Pengumuman Penting Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Fam


SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI PERTAMA BAGI PENGGAL 2025-2029
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengadakan mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2025-2029 pada hari Jumaat, 14 November 2025, dan telah membuat keputusan berikut:
Defendan: Selangor FC, berkaitan dengan Tanggungjawab Kelakuan Penonton (Artikel 70, Perenggan 1 dan 3, Kod Tatatertib FAM) serta Penganjuran Perlawanan (Artikel 68 Kod Tatatertib FAM) yang dikaitkan dengan Kegagalan Mematuhi (Artikel 69 Kod Tatatertib FAM) semasa perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2025-2026, antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober 2025.
Kesalahan: Selangor FC didapati bersalah terhadap pertuduhan yang melanggar Artikel 70, Perenggan 1 dan 3 untuk pertuduhan 1, 2, 3, dan 4, serta untuk Pertuduhan 5 yang melanggar Artikel 68 bersama Artikel 69.
Pertuduhan:
Penyokong Selangor FC didapati telah membakar mercun dengan sekurang-kurangnya dua letupan yang diarahkan ke tempat duduk penyokong Negeri Sembilan FC.
Penyokong Selangor FC merosakkan dan melontarkan bangku penonton serta membaling botol air ke arah penyokong Negeri Sembilan FC, yang menyebabkan dua penyokong Negeri Sembilan mengalami kecederaan.
Seorang VVIP dari Selangor FC membuang bekas minuman plastik berisi air ke arah keluarga pemain Negeri Sembilan FC dari tempat duduk orang kenamaan.
Tindakan penyokong Selangor FC melakukan provokasi yang mengakibatkan kekecohan di kalangan kedua-dua penyokong.
Selangor FC gagal memenuhi tanggungjawab penganjuran seperti mematuhi undang-undang keselamatan yang sedia ada dan memastikan undang-undang di stadium serta kawasan sekeliling dijaga, yang membawa kepada insiden di atas.
Hukuman: Menghadapi pelanggaran-pelanggaran ini, Selangor FC dikenakan hukuman berikut:
Dikehendaki bermain tanpa penonton untuk dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA – perlawanan Separuh Akhir 2 Piala FA 2025-2026 terhadap Sabah FC pada Ahad, 30 November 2025, dan perlawanan pertama di gelanggang sendiri bagi musim Piala FA seterusnya.
Dikenakan denda sebanyak RM100,000 kerana kesalahan berulang (Artikel 42, Perenggan 1, Kod Tatatertib FAM).
Selangor FC juga diberikan amaran tegas dan akan berdepan dengan hukuman yang lebih berat sekiranya terdapat pengulangan kesalahan yang sama. Keputusan ini adalah tertakluk kepada rayuan.
DATUK BALJIT SINGH SIDHU
PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)
Siaran media ini diterbitkan pada Sabtu, 15 November 2025 FAM #HarimauMalaya

Source



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/pengumuman-penting-keputusan-mesyuarat-khas-jawatankuasa-tatatertib-fam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eaic Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dokumen Pemain Warisan Fam

Eaic Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Dokumen Pemain Warisan Fam

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 177 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANFIFA menolak rayuan dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya susulan isu pemalsuan dokumen PUTRAJAYA Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu be...
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 156 hits
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri KOTA KINABALU 17 Nov Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tu...
Fam Terima Keputusan Fifa Teliti Tindakan Susulan Pemangku Presiden

Fam Terima Keputusan Fifa Teliti Tindakan Susulan Pemangku Presiden

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 164 hits
FAM Terima Keputusan FIFA Teliti Tindakan Susulan Pemangku Presiden KUALA LUMPUR 3 Nov Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa hari ini yang menolak rayuan berhubun...
Fifa Dedah Rob Friend Dakwa Hanya Konsultan Kepada Fam

Fifa Dedah Rob Friend Dakwa Hanya Konsultan Kepada Fam

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 121 hits
FIFA Dedah Rob Friend Dakwa Hanya Konsultan Kepada FAM Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa mendedahkan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia telah memulakan proses naturalisasi dan pengesahan kelayakan bagi beberapa pemain ...
Blow For Fam As Fifa Dismisses Sanctions Appeal

Blow For Fam As Fifa Dismisses Sanctions Appeal

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 182 hits
As a result the national team will be docked points in their ongoing 2027 Asian Cup qualifying campaign Fifa alleged that FAM had submitted falsified documents to confirm seven foreign players eligibility prior to Malaysia s 2027 Asian Cup ...
Fam Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Fam Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 146 hits
FAM Bawa Kes Babit 7 Pemain Warisan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan telah menerima alasan penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa berhubung keputusan menolak rayuan berkaitan status kelayaka...
Fifa Exposes Damaging Forgery Trail In Fam Naturalisation Scandal

Fifa Exposes Damaging Forgery Trail In Fam Naturalisation Scandal

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 129 hits
The FIFA appeal committee backed the earlier ruling by its disciplinary body that FAM and the players had relied on falsified birth certificates to claim Malaysian ancestry for national team selection NSTP FILE PICKUALA LUMPUR The FIFA appe...
Selangor Fc To File Appeal Over Fam Penalty

Selangor Fc To File Appeal Over Fam Penalty

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 164 hits
The club denies its supporters were responsible for crowd violence at the Oct 29 match at MBPJ Stadium Selangor FC was fined RM100 000 and ordered to play behind closed doors on Saturday after the FAM disciplinary committee ruled that their...
Piala Fa Selangor Fc Dihukum Beraksi Tanpa Penyokong Denda Rm100 000 Fam

Piala Fa Selangor Fc Dihukum Beraksi Tanpa Penyokong Denda Rm100 000 Fam

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 180 hits
Piala FA Selangor FC Dihukum Beraksi Tanpa Penyokong Denda RM100 000 FAM KUALA LUMPUR 15 Nov Selangor FC menerima padah dihukum bermain tanpa penonton susulan insiden panas melibatkan kelakuan penyokong pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Karnamereka Sisa Gelas Bersamamu Chord

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kuasa Penggandaan Rahsia Bina Kekayaan Jangka Panjang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Twenty Rules Of Chandeliers

The Right Lighting For Studying

Pengalaman Join Pound Class

Hari Bahagia Linda Zamri Di U Mall

Tersasul Cakap Sabah Tengah Shooting Tracie Sinidol

Hadiah Murah Popular Di Amazon Untuk Krismas Idea Hadiah Bajet Best Seller