Dah Lama Idam Nama Ada Unsur Melayu Remy Ishak Isteri Pilih Nama Klasik Cantik Betul
Selepas selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 27 Julai lalu, hero Malaya, Remy Ishak tampil berkongsi nama pilihannya bersama isteri.
Apa yang menariknya, Remy dan isterinya Ezza sepakat memilih nama Melayu Klasik buat putera sulung mereka kerana sudah lama mengidamkan nama seperti itu sejak dahulu.
Menurut Remy, dia dan isteri sepakat memilih nama Tuah Alam buat zuriat pertama mereka.
Bahkan akui Remy lagi, sejak bujang lagi dia mempunyai hasrat untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.
“Masa bujang dulu saya pernah terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu.
“Saya pilih nama Melayu dan nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan isteri dan dia pun setuju,” kata Remy berkongsi.
Bahkan akui Remy lagi menerusi perkongsiannya di program Oh Baby Remy, dia dan isteri mempunyai beberapa pilihan nama lain sebelum memilih Tuah Alam.
“Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander. Tapi akhir sekali kami pilih Tuah Alam.
“Nak ada nama campur juga pada awalnya tapi tak boleh sebab bukan jiwa. Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu.
“Ini pendapat secara individu. Ada orang mahu letak nama Arab. Jadi daripada pakai nama Arab baik saya terus pakai Melayu sahaja.
“Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu,” kata Remy lagi berkongsi.
Terdahulu, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun berkenalan.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Dah Lama Idam Nama Ada Unsur Melayu” Remy Ishak & Isteri Pilih Nama Klasik, Cantik Betul! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dah-lama-idam-nama-ada-unsur-melayu-remy-ishak-isteri-pilih-nama-klasik-cantik-betul/