Sandwich Mudah
Assalamualaikum. Salam Isnin semua. Haritu ada yang komen macam mana LM buat sandwich. Ikut mood sebenarnya. Jika ada defrost dada ayam, LM akan perap dengan garlic dan lada putih dan garam ke.. Atau perap dengan cili kisar dan sebagainya terus grill dan hiris.
Tambah la salad ke timun tomato apa yang disukai. Sapu dulu butter dan mayonnaise, letak sos cili sikit. Jika tak ada ayam grill, LM rebus chicken ice saja. Kadang grill sekejap, kalau tak, rebus saja. Ikut mood. Kalau ada telur dadar, letak sekali. Kalau rajin buat scramble egg atau telur rebus letak juga dalam tu. Hehe.. Mudah kan?
Dah siap tu, terserah nak buat 2keping atau 3 keping. Kadang LM buat 3 keping. Tapi anak komplen besar sangat. Harini buat 2 keping saja di lapis.
Bungkus la macam korang balut kotak hadiah tu. Janji tertutup rotinya.
Dah siap tu.. Potong dua tapi jangan sampai terputus kertas dia yang paling bawah.
Dah potong tu buka la. Jadi la dia macam ni. Susun dalam bekas dan tutup elok- elok. Anak nak makan nanti mereka ambil sendiri.
Kakak study week tak ada kelas dah. Syafiq demam panas pun ada kat rumah. Ayah katanya nak ke. Office ada banyak meeting tapi demam juga tu. Masih tak bangun lagi tu dia sambung tidur selepas ni hantar Syahim ke KAFA tadi.
Dak Aish bangun ni tuntut Maggie goreng pula sebab malam tadi dah sebut nak buat sarapan Maggie goreng, tetiba jadi sandwich. Ummi pening kepala tak larat nak buat apa. Sekejap lagi la kot. Huhu
Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Bagi yang tak puasa tu sarapan apa. Share la sikit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2023/09/sandwich-mudah.html