuh negara.
Dan tidak ramai tahu, ada sesetengah orang Sikh turut berkomplot untuk menyingkirkan beliau. Salah seorang yang melancarkan komplot terhadap Tegh Bahadur ialah abang sulung Guru Har Krishnan, Ram Rai. Ram Rai bersama beberapa pemimpin Sikh lain cuba melobi komuniti Sikh bahawasanya beliaulah calon terbaik sebagai pengganti spiritual Guru Nanak. Sejarawan kolonial Joseph Davey Cunningham turut mendapati Tegh Bahadur juga kurang popular dalam kalangan penduduk miskin dan dikatakan mengenakan sumbangan dari golongan hartawan Muslim dan Hindu. Malah, tidak terkejut juga jika orang yang mengadukan hal beliau kepada pengetahuan Aurangzeb ialah Ram Rai sendiri. Menurut Cunningham, Rai pasti menggunakan alasan Tegh Bahadur sebagai ancaman kepada kedudukan baginda bagi membolehkannya mengatasi cabaran tokoh-tokoh lain bagi mendapatkan gelaran guru bagi dirinya.
Jadi, mengapa Aurangzeb sentiasa dipaparkan sebagai penjahat oleh sesetengah sejarawan terutama orientalis British? Menurut Truschke, ia bagi menjustifikasikan pemerintahan Britain di India dan menunjukkan India di bawah pemerintahan mereka jauh lebih baik berbanding semasa pemerintahan Empayar Mogul. Selain itu, ini juga memenuhi polisi pecah dan perintah mereka di mana ini boleh menyebabkan golongan Hindu dan Muslim tidak dapat bersatu dan menentang penjajahan Britain di India.
SUMBER
1. Ashraf, Ajaz. (2015). Scroll.in. War trophies: When Hindu kings raided temples and abducted idols.
2. Truschke, Audrey. (2017). Aeon.co. A much-maligned Mughal.
3. Truschke, Audrey. (2018). Huffington Post. Historian Audrey Truschke Explains Why The Hindu Right Is Terrified Of Having A Meaningful Conversation About The Past. 1/
4. Khalid, Haroon. (2017). Scroll.in. The tale of Guru Tegh Bahadur and Aurangzeb embodies the simplification of Sikh-Mughal history.
5. Izdani Khan, Saleem. (1998). London Metropolitan University. The Portrayal of the Mughal Emperor Aurangzeb in Modern History Writing.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/membersihkan-nama-maharaja-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Menarik Sejarah Islam Yang Disembunyikan Barat

Fakta Menarik Sejarah Islam Yang Disembunyikan Barat

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 581 hits
Fakta Menarik Sejarah Islam Yang Disembunyikan Barat Sejarah adalah peristiwa yang telah berlaku tetapi ia hanya ditulis kemudian lama selepas peristiwa sebenar telah berlalu Sebagai cerita sejarah masa lalu mudah untuk dimanipulasi dan dis...
Sejarah Umat Islam Amerika Purba

Sejarah Umat Islam Amerika Purba

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 450 hits
Semua sedia maklum pertikaian tentang teori tamadun mana yang pernah sampai di tanah besar Amerika sebelum era Amerigo Vespucci dan Christopher Columbus Ada mengatakan benua berkenaan pernah disinggahi orang China orang Rom orang Viking dan...
Janji Keamanan Dan Kedamaian Melalui Islam

Janji Keamanan Dan Kedamaian Melalui Islam

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 232 hits
Islam menjanjikan keamanan mutlak kepada umatnya dan juga manusia sejagat Islam tidak mendatangkan sebarang bencana atau kesusahan seperti tuduhan dilempar pihak tidak menyenangi Islam Malah Islamlah yang menganjurkan keamanan ketika manusi...
7 Aktres Cantik Indonesia Yang Memilih Untuk Masuk Islam

7 Aktres Cantik Indonesia Yang Memilih Untuk Masuk Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 428 hits
Indonesia merupakan negara yang mempunyai populasi paling ramai di dunia Ramai di antara mereka telah dilahirkan sebagai orang Islam tetapi tidak kurang juga yang kemudian memeluk agama Islam setelah mendapat hidayahNya Contohnya 7 artis ca...
Sister Freja Masuk Islam Dihina Terus Oleh Ibunya Mohon Doa

Sister Freja Masuk Islam Dihina Terus Oleh Ibunya Mohon Doa

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 394 hits
Assalamu Alaykum berkirim pesan buat semua saudara saudarinya disini bagi sister ini hal penting tentang Islam ia ingin bercerita dan mengharapkan banyak kiriman doa agar dirinya dan sauadara saudarai kita muslim selalu tegar dan istiqomah ...
Breaching Boundaries Orang Melayu Islam Terus Ditindas

Breaching Boundaries Orang Melayu Islam Terus Ditindas

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 354 hits
Mahathir has reinstated the oil royalty not just to Terengganu but to Kelantan as well Tapi DAP pulak tak nak bagi duit tu
Unesco Mengisytiharkan Islam Sebagai Agama Paling Aman Di Dunia

Unesco Mengisytiharkan Islam Sebagai Agama Paling Aman Di Dunia

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 790 hits
PARIS UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia menyebabkan para pengkritik Islam yang sering menyalahkan agama Islam sebagai agama keganasan terdiam Badan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengeluarkan keny...
Sisters In Islam And Prophet Muhammad S Last Sermon

Sisters In Islam And Prophet Muhammad S Last Sermon

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 260 hits
Is SIS misguided or are they trying to mislead Malaysians about what Prophet Muhamad intended which is the Muslim ummah in a Muslim state or Muslim administration under a Muslim system of government with Shariah laws as the laws of the land...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025