Saya Rela Jual Buah Pinggang Tular Gambar Seorang Bapa Pegang Kadbod Mahu Derma Buah Pinggang
Baru-baru ini telah viral satu gambar seorang bapa bersama dua anak lelakinya, dimana bapa terbabit sedang memegang payung dan juga satu kadbod yang tertulis “Saya mahu derma buah pinggang, darah jenis B.”
Gambar tersebut mendapat perhatian netizen dan mereka mempersoalkan tindakan lelaki terbabit sama ada mahu menderma atau menjual buah pinggang miliknya.
Loading…
“Tak perlu duduk macam tu. register kat hospital. nanti diaorang panggil” – kata seorang netizen
“Dia nak jual kot? cari duit. mungkin ada masalah” – kata seorang lagi netizen
Menurut sumber, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Saiful, dia sebenar mahu menjual buah pinggangnya sendiri kerana masalah kewangan dan bukan mahu menderma seperti yang dituliskan pada kadbod tersebut.
Dia terpaksa menulis derma dari perkataan ‘jual’ kerana tidak mahu orang ramai yang melihat salah anggap dia mahu menjual anak atau organ anak sendiri.
“Saya sebenarnya nak jual buah pinggang sendiri. Bila orang datang pada saya, baru saya terangkan hal sebenar.”
Katanya lagi, dia terpaksa buat begitu kerana ingin membayar hutang ah long sebanyak RM3,000 untuk dijadikan sebagai modal berniaga ayam goreng di gerai berhampiran tempat tinggalnya.
“Saya perlu bayar balik kepada Ah Long RM36 setiap hari. Untung kasar saya antara RM50-RM60 sehari. selepas bayar Ah Long, masih tak cukup untuk sara keluarga, bayar bil, sewa rumah dan lain-lain” katanya.
Menurutnya lagi, dia pernah dapat bantuan RM100 dari Pusat Zakat Pulau Pinang bulan lalu. Tetapi dia terpaksa menangguh hasrat untuk mohon bantuan seterusnya kerana telah kehilangan MyKad buat kali ketiga dan tidak mampu membayar denda kehilangan MyKad.
Katanya, dia malu untuk menerima bantuan kewangan daripada kedua belah pihak keluarganya dan mertua, oleh kerana itu dia lebih rela menjual buah pinggang sendiri.
Menyedari gambarnya tular, dia telah mendapat banyak mesej sehingga membuatkan dia berasa tertekan.
“Saya tidak kisah berapa mereka mahu bayar untuk beli buah pinggang saya, asalkan ia dapat selesaikan masalah kewangan dan bebanan hutang saya” katanya
Lelaki berusia 31 tahun itu juga sebenarnya telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ sejak 2012 lagi dan kini menetap di Bukit Mertajam bersama anak dan isterinya.
Dia bagaimanapun, masih berhasrat untuk mendermakan buah pinggangnya melalui saluran yang betul. – Malaysian Update
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.my/2019/08/saya-rela-jual-buah-pinggang-tular-gambar-seorang-bapa-pegang-kadbod-mahu-derma-buah-pinggang/