Saya Memang Mendoakan Mahkamah Berpihak Kepada 10 Pengundi Gombak Maximus


 
 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 5 July 2021




Maximus Ongkili

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu Sabah (PBS) menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan tuntutan 10 pengundi Gombak.

Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai ‘keadilan telah kembali’.

Tanpa berselindung, Maximus dalam kenyataannya berkata, parti itu memang mendoakan mahkamah berpihak kepada pengundi-pengundi Gombak.

”PBS telah bersuara sejak penubuhan parti itu 36 tahun yang lalu terhadap tindakan pengkhianatan yang tidak berprinsip oleh wakil rakyat oleh parti yang melompat tanpa merujuk kepada undi,” tegasnya yang turut menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi sebagai pemecah jalan buntu terhadap lompat parti.

Malah, kata beliau, keputusan tersebut kembali memulihkan martabat proses Parlimen.

“Bukan hanya pemimpin yang terpilih, mana-mana penjawat awam mesti bertanggungjawab atas tindakan kita, terutama hasil dan kesan yang timbul daripada kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi.

“Seperti yang diputuskan oleh mahkamah ke atas kes tersebut, wakil-wakil yang terpilih memiliki tugas fidusiari kepada pengundi mereka. Tugas fidusiari ini berdasarkan kepercayaan. Dan kepercayaan ini seharusnya diperoleh, tidak dipinjam, tidak dibeli atau diperdagangkan,” kata beliau.

Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perhubungan Sabah dan Sarawak) percaya rakyat secara umum mahu keputusan Mahkamah Tinggi itu dijadikan standard baharu dalam tingkah laku wakil rakyat dan kualiti perkhidmatan mereka.

“Kualiti akan wujud melalui amalan prinsip dan warisan politik yang mantap.

”Pada bulan Jun 1995, dalam ucapan saya di Parlimen dan menumpukan banyak masa terhadap peristiwa kejatuhan pemerintahan PBS yang dipilih pada tahun 1994, hanya setelah lima minggu berkuasa disebabkan katak politik.

“Ia memang peristiwa politik yang dahsyat di Sabah – sebuah kerajaan dipilih tapi tiba-tiba boleh runtuh kerana politik yang tidak berprinsip politik oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih dan dilantik,” tambah Ahli Parlimen Kota Marudu itu.

PBS runtuh kerana daripada lapan ADUN, termasuk enam dicalonkan, tetapi dalam 10 hari selepas kejatuhan, PBS hanya mempunyai lima ADUN.

Disebabkan itu, dalam ucapan sulungnya, Maximus meminta Parlimen memperkenalkan undang-undang baharu yang akan melarang ‘katak politik’.

“PBS berpandangan hingga hari ini, Parlimen boleh menjadikan ‘katak politik’ ini tidak sah bagi seorang anggota Parlimen atau ADUN yang terpilih untuk melompat parti tanpa terlebih dahulu kembali kepada pengundi untuk pilihan raya kecil.

“Saya pertahankan bahawa pendekatan ini perlu dilakukan untuk mengembalikan martabat Parlimen atau DUN dan meningkatkan taraf Parlimen Malaysia.

“Sayangnya praktik melompat parti terus berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

Lantaran itu, Maximus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi terhadap 10 pengundi Gombak.

Jelasnya, melompat katak politik adalah fidusiari yang tidak adil dan tidak dapat dimaafkan, katanya. 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/saya-memang-mendoakan-mahkamah-berpihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Gagal Batalkan Saman Pengundi Gombak

Azmin Gagal Batalkan Saman Pengundi Gombak

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan 30 Jun 2021 10 45 amDikemaskini 11 12 amMahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali untuk membatalkan saman yang difailkan 10 pengundi di kawasan parlim...
Zahid Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah

Zahid Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 340 hits
Usaha berterusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak yang mahu membawa UMNO keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah disebabkan terdesak mahu menyelamatkan diri masing masing daripada kes mahkam...
Kes Dera Mahkamah Lucut Hak Jagaan Remaja Oku

Kes Dera Mahkamah Lucut Hak Jagaan Remaja Oku

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 453 hits
Hak penjagaan anak istimewa kurang upaya sindrom down berusia 13 tahun yang dipercayai didera di sebuah pusat jagaan dilucutkan serta merta atas perintah mahkamah Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun...
Wak Zahid Syok Sendiri Ko Tu Patut Letak Jawatan Mahkamah Memanggil Tuuu

Wak Zahid Syok Sendiri Ko Tu Patut Letak Jawatan Mahkamah Memanggil Tuuu

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 285 hits
Umno malam ini memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta merta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perik...
Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 296 hits
Pemilik restoran Shankar Santhiram berkata pekerjanya tidak menyedari bahawa PKPD berkuat kuasa di Kayu Ara selain tidak ada sekatan jalan raya sepanjang jalan dari TTDI PETALING JAYA Seorang pemilik restoran yang dikenakan kompaun RM5 000 ...
Musang King Operasi Tebang Pokok Tidak Langgar Perintah Mahkamah Rayuan Mb Pahang

Musang King Operasi Tebang Pokok Tidak Langgar Perintah Mahkamah Rayuan Mb Pahang

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 369 hits
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA WAN ROSDY WAN ISMAILKUANTAN Operasi penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub dekat sini semalam diharap tidak dijadikan isu perkauman Menteri Besar Datu...
Zahid Berdendam Dengan Muhyiddin Kerana Enggan Tolong Selesai Kes Mahkamah

Zahid Berdendam Dengan Muhyiddin Kerana Enggan Tolong Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 369 hits
agendadaily com8 7 2021Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan lupa pendirian UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zah...
Kekecohan Di Kompleks Mahkamah Raub Polis Buka Dua Kertas Siasatan Terhadap Ronnie Liu

Kekecohan Di Kompleks Mahkamah Raub Polis Buka Dua Kertas Siasatan Terhadap Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 290 hits
RAUB Polis membuka dua kertas siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu Tian Khiew susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Mahkamah Raub hari ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Yu...
Kadir Dakwa Zahid Kluster Mahkamah Cuba Jatuhkan Muhyiddin Melalui Ismail

Kadir Dakwa Zahid Kluster Mahkamah Cuba Jatuhkan Muhyiddin Melalui Ismail

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 365 hits
Malaysiakini Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu A Kadir Jasin mendakwa Umno jelas mahu merampas kerajaan Perikatan Nasional menerusi naib presidennya Ismail Sabri Yaakob Kadir berkata ia dapat dilihat setelah Umno selepas keputusa...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia