Tak Mahu Tidur Ajak Main Petanda Nak Pergi Selamanya Bayi Perempuan Meninggal Di Taska


“18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga,” kata Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Jalil, pada Khamis lepas.
Menceritakan semula detik hitam itu, Siti Madihah berkata, anak keduanya itu dihantar ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat dan ceria jam 6.45 pagi.

Menurutnya, pada jam 4.45 petang dia menerima panggilan telefon dari klinik swasta tidak jauh dari taska berkenaan yang memaklumkan supaya segera ke pusat perubatan berkenaan untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya yang baru tiba di rumah cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina.

“Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada (meninggal dunia). Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian,” katanya kepada Metro.
Ditemui dalam keadaan terlangkup masa tidur
Siti Madihah berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan pemilik taska, arwah anaknya itu tidur jam 2.30 petang namun ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik.
Katanya, doktor memaklumkan Aamina sudah meninggal dunia ketika sampai untuk menerima rawatan kecemasan di klinik berkenaan dan dalam keadaan pucat.
“Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana sepatutnya pengasuh perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.

“Saya dan suami reda dengan kejadian ini namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis,” katanya.
Jenazah Aamina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 4 petang semalam selepas selesai bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Malam sebelum kejadian enggan tidur, bangun main 
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, beliau kesal kejadian menimpa bayinya itu meskipun baru seminggu menghantar dua anaknya termasuk mangsa di taska berkenaan.
Jelasnya Siti Madihah, malam sebelum kejadian Aamina dikatakan enggan tidur selepas menyusu.
“Malam sebelum kejadian, dia (Aamina) tidak tidur selalunya dia menyusu dan akan tidur.

“Malam itu dia tidak tidur, dia hendak main, dia masih bangun meniarap hendak main dengan saya. Saya tidak fikir apa-apa, saya ingat mungkin dah tidur lama sebelum itu.
“Rupanya, itu petanda dia hendak main dengan Mama dia sebab esok dia dah tiada, saya redha Aamina pergi,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan polis sedang menyiasat punca sebenar kematian.
Sumber: Metro & Astro Awani
Kredit Gambar: Siti Madihah & Buletin Utama
 
The post Tak Mahu Tidur, Ajak Main Petanda Nak Pergi Selamanya. Bayi Perempuan Meninggal Di Taska appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-mahu-tidur-ajak-main-petanda-nak-pergi-selamanya-bayi-perempuan-meninggal-di-taska/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Main Air Liur Sebenarnya Cara Dia Nak Hiburkan Diri Dia Dah Lepas Fasa Usia Menetas

Bayi Main Air Liur Sebenarnya Cara Dia Nak Hiburkan Diri Dia Dah Lepas Fasa Usia Menetas

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 403 hits
Fasa infant di kenali sebagai fasa trimester ke 4 Iaitu sambungan daripada 3 trimester kehamilan yang telah bayi manusia lalui Bezanya kali ini untuk trimester yang ke 4 ini iaitu pada 3 bulan pertama usia bayi selepas di lahirkan bayi haru...
Bayi 5 Bulan Meninggal Dunia Di Taska Ditemui Dalam Keadaan Terlangkup

Bayi 5 Bulan Meninggal Dunia Di Taska Ditemui Dalam Keadaan Terlangkup

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 593 hits
Seorang bayi berusia lima bulan yang dihantar dalam keadaan sihat ke sebuah taska di Bukit Jalil dilaporkan meninggal dunia pada Petang Khamis lalu Menurut laporan Harian Metro bayi perempuan itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahk...
Al Fatihah Nur Dinie Pergi Jua Murid Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

Al Fatihah Nur Dinie Pergi Jua Murid Dijangkiti Influenza Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 412 hits
MURID Tahun Satu Nur Dinie Damia Muhammad Noor 7 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah dan disyaki dijangkiti influenza meninggal dunia pada 10 41 malam tadi Berita Harian melaporkan bapa Nur Dinie Damia Muhammad Noor A...
Usia 4 Bulan Sesuai Latih Bayi Tidur Sendiri Tempoh Ini Anak Mula Belajar Faham

Usia 4 Bulan Sesuai Latih Bayi Tidur Sendiri Tempoh Ini Anak Mula Belajar Faham

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 413 hits
Fasa infant di kenali sebagai fasa trimester ke 4 Iaitu sambungan daripada 3 trimester kehamilan yang telah bayi manusia lalui Bezanya kali ini untuk trimester yang ke 4 ini iaitu pada 3 bulan pertama usia bayi selepas di lahirkan bayi haru...
Menggigil Tangan Aku Nak Remove Eyelash Jenazah Tu Pemandi Jenazah Perempuan Kongsi Kisah Ngeri

Menggigil Tangan Aku Nak Remove Eyelash Jenazah Tu Pemandi Jenazah Perempuan Kongsi Kisah Ngeri

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 796 hits
Wanita dengan make up sememangnya tidak dapat dipisahkan Pandai berdandan maka hasilnya pasti luar biasa Tetapi pernahkah anda terfikir akan akibatnya terutama pada golongan wanita beragama Islam Perkongsian tiga individu ini membuatkan net...
Tak Nak Susahkan Isteri Berpantang Suami Bawa Bayi Check Demam Kuning Sendiri

Tak Nak Susahkan Isteri Berpantang Suami Bawa Bayi Check Demam Kuning Sendiri

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 447 hits
Menghargai penat lelah serta kesakitan isteri melahirkan zuriat para suami yang bertanggung jawab akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan proses berpantang suri hatinya Ketika bersalin nyawa si isteri dipertaruhkan maka selayaknya diberi...
Bayi Kepala Besar Nur Syifaa Auni Meninggal Dunia

Bayi Kepala Besar Nur Syifaa Auni Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 649 hits
Adik Nur Syifaa Auni yang pernah mendapat liputan FMT Ohsem sebelum ini kerana menghidap penyakit Hydrocephalus atau penyakit kepala besar telah meninggal dunia pada Jumaat Ibunya Safia Nasir memaklumkan perkara itu kepada FMT sambil berkat...
Asal Suruh Tidur Anak Ajak Sembang Pandai Dia Cari Alasan Layankan Je

Asal Suruh Tidur Anak Ajak Sembang Pandai Dia Cari Alasan Layankan Je

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 462 hits
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak anak tidur lama dan nyenyak Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membant...
Video Duit Bantuan Rm100ribu Nak Main Forex Puteri Balqis Buat Netizen Tercengang

Video Duit Bantuan Rm100ribu Nak Main Forex Puteri Balqis Buat Netizen Tercengang

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 647 hits
Beberapa hari kebelakangan ini kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis telah menjadi bualan ramai dan perhatian netizen Ini disebabkan Balqis sedang berdepan dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalana...
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Potong Cake Birthday


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar