Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 19 Aug 2023

Bekas naib presiden Umno itu berkata, Umno memerlukan kepimpinan dinamik dan berkebolehan bagi mengembalikan idealisme perjuangan parti.
Ismail Sabri Yaakob berkata, Umno memerlukan perubahan drastik dari segi pendekatan, menjual naratif boleh diterima rakyat dan perubahan kepimpinan untuk kekal relevan.
PETALING JAYA: Bekas naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata kekalahan parti itu dalam PRN minggu lalu menunjukkan kebencian dan kemarahan pengundi Melayu kepada Umno “bertambah marak seperti api membakar jerami”, termasuk dalam kalangan penyokong dan ahli parti.

Justeru, beliau menyeru pucuk pimpinan parti mendengar desakan akar umbi, termasuk melepaskan jawatan bagi memulihkan Umno susulan kekalahan teruk itu.

Untuk memulihkan Umno, katanya, ia memerlukan kepimpinan dinamik dan berkebolehan bagi mengembalikan idealisme perjuangan parti.

Pada PRN Sabtu lalu, Umno menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, masing-masing dua kerusi di Selangor dan Pulau Pinang, hanya satu kerusi di Kelantan, tetapi gagal menang sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu.

“Umno telah mencatatkan prestasi terburuk, hilang pengundi teras, dianggarkan hanya 27% pengundi Melayu yang mengundi gabungan Barisan Nasional/Pakatan Harapan. Gabungan PAS, Bersatu dan Gerakan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional berjaya menarik 73% sokongan pengundi Melayu pada PRN ini.

“Pengaruh Umno di Malay Belt atau lingkaran Melayu – Kedah, Kelantan dan Terengganu – sangat kritikal seperti pesakit di ICU. Umno hanya mampu menang satu kerusi, hilang 20 kerusi jika dibandingkan dengan PRU14.

“Lebih membimbangkan trend kemerosotan undi Melayu kepada Umno kini turut merebak ke Negeri Sembilan. Satu-satunya negeri yang tidak terjejas dengan gelombang peralihan undi Melayu dalam PRU15, kini turut menerima tempiasnya,” tulisnya dalam kolum Utusan Malaysia.

Bekas perdana menteri itu berkata, keputusan PRN enam negeri menunjukkan Umno seolah-olah terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk menang, yang disifatkannya keadaan tidak pernah berlaku.

“Jangan membiarkan nasib Umno persis MCA dan Gerakan yang terpaksa berpapah kepada undi Melayu untuk memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya.”

Beliau berkata, pengundi Melayu menolak Umno kerana ia menyimpang daripada idealisme perjuangan asal.

“Lebih parah kepimpinan Umno memusnahkan Muafakat Nasional yang menjadi harapan umat Melayu terhadap penyatuan ummah. Lebih buruk apabila kepimpinan tertinggi mengheret Umno untuk bersama DAP, malah menggesa jentera bekerja dan mengundi parti itu.”

Ahli Parlimen Bera itu berkata, Umno memerlukan perubahan drastik dari segi pendekatan, menjual naratif boleh diterima rakyat dan perubahan kepimpinan untuk terus relevan dalam arus politik negara.

Katanya, Umno juga perlu mengubah cara ia berkempen, di mana jenteranya perlu mendekati pengundi atas pagar dan parti lawan, bukannya “berdakwah” kepada ahli sendiri, selain menguasai media sosial sepenuhnya.

“Sejarah telah mengajar kita. Lihat kembali bagaimana dan kenapa Umno ditubuhkan 77 tahun lalu. Semoga parti yang saya cintai ini bukan sahaja bangkit, malah kembali memimpin negara.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/pengundi-melayu-marah-umno-bagai-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Jangka Protes Pengundi Melayu Pada Prk Pulai

Pemimpin Umno Jangka Protes Pengundi Melayu Pada Prk Pulai

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com23 Aug 2023Ahli MKT Umno Nur Jazlan Mohamed berkata protes itu berkait keadaan ekonomi semasa selain penyokong parti menolak kerjasama dengan PH Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata kesan protes p...
Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 192 hits
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP BN dan PKR Mengharapkan undi penyokongnya sendiri ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun Tun Abdul Hamid Mohamad Utusan Malaysia DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai ...
Ismail Sabri Blames Poll Losses On Umno Choosing Dap Over Muafakat Says Party Turning Into Mca And Gerakan

Ismail Sabri Blames Poll Losses On Umno Choosing Dap Over Muafakat Says Party Turning Into Mca And Gerakan

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 396 hits
Former prime minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said Umno s defeats in the state elections last week was because the party has strayed from its original aim of championing the Malay community s interests Picture by Firdaus LatifKUALA L...
Pn Menang Di P Pinang Kerana Undi Umno Kata Penganalisis

Pn Menang Di P Pinang Kerana Undi Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 266 hits
Ahli sains politik Wong Chin Huat berkata PKR dan Amanah kalah di kerusi majoriti Melayu kerana tiada undi boleh pindah antara BN dan PH Perikatan Nasional meraih kemenangan dalam PRN Pulau Pinang Sabtu lalu apabila memenangi 11 kerusi majo...
101 Kes Rasuah Digugur Oleh Pn Jangan Kata Umno Korup

101 Kes Rasuah Digugur Oleh Pn Jangan Kata Umno Korup

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 286 hits
ADRIAN LIM CHE AN PN dakwa PH mensucikan UMNO Itu tak betul Faktanya PN dah lama sucikan UMNO Takkan Abah dah lupa 1 MUSA AMAN 46 pertuduhan terhadap Musa Aman telah digugur pada Jun 2020 semasa Muhyiddin PM 2 TENGKU ADNAN Tengku Adnan tela...
Pas Pahang Umno Kini Boleh Jadi King Maker Kembalikan Komposisi Melayu

Pas Pahang Umno Kini Boleh Jadi King Maker Kembalikan Komposisi Melayu

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 167 hits
KUANTAN Peluang untuk memposisikan semula kuasa Melayu Islam di negara ini terbuka luas berdasarkan keputusan pilihan raya negeri Sabtu lalu Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata pengundi Melayu dan sebahagian pengundi bukan Mela...
Kenapa Orang Cina Sokong Dap Orang Tak Marah Bila Melayu Sokong Pn Orang Marah

Kenapa Orang Cina Sokong Dap Orang Tak Marah Bila Melayu Sokong Pn Orang Marah

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 190 hits
Sebenarnya tak ada siapa nak marah kalau sesiapa pun nak sokong PN kalau PN tu parti yang elok Yang jadi masalahnya PN tu parti yang jahat Pertama PN terutama PAS selalu tunggang agama Putar belitkan dalil bagi membenarkan perbuatan yang sa...
Umno Kafir Sampai Kiamat Dengar Apa Kata Mokcik Ni Kesian Dia Bila Minta Nak Lihat Kitab Mana Dia Ngaji

Umno Kafir Sampai Kiamat Dengar Apa Kata Mokcik Ni Kesian Dia Bila Minta Nak Lihat Kitab Mana Dia Ngaji

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 244 hits
Norman Radzuan Inilah yang saya bimbangkan bila ideologi PAS yg didoktrin sejak dahulu telah merosakkan pemikiran org Melayu Ia sgt bahaya utk perpaduan kaum di mana jika dibiarkan berkembang seperti wanita ini org Melayu percaya org Melayu...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas