Azmin Gagal Batalkan Saman Pengundi Gombak


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 30 Jun 2021, 10:45 am
Dikemaskini 11:12 am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Azmin Ali untuk membatalkan saman yang difailkan 10 pengundi di kawasan parlimennya.

Hakim Akhtar Tahir juga tidak membenarkan permohonan 10 pengundi Gombak untuk menyingkirkan sebahagian daripada Pernyataan Pembelaan Azmin terhadap saman mereka menerusi prosiding dalam talian hari ini.

Peguam yang mewakili pengundi Gombak berkenaan, N Yohendra hari ini mengesahkan keputusan prosiding.

"Hakim telah menolak permohonan pembatalan oleh Azmin Ali dan juga permohonan kami dengan kos dalam kausa.

"Ini bermaksud kita harus menjalani perbicaraan. Tarikh perbicaraan adalah 7 hingga 10 Jun 2022. Tarikh pengurusan kes untuk mematuhi perintah itu adalah pada 7 April 2022, ”katanya ketika dihubungi.

Peguam itu menambah Akhtar memutuskan bahawa saman itu melibatkan isu yang tidak boleh diselesaikan dengan permohonan pembatalan, oleh itu perkara tersebut harus melalui perbicaraan penuh.

Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan dalam talian mengenai permohonan Azmin untuk membatalkan saman tersebut dan permohonan pengundi berkenaan membatalkan sebahagian daripada pernyataan pembelaan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap saman berkaitan dengan dakwaan mengkhianati janji pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Azmin berusaha membatalkan saman berkenaan kerana mendakwa ia melanggar hak asasinya untuk berpersatuan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Seramai 10 pengundi itu berusaha membatalkan pernyataan pembelaan Azmin, yang antara lain menyebut tuduhan seksual terhadap presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai alasan untuk keluar dari parti itu.

Azmin, yang merupakan bekas timbalan presiden PKR, kini menjadi anggota majlis tertinggi Bersatu.

Pada Februari tahun lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memutuskan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan. Dia disertai oleh ahli parlimen PKR yang dipimpin oleh Azmin dalam apa yang digelar sebagai 'Langkah Sheraton'.

Ini menyebabkan kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad tumbang dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional sekarang, yang mana Muhyiddin kini menjadi perdana menteri.

Penghujung tahun lalu, seramai 10 pengundi Gombak mengemukakan saman terhadap Azmin atas tuduhan melanggar janji yang dibuatnya pada PRU14.

Menurut salinan saman tersebut, 10 plaintif itu menuntut sembilan deklarasi mahkamah termasuk bahawa wakil rakyat mereka mempunyai kewajipan fidusiari dan didakwa telah melanggar tugas tersebut.

Kewajipan fidusiari merujuk kepada hubungan antara pemegang amanah dan penerima manfaat (benefisiari).

Plaintif mendakwa Azmin telah melanggar kepercayaan mereka dengan bekerjasama dengan BN dalam "Langkah Sheraton" dan menyebabkan kejatuhan kerajaan PH, walaupun dia berkempen dan memenangi kerusi Parlimen Gombak atas tiket PKR / PH.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/azmin-gagal-batalkan-saman-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Kata Kerajaan Gagal Azmin

Siapa Kata Kerajaan Gagal Azmin

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 203 hits
Azmin Ali ketika mengadakan lawatan di PPV Mount Austin yang akan beroperasi pada 28 Jun JOHOR BAHRU Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan kerajaan gagal mengawal penularan Covid 19 Se...
Azmin Fails To Strike Out Gombak Voters Suit

Azmin Fails To Strike Out Gombak Voters Suit

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 262 hits
The Kuala Lumpur High Court has denied International Trade and Industry Minister Azmin Ali s bid to strike out a suit against him by 10 of his parliamentary constituents Judge Akhtar Tahir also did not allow an application by the 10 Gombak ...
Saya Memang Mendoakan Mahkamah Berpihak Kepada 10 Pengundi Gombak Maximus

Saya Memang Mendoakan Mahkamah Berpihak Kepada 10 Pengundi Gombak Maximus

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 93 hits
5 July 2021 Maximus Ongkili KUALA LUMPUR Parti Bersatu Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan tuntutan 10 pengundi Gombak Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili...
Video Geram Dpr Minta Bos Garuda Mati Jika Gagal Selamatkan Maskapai

Video Geram Dpr Minta Bos Garuda Mati Jika Gagal Selamatkan Maskapai

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 166 hits
Terjadi debat panas antara Nusron Wahid dan Dirut Garuda Irfan Setiaputra di DPR
Hiburan Kasihan Pada Yang Gagal Idris Khan Tak Setuju Amalan Tabur Duit Kepada Pelajar Cemerlang Spm

Hiburan Kasihan Pada Yang Gagal Idris Khan Tak Setuju Amalan Tabur Duit Kepada Pelajar Cemerlang Spm

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 170 hits
Seolah olah menjadi ikutan ramai selebriti dan artis terkenal tampil menawarkan ganjaran berupa wang tunai kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan memberansangkan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia baru baru ini Namun perkara terseb...
Epidemiolog Kasus Baru Covid 19 Bertambah Terus Tanda Gagal Kendalikan Pandemi

Epidemiolog Kasus Baru Covid 19 Bertambah Terus Tanda Gagal Kendalikan Pandemi

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 258 hits
Dosen Fakultas Kesehatan Masyarakat Unhas ini mengatakan jumlah kasus baru meningkat setiap minggunya Ia mencontohkan pada minggu lalu di Sulsel lebih dari 300 kasus baru meski sebagian besar sembuh
Perkahwinan Yang Gagal Ada 7 Persamaan Ini

Perkahwinan Yang Gagal Ada 7 Persamaan Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 290 hits
Sesetengah perkahwinan yang gagal dan berakhir sebelum ia dimuktamadkan di atas kertas dan biasanya terdapat tanda tanda yang menandakan ia telah runtuh Tetapi bagaimana anda tahu sama ada tanda tanda ini adalah hanya gambaran kasar semua p...
The Reason For Perikatan Nasional S Kerajaan Gagal Image

The Reason For Perikatan Nasional S Kerajaan Gagal Image

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 252 hits
This is the government s fault or rather the then Barisan Nasional government for 61 years They have spoilt Malaysians and made them manja terlajak As Dr Mahathir and Anwar Ibrahim said Orang Melayu sudah jadi bangsa subsidi Malaysians no l...
Pkr Masih Terperangkap Isu Khianat Parti Gagal Tawar Solusi

Pkr Masih Terperangkap Isu Khianat Parti Gagal Tawar Solusi

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 252 hits
PKR masih terperangkap isu khianat parti gagal tawar solusi Parti Keadilan Rakyat dilihat masih terperangkap dalam isu perebutan kuasa dan pengkhianatan parti yang berlaku sejak 2018 Felo Penyelidik Ilham Centre Profesor Madya Hamidin Abd H...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025