Pemimpin Dap Melampau Tuduh Kerajaan Tak Telus Agih Bantuan
                 fazleen safina  Adakah beliau telah beri sumbangan guna saluran Pusat Khidmat?

BANGI – Pemimpin parti tamak haloba DAP, Liow Cai Tung kelihatan sangat  melampau apabila menuduh kerajaan Malaysia tidak cekap dan tidak telus  dalam mengedarkan makanan dan keperluan asas kepada rakyat
Menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Johor Jaya itu sebagai ‘tidak peka’, Naib Pengerusi  Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari  mempersoalkan sekiranya Cai Tung mewakili mana-mana badan bukan kerajaan  (NGO)
“Atau adakah beliau telah memberi sumbangan dengan menggunakan saluran Pusat Khidmat
“Jika NGO, adakah betul-betul NGO atau  NGO proksi politik semata-mata bagi mengaburi mata pihak kerajaan  Malaysia dan rakyat?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini
Terdahulu, Cai Tung mendakwa bahawa NGO  perlu terbabit mengedarkan makanan serta barangan keperluan asas  sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kerajaan dilihat  kurang telus dan cekap dalam pengagihan bantuan
Cai Tung berkata, kerajaan juga dilihat  tidak mempunyai koordinasi serta komunikasi dengan jabatan berkenaan dan  masyarakat, selain mempunyai pemahaman yang kurang lengkap berkenaan  permasalahan itu sebelum membuat keputusan itu
“Disebabkan kerajaan yang kurang telus  dan cekap, banyak NGO mengambil inisiatif mengedarkan makanan dan  keperluan asas kepada golongan sasar sejak pelaksanaan arahan PKP pada  18 Mac lalu. Usaha ini tidak harus dilepas pandang kerajaan,” katanya
Menempelak perkara itu, Cikgu Izzat  mengingatkan pemimpin rasis itu supaya tidak mencemarkan nama baik NGO,  yang sememangnya sentiasa memberikan bantuan dalam apa jua keadaan,  selain menegur kerajaan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan  kesilapan
“Inilah peranan NGO dan bukannya  bertindak sebagai badan yang menjadi proksi politik kononnya badan  bebas, sedangkan dipayungi ahli politik
“Kepada kerajaan Malaysia, kami barisan  NGO bersedia bekerjasama dengan barisan hadapan untuk memastikan bantuan  dan sumbangan dapat diberikan dengan baik kepada semua golongan yang  memerlukan,” katanya
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/pemimpin-dap-melampau-tuduh-kerajaan.html