Setelah Prn Berakhir Ke Mana Proklamasi Melayu




Di sebalik keputusan PRN yang memperlihatkan PN, khususnya Pas berjaya memperolehi majoriti undi Melayu, dalam masa yang sama ia juga adalah berita pedih buat Tun Mahathir Mohamad yang memperjuangkan Proklamasi Orang Melayu atau POM.


Tanpa kelompok itu terlibat dalam kempen, cubaan meletakkan 17 nama sebagai calon tidak diendahkan, tiada mana-mana pemimpinnya, termasuk Tun Mahathir yang turun padang berkempen dan malah POM tidak pun menjadi sebutan sesiapa yang bertanding, hakikatnya PN tetap berjaya meletakkan dirinya sebagai pencabar unggul kepada PH/BN.


Lalu, ke mana perjuangan POM selepas ini?


Kalau diteliti, perjuangan POM ini digerakkan hanya setelah Tun Mahathir yang sebelumnya bersama Pejuang dan GTA, kalah dengan parah pada PRU15 lalu.


Untuk itu, sekurang-kurangnya ada dua tujuan POM itu digerakkan:-


Pertama, untuk menekan dan menjatuhkan Anwar Ibrahim yang memang merupakan musuh Tun Mahathir dan telah berkali-kali cuba dihalangnya daripada menjadi Perdana Menteri.


Kedua, untuk memperlihatkan Tun Mahathir masih relevan dalam politik negara serta menjadikan dirinya ada tiket untuk bersama-sama dengan PN yang merupakan satu-satunya blok pembangkang yang ada dalam negara ini.


Berdasatkan keputusan PRU15 di mana semua calon Pejuang hilang deposit, Tun Mahathir sedar beliau tidak boleh lagi berjuang melalui blok ketiga, terutama dalam usahanya yang tidak pernah terhenti mahu menjatuhkan Anwar.


Namun, untuk beliau terus bersama PN, tentu ada sedikit rasa malu dalam dirinya berikutan perbalahannya dengan Mahiaddin Md Yasin pada 2020 lalu selepas berlakunya peristiwa Langkah Sheraton.


Setidak-tidaknya, dengan menggagaskan POM, rasa malu untuk kembali bertaut dengan Mahiaddin yang pernah memecatnya daripada Bersatu itu dapatlah dilindungi, kononnya demi untuk membela nasib orang-orang Melayu.


Itulah yang terjadi di mana setelah sedikit sebanyak menggerakkan POM dengan pelbagai aktiviti, Tun Mahathir akhirnya membuka mulut dan menyatakan sedia bekerjasama dengan Mahiaddin.


Kedua-dua mereka telah bertemu sebelum PRN lalu.


Pun begitu, berikutan Mahiaddin kekal sejuk dan tidak menunjukkan jiwa sepenuh hati dalam pertemuan itu, begitu juga dengan Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pemvangkang dan Setiausaha Agung PN/Bersatu, turut tidak berlebih-lebihan dalam memberi respon kepada POM dan Tun Mahathir, sudahnya tiada apa-apa jalinan kerjasama yang berjaya terbina.


Sebelum penamaan calon, seorang utusan POM telah datang menemui Hamzah dengan membawa 17 nama bagi dipertimbangkan sebagai calon PRN atas tiket PN.


Malangnya, tiada satu pun nama yang dihantar itu diberi pertimbangan oleh PN.


Maka itu, walaupun sebelum ini POM agak riuh rendah dengan pelbagai peogram dan mengeluarkan kenyataan atas banyak isu, disebabkan tidak berjaya menumpang sebagai calon atas nama PN itu, mereka akhirnya senyap sunyi dan langsung tidak berbunyi sepanjang tempoh kempen PRN diadakan.


Pendek kata, dengan tidak ada wakil POM menjadi calon, seterusnya tidak turun membantu berkempen dan POM juga tidak disebut sepanjang kempen, gagasan perjuangan Tun Mahathir itu pada hakikatnya telah dilupakan terus ketika kempen PRN yang lalu.


Ertinya, walaupun PN berjaya memenangi majoriti undi Melayu dan menawan sebahagian besar kawasan Melayu, ia bukanlah disebabkan oleh POM.


Jauh sekali ada cop jari dan peranan daripada Tun Mahathir atas kejayaan PN itu.


Sekali lagi, ke mana POM selepas ini, terutama Tun Mahathir tentunya belum padam lagi ghairahnya daripada mahu menjatuhkan Anwar?


Apakah sebagai pilihan akhir setelah tiada lagi pilihan, Tun Mahathir akhirnya akan menyertai Pas? – ShahbudinHusin 21/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/setelah-prn-berakhir-ke-mana-proklamasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 188 hits
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP BN dan PKR Mengharapkan undi penyokongnya sendiri ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun Tun Abdul Hamid Mohamad Utusan Malaysia DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai ...
Pikat Melayu Macam Mana Agaknya

Pikat Melayu Macam Mana Agaknya

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 156 hits
Mohsin AbdullahDua minggu lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan dan seperti biasa tempoh ini kita banyak bercakap mengenai perpaduan dan keharmonian Bercakap pasal rakyat bersatu Tak kira bangsa mahupun agama Tetapi kali ini realitinya w...
Proklamasi Melayu Dah Menyepi Adakah Mahathir Akan Sertai Pas

Proklamasi Melayu Dah Menyepi Adakah Mahathir Akan Sertai Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 172 hits
Shahbudin HusinDi sebalik keputusan PRN yang memperlihatkan PN khususnya Pas berjaya memperoleh majoriti undi Melayu dalam masa yang sama ia juga adalah berita pedih buat Tun Mahathir Mohamad yang memperjuangkan Proklamasi Orang Melayu Tanp...
Anak Visual Akan Cepat Belajar Kalau Ada Visual Menarik Kenal Pasti Anak Anda Kategori Yang Mana

Anak Visual Akan Cepat Belajar Kalau Ada Visual Menarik Kenal Pasti Anak Anda Kategori Yang Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 157 hits
Ibu ayah cuba perhatikan berapa lama anak anak kita boleh beri perhatian dalam satu satu masa Jika tak sampai 30 minit kemungkinan anak dalam kategori visual learner Biasanya anak dalam kategori ini dia lebih suka pada paparan bergambar dan...
Dari Mana Punca Gout

Dari Mana Punca Gout

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 186 hits
Fakta Asas Mengenai Dari Mana Punca Gout Gout adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan raja raja dan golongan elit di zaman
Di Mana Muhyiddin Maksudkan Referendum

Di Mana Muhyiddin Maksudkan Referendum

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 145 hits
Dulu cukup jumlah kini minta Anwar dan Zahid berundurDulu PN berkata mereka cukup jumlah utk tubuh kerajaan walaupun hanya mencapai 73 Parlimen Kali ini PN hanya menang 3 negeri mereka kata ia referendum rakyat minta Anwar dan Zahir berundu...
Undi Bn Pi Mana Kat Permatang Pauh Ni

Undi Bn Pi Mana Kat Permatang Pauh Ni

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 127 hits
Pada PRU15 lalu menyaksikan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR selama 40 tahun berjaya ditawan oleh Perikatan Nasional Nurul Izzah Anwar yang menyandang kerusi berkenaan tewas di tangan calon PN Muhammad Fawwaz Mat Ja...
Ulasan Madani Anwar Lawan Islam Versi Hadi Yang Mana Akan Menang

Ulasan Madani Anwar Lawan Islam Versi Hadi Yang Mana Akan Menang

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comULASAN Ketika para pengundi dari beberapa negeri pulang mengundi isu ekonomi terkini dan isu mata pencarian bermain di minda mereka Namun yang akan menentukan pilihan undi para pengundi adalah kaum dan agama Dua pilihan inil...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin