Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Yang Hebat



Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupa-rupanya Sarjan Hassan ini ialah pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuatnya filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis untuk mengelakkan filemnya daripada disabotaj atau diancam komunis kerana pada waktu filem tersebut diterbitkan negara masih dalam keadaan darurat akibat keganasan Parti Komunis Malaya.  

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.



Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu


Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Namun begitu, atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.


Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.


Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain


Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.


Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.  Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.


Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit


Tidak sia-sialah perjuangan nenda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.


Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, nenda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.


Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan. (Penulis artikel ialah anak Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2019/12/sarjan-hassan-pahlawan-melayu-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proklamasi Melayu Dah Menyepi Adakah Mahathir Akan Sertai Pas

Proklamasi Melayu Dah Menyepi Adakah Mahathir Akan Sertai Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 121 hits
Shahbudin HusinDi sebalik keputusan PRN yang memperlihatkan PN khususnya Pas berjaya memperoleh majoriti undi Melayu dalam masa yang sama ia juga adalah berita pedih buat Tun Mahathir Mohamad yang memperjuangkan Proklamasi Orang Melayu Tanp...
90 Filem Melayu Yang Best Dan Menarik Di Netflix

90 Filem Melayu Yang Best Dan Menarik Di Netflix

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 315 hits
Senarai 90 Filem Melayu Yang Best Dan Menarik Di Netflix Buat pengguna Netflix diluar sana korang mesti pening bila nak tengok filem atau drama dekat Netflix kan sebab banyak sangat Kadang kadang tuh nak tengok filem melayu tapi tak tahu na...
Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 162 hits
freemalaysiatoday com 19 Aug 2023Bekas naib presiden Umno itu berkata Umno memerlukan kepimpinan dinamik dan berkebolehan bagi mengembalikan idealisme perjuangan parti Ismail Sabri Yaakob berkata Umno memerlukan perubahan drastik dari segi ...
Setelah Prn Berakhir Ke Mana Proklamasi Melayu

Setelah Prn Berakhir Ke Mana Proklamasi Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 160 hits
Di sebalik keputusan PRN yang memperlihatkan PN khususnya Pas berjaya memperolehi majoriti undi Melayu dalam masa yang sama ia juga adalah berita pedih buat Tun Mahathir Mohamad yang memperjuangkan Proklamasi Orang Melayu atau POM Tanpa kel...
Dah Lama Idam Nama Ada Unsur Melayu Remy Ishak Isteri Pilih Nama Klasik Cantik Betul

Dah Lama Idam Nama Ada Unsur Melayu Remy Ishak Isteri Pilih Nama Klasik Cantik Betul

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 117 hits
Selepas selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu hero Malaya Remy Ishak tampil berkongsi nama pilihannya bersama isteri Apa yang menariknya Remy dan isterinya Ezza sepakat memilih nama Melayu Klasik buat putera sulung merek...
Bila Melayu Tersakiti

Bila Melayu Tersakiti

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 123 hits
Keputusan PRN di 6 buah negeri menyaksikan bahawa orang Melayu kini berpecah dan lebih gemar menjarakkan diri dari pemerintah yang juga merupakan seorang bangsa Melayu dan beragama Islam Tanpa menafikan bahawa orang Melayu menolak UMNO dan ...
Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu

Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 232 hits
Apabila minta kerja kita akan hantar atau CV untuk mohon kerja Manakala apabila mahu berhenti pun perlulah ada surat berhenti atau notis berhenti kerja resign letter Ini semua adalah adab dalam dunia pekerjaan Contents PENTINGNYA SURAT BERH...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan