Bukan Derma Lelaki Ini Sebenarnya Nak Jual Buah Pinggang Tiada Mykad Nak Mohon Bantuan Tak Kisah Bayar Berapa Asalkan


WALAUPUN bahang matahari tegak di atas kepala, seorang bapa tidak berganjak dari but keretanya sambil memegang payung.
Turut ditemani dua anak kecil, lelaki itu kelihatan memegang plakad yang pasti akan membuatkan mata yang memandang sama ada terkejut ataupun sebak.
“Saya ingin derma buah pinggang darah jenis B,” menurut keterangan pada plakad yang dipegang lelaki itu, di dalam gambar yang dikongsikan di halaman Facebook Penang Kini pada Rabu dan menjadi tular.
Namun, timbul perdebatan dalam kalangan netizen mengenai tindakan lelaki itu kerana jika benar dia ingin menderma buah pinggangnya, dia boleh mendaftar sebagai pengikrar untuk menderma organ.
“Pelik, nak derma atau nak jual organ? Daftar je sebagai penderma organ, nanti hospital panggil jika perlu,” tulis seorang netizen di ruangan komen.
“Ini bukan caranya nak derma buah pinggang. Ini nak jual organ. Nak derma kena pergi hospital daftar. Orang ini nak guna duit???,” soal seorang wanita.
Seorang lelaki memegang plakad menunjukkan dia mahu mendermakan buah pinggangnya.
Bercakap kepada mStar, lelaki yang memegang plakad itu berkata, dia bersama dua anaknya berada di kawasan parkir di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, selepas solat Jumaat minggu lalu.
Hanya mahu dikenali sebagai Saiful, lelaki berusia 31 tahun itu menjelaskan ketika itu dia sebenarnya mahu menjual buah pinggangnya sendiri dan bukan untuk menderma, seperti yang tertulis pada plakad tersebut.
“Bagaimanapun, saya terpaksa guna perkataan ‘derma’ pada plakad sebab kalau saya tulis ‘jual’ nanti orang ingat saya nak jual anak atau organ anak pula. 
“Tapi sebenarnya saya nak jual buah pinggang sendiri. Bila orang datang kepada saya, barulah saya beritahu dan perjelaskan hal sebenar,” katanya.
Bagaimanapun harus dinyatakan di sini bahawa tindakan menjual organ adalah satu kesalahan dan dilarang dalam agama Islam.
Pertikaian netizen mengenai tindakan seorang lelaki mahu menderma buah pinggang.
Mengulas lanjut, Saiful mendakwa dia telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ sejak 2012 di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Berasal dari Segamat, Johor dan kini menetap bersama isteri dan anak-anaknya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Saiful berkata dia terpaksa mengubah pendirian daripada ‘derma’ ke ‘jual’, kerana tiada pilihan lain disebabkan bebanan hutang yang banyak. 
“Dua bulan lalu, saya ada hutang Ah Long sebanyak RM3,000 untuk modal bisnes jual ayam goreng di gerai dekat tempat tinggal kami. Sekarang ni, saya perlu bayar balik kat Ah Long sebanyak RM36 setiap hari.
“Untung kasar saya antara RM60 dan RM50 sehari. Selepas tolak duit bayar Ah Long, masih tak cukup nak sara keluarga, bayar bil dan sewa rumah serta komitmen lain,” katanya yang mempunyai dua anak lelaki, masing-masing berusia tiga dan dua tahun.
Saya tidak kisah berapa banyak mereka nak bayar untuk beli buah pinggang saya, asalkan ia dapat menyelesaikan masalah kewangan dan bebanan hutang saya. SAIFUL Malah jelasnya lagi, kereta yang digunakannya untuk berniaga  bersama isteri dan anak-anak itu adalah kepunyaan bapa mentuanya yang dipinjam sejak dua tahun lalu.
Ditanya sama ada menerima bantuan lain, Saiful mendakwa telah pergi ke Pusat Zakat Pulau Pinang bulan lalu dan diberikan bantuan kira-kira RM100.
Dia bagaimanapun terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendapatkan bantuan seterusnya berikutan kad pengenalan (MyKad) miliknya hilang buat kali ketiga, dan tidak mampu untuk membuat gantian kerana bayaran hilang kali ketiga adalah kira-kira RM1,000.
Anak bongsu daripada enam beradik itu juga lebih rela menjual buah pinggang sendiri daripada menanggung malu untuk meminta bantuan kewangan daripada kedua-dua belah keluarganya dan mentua.
“Sejak gambar saya pegang plakad tular malam tadi (Rabu malam), ramai yang mesej saya sampai buat saya tertekan. Ada juga yang kata nak beli buah pinggang dan saya minta mereka buat pemeriksaan di hospital dahulu.
“Saya tidak kisah berapa banyak mereka nak bayar untuk beli buah pinggang saya, asalkan ia dapat menyelesaikan masalah kewangan dan bebanan hutang saya,” tambahnya.
Namun di sudut hati kecilnya, dia masih berhasrat untuk mendermakan organ tersebut menerusi saluran yang betul sekiranya mendapat bantuan kewangan.
“Tapi keadaan memaksa untuk saya menjual buah pinggang sendiri. Jika ditakdirkan saya mendapat bantuan kewangan, saya akan teruskan niat asal untuk mendermakan buah pinggang itu,” ujar Saiful.
MSTAR
The post Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan…” appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/bukan-derma-lelaki-ini-sebenarnya-nak-jual-buah-pinggang-tiada-mykad-nak-mohon-bantuan-tak-kisah-bayar-berapa-asalkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nak Derma Buah Pinggang Untuk Bayar Hutang Ah Long Rm3 000

Saya Nak Derma Buah Pinggang Untuk Bayar Hutang Ah Long Rm3 000

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 476 hits
The ReporterViral di media sosial gambar seorang lelaki memegang plakad yang mengatakan dia mahu menjual buah pinggangnya kerana terdesak untuk membayar hutang Ah Long Saya ingin derma buah pinggang darah jenis B tulisnya di plakad itu bers...
Saya Rela Jual Buah Pinggang Tular Gambar Seorang Bapa Pegang Kadbod Mahu Derma Buah Pinggang

Saya Rela Jual Buah Pinggang Tular Gambar Seorang Bapa Pegang Kadbod Mahu Derma Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 271 hits
Baru baru ini telah viral satu gambar seorang bapa bersama dua anak lelakinya dimana bapa terbabit sedang memegang payung dan juga satu kadbod yang tertulis Saya mahu derma buah pinggang darah jenis B Gambar tersebut mendapat perhatian neti...
Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 325 hits
Pedofilia adalah satu masalah psikologi yang dihidapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik secara seksual terhadap kanak kanak Masalah ini adalah sangat serius dan jenayah pedofilia ini juga ...
Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati Kepada Orang Ramai

Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati Kepada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 1113 hits
Gara gara menjual ikan mewah yang telah mati Datuk Aliff Syukri dikecam oleh netizen kerana mendakwa ikan ikan tersebut mati disebabkan racun BACA Menerusi video yang dimuat naik di Youtube Aliff Syukri berkongsi kesedihannya kerana hampir ...
Tak Kisah Nak Komen Kamu Yang Akan Menjawab Dengan Tuhan

Tak Kisah Nak Komen Kamu Yang Akan Menjawab Dengan Tuhan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 280 hits
Membawa watak seorang maknyah menerusi telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi pelakon Syafie Naswip turut menerima tempias kecaman daripada netizen yang melemparkan komen The post appeared first on
Kisah Ibu Tunggal Nak Kahwin Semula Tanya Bekas Suami Kenapa Ceraikan Dirinya 10 Tahun Lalu

Kisah Ibu Tunggal Nak Kahwin Semula Tanya Bekas Suami Kenapa Ceraikan Dirinya 10 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 564 hits
Setiap pasangan bercinta pasti mengimpikan ikatan kasih mereka disimpulkan dengan perkahwinan Umpama pasang surut air di laut begitu juga alam berumahtangga Ada liku liku ada onak duri yang perlu ditempuh nakhoda dan kelasi harus bekerjasam...
Saya Tak Hingin Laa Sedekah 20 Sen Awak Ni Kisah 3 Budak Lelaki Niat Nak Sedekah Ini Pula Yang Jadi

Saya Tak Hingin Laa Sedekah 20 Sen Awak Ni Kisah 3 Budak Lelaki Niat Nak Sedekah Ini Pula Yang Jadi

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 365 hits
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih ibu bapalah yang patut bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah satu tugas yang senang Tetapi tidak juga mengabaikan mereka Wal...
Tak Kisah Cuti Setahun Asalkan Isteri Menyusu Kembar Kisah Pengorbanan Suami Ini Menyentuh Hati

Tak Kisah Cuti Setahun Asalkan Isteri Menyusu Kembar Kisah Pengorbanan Suami Ini Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 468 hits
Tugas menyusukan bayi memang selalunya tergalas di bahu isteri semata mata Namun bagi pasangan ini lain pula kisahnya Suami tidak membiarkan isteri berseorangan menanggung beban dan kesakitan Dia turut bercuti bagi membantu meringankan tuga...
Biarlah Gemuk Asalkan Sihat Betul Ke Tak Kisah Gemuk

Biarlah Gemuk Asalkan Sihat Betul Ke Tak Kisah Gemuk

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 518 hits
Setiap orang rezeki tak sama sakit penig pening pun tak sama Apatah lagi tubuh badan dan rupa Tapi kalau di beri pilihan nak rupa yang menarik ataupun nak bertubuh gendut rasanya ramai nak yang cantik dan menarik Biarlah gemuk asalkan sihat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip