Saya Tidur Ni Dah Tak Bangun Tarikh Due Date Lahirkan Ayesha Awak Pergi


Kehilangan orang tersayang ibarat kesakitan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata walaupun orang nampak tenang di wajah. Walaupun hati dah reda kerinduan pada orang yang pergi itu tetap kuat di hati.
Bagi seorang suami, Izrul Mat Taib yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Norehan Zainal ketika 40 hari berpantang, semua dugaan ini sangat besar lagi-lagi bayi perempuan mereka, Annur Ayesha yang masih memerlukan kasih sayang dan susu seorang ibu.

Namun takdir Allah tiada siapa mampu menolak. Hanya demam biasa sehari sebelum pemergian sebelah petangnya, keesokannya Allah ambil buat selama-lamanya selepas doktor sahkan arwah ada darah beku di jantung.
Arwah isteri dah bagi petanda awal
Menurut Izrul tarikh pemergian arwah isterinya 14 Januari lalu sepatutnya due date arwah melahirkan permata hati mereka. Namun arwah melahirkan Annur Ayesha awal di usia kandungannya 34 minggu seberat 2.3 kg dengan selamat walaupun tak cukup bulan.
“Kelahiran Annur Ayesha ini memberi sinar kebahagiaan kepada kami berdua. Masa awal kelahiran Annur Ayesha memang arwah isteri dah serahkan tugas jaga anak pada saya. Arwah selalu pesan suruh saya belajar dan ajar macam mana nak urus bayi. Dia juga kata saya kena tahu semua kerana dia dah penat dan nak berehat.

“Arwah pun sempat pesan suruh saya bawa anak pergi check up dan saya ada cakap mana boleh. Nanti semua golongan ibu je bawa bayi. Dia sempat membalas ‘habis tu macam mana ibu yang meninggal tinggalkan anaknya’?
“Memang saya tak terlintas pun dia akan tinggalkan kami buat selamanya. Setiap malam dia suruh saya tidur sebelah anak dan dia akan tidur di hujung sambil perhatikan saya menguruskan bayi.
“Arwah juga selalu cakap biarlah Ayesha rapat dengan ayah dan semua keperluan Ayesha dari A-Z saya buat. Arwah hanya ajar dari jauh saja dan macam tak nak rapat.
“Susu pun apabila arwah pam saya akan bagi dalam botol dan dia cakap terpaksa buat macam ni kerana apabila dia tiada nanti anak tak lah menangis mencari ibu apabila dah tiada. Masa tu langsung tak terfikir kata-kata itu,” kongsinya.
Izrul menambah, ketika doktor mengesahkan arwah isteri dah tiada macam tak percaya walaupun dari awal lagi doktor kata harapannya hanya 50:50.

“Kalau saya tidur, dah tak akan bangun lagi..”
Mengimbau kembali saat arwah isteri jatuh sakit, Izrul menjelaskan sebelum Allah ujinya perasaan tak sedap hati itu dah ada.
“Ini kerana setelah saya bawanya ke klinik dan makan ubat pada hari tersebut, arwah kata badan dah rasa ok sikit dan mula berpeluh. Lepas tu saya ke tempat kerja sekitar jam 2 petang dan meninggalkan di bawah pengawasan mak.
“Dalam jam 5 petang, arwah mesej beritahu “Ibu dan Ayesha rindu ayah, balik cepat”. Masa tu tergerak hati nak balik cepat dan sampai di rumah tiba-tiba mak cakap arwah rebah. Terus bawa ke hospital. Sampai di sana kuku dan mata arwah kebiruan. Doktor syak jantung.
“Sepanjang menerima rawatan di kecemasan, arwah masih sedar dan boleh bercakap tapi dalam keadaan lemah kerana doktor nak stabilkannya. Masa tu arwah nak sangat jumpa Ayesha tapi saya suruh dia rehat dulu dan tidur.
“Tapi dia kata kalau dia tidur, dia tak akan buka mata dan bangun buat selamanya,” jelasnya.

Meninggal dalam ambulans
Masa dalam ambulans untuk pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), doktor cakap harapannya 40:60. Arwah sempat pesan suruh semua ahli keluarga tunggu di HTAA.
“Waktu itu juga saya peluknya dan halalkan makan minum serta berjanji akan menjaga amanah yang ditinggalkan pada saya.
“Sampai di hospital memang arwah dah meninggal dan tak sempat jumpa anak kami buat kali terakhir dan pada tarikh sepatutnya dia melahirkan Ayesha,” katanya.

Allah uji pula Annur Ayesha sakit
Selepas beberapa hari pemergian ibu, Annur Ayesha pula sakit.
“Doktor telah mengambil air tulang belakangnya untuk mengesahkan apa penyakit anaknya.
“Kemungkinan apa yang diberitahu doktor Ayesha terdedah pada kuman dari orang ramai semasa melawat jenazah ibunya.

“Waktu itu memang ramai yang pegang dan menciumnya. Kebetulan pula dia masih bayi antibodi pun belum kuat lagi. Kini doktor terpaksa tahan wad selama 2 minggu untuk pemantauan.
“Doakan Ayesha kembali sihat seperti biasa dan saya boleh membesarkan cinta hati saya dan arwah isteri dengan sebaik mungkin,” jelasnya.
Sumber: Izrul Mat Taib
The post “Saya Tidur Ni Dah Tak Bangun. Tarikh Due Date Lahirkan Ayesha, Awak Pergi.” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-tidur-ni-dah-tak-bangun-tarikh-due-date-lahirkan-ayesha-awak-pergi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangun Tidur Menangis Step Pertama Jangan Marah Redakan Dulu Mood Anak

Bangun Tidur Menangis Step Pertama Jangan Marah Redakan Dulu Mood Anak

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 350 hits
Perasan tak ada waktu waktu tertentu anak kita yang tidur dah lama tiba tiba bangun dalam keadaan menangis seolah olah macam tak puas tidur Kadang tu ibu bapa siap marah lagi si kecil atasa alasan tidur dah berjam jam bangun tetap juga mere...
Tak Mahu Tidur Ajak Main Petanda Nak Pergi Selamanya Bayi Perempuan Meninggal Di Taska

Tak Mahu Tidur Ajak Main Petanda Nak Pergi Selamanya Bayi Perempuan Meninggal Di Taska

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 644 hits
18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga kata Siti Madihah Muhammad 33 ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat ...
Potret Via Vallen Baru Bangun Tidur Tanpa Make Up Warganet Kompak Bilang Begini

Potret Via Vallen Baru Bangun Tidur Tanpa Make Up Warganet Kompak Bilang Begini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 282 hits
Penyanyi dangdut Via Vallen kembali menjadi perbincangan publik di dunia maya Hal ini terkait postingan terbarunya di instagram
Gracia Indri Unggah Foto Baru Bangun Tidur Warganet Bilang Seperti Umur 17 Tahun

Gracia Indri Unggah Foto Baru Bangun Tidur Warganet Bilang Seperti Umur 17 Tahun

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 370 hits
Gracia Indri mengunggah foto dirinya yang baru bangun tidur Hal ini pun langsung mendapat banyak komentar dari warganet
Golongan Yang Suka Tidur Lewat Bangun Awal Berisiko Meninggal Dunia Lebih Awal

Golongan Yang Suka Tidur Lewat Bangun Awal Berisiko Meninggal Dunia Lebih Awal

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 382 hits
Golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang tidur dan bangun awal kata penyelidik Tinjauan ke atas lebih 430 000 orang di Britain mendapati mereka yang ti...
Retirement Date May Be Imposed If Dr M Doesn T Commit To A Timeline Rafizi

Retirement Date May Be Imposed If Dr M Doesn T Commit To A Timeline Rafizi

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 368 hits
If Prime Minister Dr Mahathir Mohamad does not commit to a timeline for the transition of power to PKR president Anwar Ibrahim by early next year a retirement date may be imposed on the former PKR vice president Rafizi Ramli one of those re...
Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

Ibu Hamil Disyaki Koronavirus Di Wuhan Akhirnya Selamat Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 439 hits
Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang merupakan suspek jangkitan novel koronavirus selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Wilayah Wuhan Walaupun doktor yang merawat masih memakai pakaian perlindungan hazmat na...
Skills Johor Mampu Lahirkan Ramai Pekerja Mahir

Skills Johor Mampu Lahirkan Ramai Pekerja Mahir

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 231 hits
KOTA TINGGI Hab Kemahiran Johor yang dibangunkan untuk meningkatkan bidang latihan teknikal dan vokasional dapat memenuhi keperluan pembangunan negeri dan mencapai aspirasi kerajaan Persekutuan untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir Tim...
Who In Harapan Dares Impose A Retirement Date On Mahathir

Who In Harapan Dares Impose A Retirement Date On Mahathir

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 308 hits
In politics there is a large difference between losing and being defeated Chris MatthewsPKR vice president Rafizi Ramli was reported to have said that if the old maverick does commit to a timeline for a transition of power then a will be im...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today