Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah
FMT Reporters
Pemilik restoran, Shankar Santhiram berkata, pekerjanya tidak menyedari bahawa PKPD berkuat kuasa di Kayu Ara, selain tidak ada sekatan jalan raya sepanjang jalan dari TTDI.PETALING JAYA: Seorang pemilik restoran yang dikenakan kompaun RM5,000 akibat tindakan pekerjanya memandu sejauh 4km untuk mengambil barang keperluan tetap dengan pendirian enggan membayarnya walaupun nilai denda dikurangkan menjadi RM1,250.
Ini kerana beliau percaya kompaun berkenaan tidak wajar dikeluarkan.
Dua pekerja restoran milik Shankar Santhiram, yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pergi ke kedai runcit India berhampiran kawasan kejiranan Kayu Ara untuk menambah bekalan barangan bagi tempoh seminggu sebelum ditahan polis ketika dalam perjalanan pulang.
Polis mengeluarkan notis kompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran, memandangkan TTDI terletak dalam Kuala Lumpur, sementara kawasan kejiranan Kayu Ara berada dalam daerah Petaling di Selangor yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).
Shankar Santhiram.Setelah rayuan dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM), nilai kompaun berkenaan dikurangkan menjadi RM1,250 namun Shankar tetap enggan membayarnya.
Peguamnya, Fatima Tahir Ali berkata, kes ini menjadi contoh kepayahan dihadapi rakyat berdepan dengan kekeliruan akibat perbezaan prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai agensi penguatkuasaan.
Katanya kepada FMT, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengizinkan perniagaan kecil untuk beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan termasuk rentas daerah dan negeri.
“Kenapa pula polis keluarkan kompaun terhadap pengusaha yang hanya membuat perjalanan sejauh 4km untuk membeli barang keperluan, sekalipun sempadan daerah direntasi dalam bandar di mana melintas jalan boleh bermaksud melintas sempadan daerah?
“Adakah polis guna peraturan lain? Adakah garis panduan SOP mereka mengatasi kebenaran MITI? Kami setuju dan terima SOP penting dan mesti dipatuhi. Inilah sebabnya ia perlu sangat jelas.
“Semua pihak perlu benar-benar faham SOP. Nampaknya seperti anak guam saya dikenakan kompaun dengan tidak wajar,” katanya.
Shankar pula berkata, beliau akan menunggu untuk dipanggil ke mahkamah.
Terdahulu Shankar berkata, pekerjanya tidak menyedari bahawa PKPD berkuat kuasa di Kayu Ara, selain tidak ada sekatan jalan raya sepanjang jalan dari TTDI.
Menurut peraturan bagi kawasan di bawah PKPD, pekerja dalam perkhidmatan perlu dibenarkan membuat perjalanan dengan surat kebenaran MITI dan ini termasuk restoran. Bagaimanapun hanya seorang yang dibenarkan berada dalam kenderaan persendirian, kecuali dengan kebenaran polis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/kompaun-rm5000-dikurangkan-tapi-pemilik.html