Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020


Assalamualaikum wbt,
Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020 | KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN.Gambar Google
Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri dan negara kita ketika ini.
Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga ke akhirnya.
Memandangkan PKP telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum Awal Ramadhan, dan mengambilkira suasana tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan Bazar Ramadhan tahun ini.



Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula Virus Covid-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.
Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini MEMBATALKAN penganjuran Bazar Ramadhan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi Bazar Ramadhan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'. Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah DIPERSETUJUI dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 Bil. 3/2020 pada 29 Mac 2020 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.
Kerajaan Negeri juga menyarankan kepada para peniaga Bazar Ramadhan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain seperti berikut:-
i) mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online);
ii) perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan;
iii) menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya; atau
iv) apa saja alternatif lain yang difikirkan sesuai.
Kerajaan Negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambilkira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak.



Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut sebagaimana pengumuman oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Mac baru-baru ini.
Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.
Marilah sama-sama kita berdoa agar negeri serta negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Virus Covid-19 ini.
Kepada Allah kita berserah.
Salam hormat.
'TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA'
Y.B. DR. HAJI ALIAS BIN RAZAKPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu30 MAC 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2020/03/kerajaan-negeri-terengganu-batalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu

Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 298 hits
Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu Tiada Bazar Ramadhan di Terengganu Berikut kenyataan media tiada Bazar Ramadhan di Negeri Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid 19 yang sedang melan...
Bazar Ramadhan Ada Tahun 2020 Ini

Bazar Ramadhan Ada Tahun 2020 Ini

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 620 hits
Penambahan tarikh Perintah Kawalan Penggerakan dari 1 April kepada 14 April semestinya menggusarkan semua pihak terutama peniaga peniaga kecil yang terjejas teruk dari PKP ini PKP ini juga membawa kepada persoalan selepas tamat tarikh ini B...
Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2020 Dibatalkan Di Seluruh Negara Adalah Palsu

Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2020 Dibatalkan Di Seluruh Negara Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 417 hits
SEBENARNYA RTM menafikan penyebaran berita palsu pembatalan bazar Ramadhan di seluruh negara SUMBER Facebook Rasmi RTM MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan
Kerajaan Negeri Alu Alukan Sumbangan Untuk Tabung Bantuan Covid 19 Terengganu

Kerajaan Negeri Alu Alukan Sumbangan Untuk Tabung Bantuan Covid 19 Terengganu

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 245 hits
Penyerahan sumbangan cek oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak kepada Menteri BesarKUALA TERENGGANU 2 April Kerajaan negeri nbsp masih lagi membuka peluang kepada mana mana pihak u...
Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini

Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 313 hits
Gambar HiasanKUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu hari ini mengambil keputusan membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan pada tahun ini bagi menangani penularan wabak koronavirus secara total Pembatalan ...
Hingga 29 Mei 2020 Kai Kembalikan Dana 100 Persen Penumpang Yang Batalkan Perjalanan

Hingga 29 Mei 2020 Kai Kembalikan Dana 100 Persen Penumpang Yang Batalkan Perjalanan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 192 hits
PT Kereta Api Indonesia memberlakukan kebijakan pengembalian bea pemesanan tiket 100 persen bagi calon penumpang kereta api yang melakukan pembatalan perjalanan Periode pembatalan yang bisa dikembalikan utuh dananya untuk keberangkatan mula...
Negeri Sembilan Batal Bazar Ramadan

Negeri Sembilan Batal Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 236 hits
Selepas Singapura Negeri Sembilan juga memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan Memetik Harian Metro keputusan itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempo...
Covid 19 Singapura Batalkan Bazaar Ramadhan Dan Aidilfitri

Covid 19 Singapura Batalkan Bazaar Ramadhan Dan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 380 hits
Bazaar Ramadan yang popular di Singapura iaitu Bazaar Di Geylang Serai Woodland tidak akan beroperasi seperti tahun yang lepas sebagai langkah berjaga jaga berikutan dengan wabak pandemik Covid 19 yang melanda di seluruh dunia Dalam satu ke...
Sajian Warisan Budaya For Ramadan 2020 Swiss Garden Genting Highlands 2020 Ramadhan Buffet

Sajian Warisan Budaya For Ramadan 2020 Swiss Garden Genting Highlands 2020 Ramadhan Buffet

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 300 hits
Sajian Warisan Budaya for Ramadan 2020 Swiss Garden Genting Highlands 2020 Ramadhan Buffet Remember my trip to Swiss Garden Hotel and Residences Genting Highlands at the last weekend before the MCO started And remember the dinner where we a...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai