Sanggupkah Pendukung Pas Berkompromi Dengan Agihan Muhyddin Dan Prestasi Kerajaan Pn




Oleh ZAKARIA MUSAApril , 2020 10:42 pmSaya cuba menyelami — atau lebih tepat membayangkan — perasaan dan sensitiviti ahli-ahli serta pendukung Pas selepas presidennya tidak terpilih sebagai anggota Kabinet selepas “kerajaan pintu belakang” dibentuk baru-baru ini
Lebih awal daripada itu, apakah penyokong Pas gembira apabila parti mereka terbabit dalam komplot jahat secara proaktif menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat rakyat dalam PRU14, hampir dua tahun lalu
Ada pemimpinnya yang menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama membentuk kerajaan secara mudah tanpa perlu bertungkus-lumus berkempen bagi mendapat sokongan majoriti rakyat. “Kerajaan tebuk atap” diperolehi hanya dengan “permainan licik” dalam kalangan ahli-ahli Parlimen oportunis, yang rakuskan kuasa, bermula apabila sebilangan pemimpin Bersatu dan PKR belot-khianat
Namun, berdasarkan tinjauan rambang, tidak kurang juga penyokong Pas yang malu dengan insiden tersebut dan menyifatkan ia mencemar reputasi parti Islam. “Memang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang tetapi ia mengetepikan mandat rakyat dan berlawanan dengan prinsip moral serta akhlak. Parti Islam seperti Pas tidak boleh bersekongkol untuk merampas kuasa di tengah penggal. Ini satu kudeta yang bertentangan dengan amalan demokrasi. Sebab itu sedikit sekali ketua-ketua negara lain yang mengucapkan tahniah kepada perdana menteri, Muhyiddin Yassin,” kata seorang pengundi yang memangkah Pas di Kedah dalam PRU14 lalu
Sudahlah imej tercemar dengan konspirasi tidak demokratik itu, Pas tidak diberi ganjaran bersesuaian dengan sumbangannya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). Walaupun keanggotaan menteri dan timbalan menteri mencapai bilangan terbesar 70 orang, wakil Pas yang dipilih tidak sampai sepuluh, iaitu lapan orang; manakala menteri hanya tiga. Potfolio ketiga-tiga kementerian itu pula — alam sekitar, perladangan dan undang-undang — dilihat tidak begitu strategik atau dekat dengan rakyat
Pemerhati politik lebih cenderung membuat perbandingan antara Kabinet Muhyiddin dan Kabinet Dr Mahathir Mohamad. Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri demi menjaga sensitiviti para pemimpin utama Umno, Pas dan Bersatu, juga Gabungan Parti Sarawak. Namun wakil Bersatu, termasuk kumpulan Azmin Ali yang belot terhadap PKR diberi jawatan penting walaupun jumlah wakil rakyatnya kurang sepuluh berbanding Umno
Kabinet Dr Mahathir meraikan semua pemimpin kanan empat komponen parti PH. Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Ismail, Presiden PKR dipersetujui sebelum PRU14. Tiga menteri kanan ialah Muhyiddin (Dalam Negeri), Presiden Bersatu; Lim Guan Eng (Kewangan), Setiausaha Agung DAP; Mohamad Sabu (Pertahanan), Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH). Walaupun bilangan ahli Parlimen setiap parti jelas berbeda, ada yang lebih ramai tetapi masing-masing mempunyai wakil dalam Kabinet dengan jumlah hampir setara
Biarpun empat menteri kanan dilantik, Muhyiddin mengumumkan sekiranya beliau tiada dalam negara, mesyuarat Kabinet akan dipengerusikan Azmin. Naib Presiden Umno, Ismail Sabri, dianggap menteri kanan pada kedudukan di bawah Azmin. Potfolio strategik seperti pendidikan, dalam negeri, luar bandar, wanita, pertanian dimonopoli Bersatu. Harus diingat Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen dalam PRU14, sejumlah yang sama wakil rakyat Umno melompat masuk parti itu kemudiannya. Geng Azmin yang khianat menambah sepuluh orang, manakala lima lagi wakil rakyat Bersatu memilih kekal bersama Mahathir
Umno mungkin boleh menerima hakikat bahawa presiden (Ahmad Zahid Hamidi) dan timbalan presidennya (Mohamad Hassan) tidak terpilih dalam Kabinet Muhyiddin. Zahid terbeban dengan banyak kes mahkamah dan Mat Hassan hanya seorang Adun di Negeri Sembilan, yang diperintah Pakatan Harapan. Soalnya, mengapa Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi Awang, ahli Parlimen Marang, yang cukup senior, berpengalaman sejak 1990, boleh tercicir
Umno lebih terbuka dan berterus-terang. Mereka tidak puas hati dengan keanggotaan Kabinet Muhyiddin dan skop potfolio yang diserahkan kepada Umno. Sebahagian para pemimpinnya nampak agak lebih selesa sekiranya Parlimen dibubarkan dan mereka masuk bertanding PRU15 atas nama Muafakat Nasional, Umno-Pas
Bagaimanapun, Pas tidak menzahirkan rasa tidak puas hatinya walaupun para penyokong mungkin menyimpan kecewa. Abdul Hadi, yang sepatutnya dilantik menteri kanan, memilih untuk menjadi pemantau kepada prestasi tiga menteri Pas. Sekurang-kurangnya Pas menunjukkan sikap positif, yang tidak membawa masalah kepada Muhyiddin dan boleh menambah “wibawa Islamik” terhadap keabsahan “kerajaan tebuk atap” itu
Pas yang dikatakan mempunyai ramai ulamak daripada 18 ahli Parlimennya juga mendapat tamparan hebat apabila Muhyiddin tidak melantik wakil parti Islam itu sebagai Menteri Agama. Ketua Ulamak Pas juga tidak dilantik anggota pentadbiran. Namun setakat ini, Pas cuba menjadi sekutu yang baik dan kelihatan berpuas hati dengan agihan yang dibuat Muhyiddin
Mungkin Pas sedang berusaha untuk memulihkan imej buruknya dalam pengalaman mengadakan persefahaman politik dengan parti-parti lain. Dalam Angkatan Perpaduan Ummah, berselisih dengan Semangat 46, bersama Barisan Alternatif bertelingkah dengan DAP, Pakatan Rakyat berakhir bila Pas putus hubungan dengan PKR dan DAP
Apakah Pas sudah menyedari pendekatan politiknya yang ekstrem dan melampau itu akhirnya merugikan dirinya sendiri? Realiti kemajmukan Malaysia menuntut Pas untuk bersikap lebih sederhana dan fleksibel? Jika tidak, ia berterusan di posisi pembangkang sedangkan saingan terdekatnya, AMANAH pun pernah membentuk kerajaan selama 22 bulan
Pandemik Covid-19 sebenarnya membawa rahmat kepada “kerajaan pintu belakang” ini. PH telah menangguhkan siri penerangannya ke seluruh negara. Beberapa program awal menunjukkan sambutan hebat rakyat. Desakan untuk mengadakan sidang Parlimen juga dikendurkan ekoran wabak maut itu; PH hanya menuntut sidang khas Dewan Rakyat pakej rangsangan ekonomi dan memberi jaminan tidak membangkitkan usul tidak percaya kepada perdana menteri
Soalnya, mampukah pemimpin Pas mengawal sikap ahli-ahlinya terutama apabila timbul rasa tidak puas hati atau protes terbuka terhadap prestasi kerajaan PN terutama berkaitan isu-isu Melayu-Islam. Sebelum ini Pas berada di barisan depan menyerang kerajaan PH dan mendakwa DAP menguasai Putrajaya sehingga kepentingan Islam dan institusi Melayu dipinggirkan
Sementalahan pula pengaruh Pas dalam pentadbiran Muhyiddin boleh dipersoalkan keberkesanannya. Ditambah struktur PN yang kabur, tidak sepertimana Barisan Nasional (BN) dan PH sebelum ini. Situasi dijangka lebih tegang menjelang PRU15 nanti apabila tiga parti Melayu, Bersatu-Umno-Pas, memulakan proses agihan kerusi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/sanggupkah-pendukung-pas-berkompromi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Potong Bajet Tapi Agihan Semula Dana Kerajaan

Bukan Potong Bajet Tapi Agihan Semula Dana Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 248 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata suntikan fiskal langsung sebanyak RM25 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi diumumkan perdana menteri adalah dari pengagihan semula dana kerajaan Akan ada sedikit pengagihan semula d...
Pelantikan Pimpinan Pas Sebagai Exco Kerajaan Perak

Pelantikan Pimpinan Pas Sebagai Exco Kerajaan Perak

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 263 hits
BADAN Perhubungan PAS Negeri Perak menjunjung kasih merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baharu PAS P...
Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 451 hits
Selepas surat Presiden Pas Hj Hadi Awang memburuk burukkan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang digambarkan mahu merampas kuasa Tun Mahathir sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan terbaru timbul pula hujah penyokong Pas yang mewajarkan tin...
Ulama Pas Kecam Pengkritik Kerajaan Menyalak

Ulama Pas Kecam Pengkritik Kerajaan Menyalak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 306 hits
Ulama PAS yang terkenal Mokhtar Senik hari ini membelasah Pakatan Harapan dan penyokong gabungan itu dalam isu kelulusan kilang arak beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan sekarang Menggunakan gelaran seperti menyalak dan khad...
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan Ismail Sabri

Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 311 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan terus dikuarantin selama 14 hari Menurutnya ahli keluarga tidak ...
Pemimpin Dap Melampau Tuduh Kerajaan Tak Telus Agih Bantuan

Pemimpin Dap Melampau Tuduh Kerajaan Tak Telus Agih Bantuan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 184 hits
Adakah beliau telah beri sumbangan guna saluran Pusat Khidmat BANGI Pemimpin parti tamak haloba DAP Liow Cai Tung kelihatan sangat melampau apabila menuduh kerajaan Malaysia tidak cekap dan tidak telus dalam mengedarkan makanan dan keperlua...
Agong Permaisuri Berkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Diraja Selama Enam Bulan

Agong Permaisuri Berkenan Kerajaan Tidak Bayar Emolumen Diraja Selama Enam Bulan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 266 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bu...
Perniagaan Kecil Di Sabah Ketengah Cadangan Balas Terhadap Pakej Kerajaan

Perniagaan Kecil Di Sabah Ketengah Cadangan Balas Terhadap Pakej Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 196 hits
Pusat beli belah Imago di Kota Kinabalu menyaksikan pelanggan berkurangan sejak kawalan pergerakan berkuatkuasa KOTA KINABALU Pemilik perniagaan kecil di Sabah mengetengahkan beberapa cadangan tersendiri menyusuli pakej rangsangan ekonomi k...
Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020

Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum wbt Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020 KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN Gambar GoogleKerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid 19 yang sedang melanda negeri dan negara kita k...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apple Cider Vinegar Dalam Bentuk Gummy

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia