Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu


Apabila minta kerja, kita akan hantar resume atau CV untuk mohon kerja. Manakala, apabila mahu berhenti pun.. perlulah ada surat berhenti atau notis berhenti kerja / resign letter. Ini semua adalah adab dalam dunia pekerjaan. 



Contents
PENTINGNYA SURAT BERHENTI KERJA
Penting ke surat berhenti kerja, ni? Apa pentingnya surat berhenti kerja? 
Surat berhenti kerja, juga dikenali sebagai surat pelepasan kerja, merupakan dokumen rasmi yang digunakan seseorang pekerja untuk memberitahu majikan tentang niat untuk berhenti dari jawatan pekerjaan semasa.
Ia adalah satu tindakan penting dan beretika untuk memberikan notis kepada majikan agar proses peralihan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan kesulitan kepada organisasi.
AKTA PEKERJA TENTANG NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk Seksyen 12 (1) Akta Kerja 1955, notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak kepada pihak satu lagi pada bila-bila masa untuk maklumkan niatnya bagi menamatkan kontrak perkhidmatan.
Ini bermaksud, pekerja boleh beri notis berhenti kerja kepada majikan dan majikan juga boleh beri notis penamatan kontrak kepada pekerja pada bila-bila masa.
Melaui Seksyen 12 (2) pula, menyebut tentang  tempoh notis yang memerlukan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) wajib mengikuti tempoh peruntukan dan syarat-syarat yang dibuat secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan.
Biasanya surat offer letter ( surat kemasukan kerja) ada tertulis tentang tempoh dan notis berhenti kerja bagi mana-mana pekerja yang ingin berhenti kerja.
Andai kata kontrak perkhidmatan tidak menyatakan sebarang syarat atau peruntukan tentang tempoh penamatan kontrak perkhidmatan.
Maka tempoh penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 adalah:-

>> 4 minggu notis jika pekerja bekerja kurang daripada 2 tahun pada tarikh notis diberikan
>> 6 minggu notis jika pekerja bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun pada tarikh notis diberikan
>> 8 minggu notis jika pekerja bekerja 5 tahun atau lebih pada tarikh notis diberikan
BOLEH KE TAMATKAN KONTRAK TANPA NOTIS? 


Secara teknikal, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa menghantar sebarang notis atau selepas hantar notis dengan syarat pihak itu perlu bayar ganti rugi notis kepada pihak lain bergantung kepada jumlah upah pekerja.
Perkara ini diterangkan pada Seksyen 13, di mana jika satu pihak ingin berhenti kerja segera, maka pihak itu perlu bayar kepada pihak lain sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut.
Selain itu, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notis andai berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan oleh pihak lain terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan yang dipersetujui.
Maksudnya di sini andai mana-mana pihak melanggar syarat kontrak, sama ada pekerja atau majikan, maka penamatan kontrak boleh dibuat tanpa keperluan menghantar notis kepada mana-mana pihak.
Satu perkara lagi, andai seorang pekerja terdedah dengan sebarang bentuk bahaya atau ancaman atau penyakit, maka penamatan kontrak perkhidmatan tanpa notis boleh dibuat oleh mana-mana pihak berkuatkuasa serta merta.
PERLU ADA DALAM SURAT BERHENTI KERJA
Surat berhenti kerja perlu ada element penting seperti :-1. Tarikh akhir pekerjaan2. Alasan berhenti3. Penghargaan terhadap pengalaman di tempat kerja tersebut


CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM BAHASA MELAYU
Berikut adalah contoh format surat berhenti kerja dalam Bahasa Melayu
Alamat Pekerja
Tarikh: [Tarikh Penulisan Surat]
Penerima: [Nama Majikan] [Nama Syarikat] [Alamat Syarikat]
Tajuk: Surat Berhenti Kerja
Salam Sejahtera,
Saya, [Nama Anda], dengan ini ingin memberitahu bahawa saya bercadang untuk berhenti dari jawatan saya [Nyatakan jawatan] di [Nama Syarikat] pada tarikh [Tarikh Akhir Pekerjaan]. Keputusan ini telah saya pertimbangkan dengan matang dan saya yakin ianya langkah terbaik untuk saya buat masa ini

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada [Nama Majikan] atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di [Nama Syarikat] selama [Tempoh Perkhidmatan Anda]. Saya amat menghargai pengalaman dan ilmu yang diperolehi semasa bekerja di sini

Alasan saya berhenti adalah [Jelaskan Alasan Anda, seperti mencari peluang baru, pengembangan kerjaya, atau sebab-sebab peribadi]. Saya akan pastikan bahawa semua peralihan tugas saya akan berjalan dengan lancar dan saya bersedia untuk membantu dengan proses pemindahan tugas kepada rakan sekerja yang sesuai

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan pengalaman yang diberikan kepada saya. Saya berharap agar hubungan baik antara saya dan [Nama Syarikat] akan terus berkekalan

Sila ambil perhatian surat berhenti ini adalah notis [Tempoh Notis Anda seperti dalam surat tawaran kerja, biasanya 1 bulan] seperti yang diperlukan mengikut peraturan kontrak saya

Sekian, terima kasih

Yang Benar, [Tandatangan Tangan (jika surat cetak)][Nama Anda]  [Alamat Emel] [No. Telefon]
Harap ini membantu! Sila ubah suai mengikut keperluan peribadi anda sebelum menghantar surat berhenti kerja

CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM ENGLISH
Your Name & Address
Date
Company Name & Adress
Title : Resign Letter of ................

Dear [Employer's Name],
I am writing to formally resign from my position as [Your Job Title] at [Company Name], effective [Last Working Day, typically two weeks  / 1 month from the date of the letter]

I have thoroughly enjoyed my time working with the [Company Name] team and I am grateful for the opportunities and experiences I've gained during my tenure. I have learned a great deal and have been fortunate to collaborate with such a dedicated and talented group of professionals

The decision to resign was not made lightly, but after careful consideration, I believe it is the right step for my career growth and personal development. I am committed to ensuring a smooth transition and will do my best to assist in transferring my responsibilities to my colleagues

I want to express my sincere gratitude to you and the entire [Company Name] team for your support, mentorship, and the positive work environment you have provided. I am confident that the skills and knowledge I've acquired here will serve me well in my future endeavors

Please consider this letter as the required [Notice Period, usually one month ] notice period, as per my employment contract. I am open to discussing the transition process and any tasks that need to be completed before my departure

Thank you once again for the opportunity to be a part of [Company Name]. I wish the company continued success in the future

Sincerely,
[Your Name][Your Signature (if sending a printed letter)]

Semoga Contoh Surat Berhenti Kerja Resign Letter Dalam BM dan English memberi manfaat kepada yang mahu berhenti kerja.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2023/08/contoh-surat-berhenti-kerja-dalam-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Berhenti Kerja Dan Mula Berniaga

11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Berhenti Kerja Dan Mula Berniaga

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 175 hits
Satu bancian yang saya baca dibuat pada tahun 2020 di negara kita mendapati 49 dari mereka yang kerja makan gaji ada hasrat nak berhenti kerja dan berniaga Dalam bancian tersebut anak muda dari generasi Z lebih galak nak jadi usahawan 4 dar...
Demi Berbakti Jaga Mak Ayah Sakit Anak Sanggup Berhenti Kerja

Demi Berbakti Jaga Mak Ayah Sakit Anak Sanggup Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 143 hits
Selepas 5 bulan ibu meninggal bapa pula menyusul Bahagialah bersama cinta hati abah DUGAAN bertimpa timpa Selepas satu ujian satu ujian lain pula yang datang Selepas kira kira lima bulan pemergian ibu tercinta bapa wanita ini pula meninggal...
Dah Lama Idam Nama Ada Unsur Melayu Remy Ishak Isteri Pilih Nama Klasik Cantik Betul

Dah Lama Idam Nama Ada Unsur Melayu Remy Ishak Isteri Pilih Nama Klasik Cantik Betul

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 119 hits
Selepas selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu hero Malaya Remy Ishak tampil berkongsi nama pilihannya bersama isteri Apa yang menariknya Remy dan isterinya Ezza sepakat memilih nama Melayu Klasik buat putera sulung merek...
Nota Diskusi Hubungan Uthmaniyah Dengan Tanah Melayu

Nota Diskusi Hubungan Uthmaniyah Dengan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 273 hits
NOTA DISKUSI HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU 8 30 PAGI 10 00 PAGI 4 SAFAR 1445H 21 08 2023 PROF DR SOLEHAH NIK NAJAH FADHILAH BINTI YAACOB HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Link video C...
Setelah Prn Berakhir Ke Mana Proklamasi Melayu

Setelah Prn Berakhir Ke Mana Proklamasi Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 167 hits
Di sebalik keputusan PRN yang memperlihatkan PN khususnya Pas berjaya memperolehi majoriti undi Melayu dalam masa yang sama ia juga adalah berita pedih buat Tun Mahathir Mohamad yang memperjuangkan Proklamasi Orang Melayu atau POM Tanpa kel...
Proklamasi Melayu Dah Menyepi Adakah Mahathir Akan Sertai Pas

Proklamasi Melayu Dah Menyepi Adakah Mahathir Akan Sertai Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 122 hits
Shahbudin HusinDi sebalik keputusan PRN yang memperlihatkan PN khususnya Pas berjaya memperoleh majoriti undi Melayu dalam masa yang sama ia juga adalah berita pedih buat Tun Mahathir Mohamad yang memperjuangkan Proklamasi Orang Melayu Tanp...
Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 169 hits
freemalaysiatoday com 19 Aug 2023Bekas naib presiden Umno itu berkata Umno memerlukan kepimpinan dinamik dan berkebolehan bagi mengembalikan idealisme perjuangan parti Ismail Sabri Yaakob berkata Umno memerlukan perubahan drastik dari segi ...
90 Filem Melayu Yang Best Dan Menarik Di Netflix

90 Filem Melayu Yang Best Dan Menarik Di Netflix

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 318 hits
Senarai 90 Filem Melayu Yang Best Dan Menarik Di Netflix Buat pengguna Netflix diluar sana korang mesti pening bila nak tengok filem atau drama dekat Netflix kan sebab banyak sangat Kadang kadang tuh nak tengok filem melayu tapi tak tahu na...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango

Anak Lelaki Cenderung Ada Autisme 4 Kali Ganda Dari Perempuan Dr Say Kongsi Faktanya