Resipi Sihat Mudah Hanis Zalikha Sediakan Untuk Yusuf Iskandar Ketika Bayi Bolehlah Tiru
Resipi Sihat & Mudah Hanis Zalikha Sediakan Untuk Yusuf Iskandar Ketika Bayi, Bolehlah Tiru
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, menyediakan menu makanan untuk mereka adalah satu cabaran. Kadang-kadang tepu memikirkan menu apa yang sesuai untuk disajikan pada anak-anak. Sebagai ibu tentulah kita ingin memberikan hanya sajian yang terbaik.

Nah! Ini ada idea menu hidangan yang boleh ibu-ibu jadikan panduan. Hanis Zalikha, selebriti dan suri kesayangan Hairul Azreen ini sangat selektif dengan penyediaan makanan anak lelakinya, Yusuf Iskandar.

Berikut dikongsikan semula menu-menu hidangan sihat yang pernah disediakan oleh Hanis buat Yusuf Iskandar ketika Yusuf masih bayi. Semoga bermanfaat.
Berikut antara resipi sihat dan mudah yang mak-mak sendiri boleh cuba!
RESEPI 1: Nasi Lembik, Lobak dan Sup Jernih Ikan Bilis

Cara Menyediakannya:
Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau brokoli pun sama cara memasaknya.
RESEPI 2: Bayam yang distim, Cendawan Tumis dan Ayam

Cara Menyediakannya:
Gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang.
RESEPI 3: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis

Cara Menyediakannya:
Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin).
RESEPI 4: Nasi, Brokoli, Isi Ayam dan Cendawan

Cara Menyediakannya:
Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom sahaja ‘saute’ dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus.
RESEPI 5: Nasi, Ayam, Brokoli dan Batang Seleri

Cara Menyediakannya:
Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar.
RESEPI 6: Serbuk Ikan Bilis Sangai

Cara Menyediakannya:
Sangai ikan bilis, buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Perlu kupas ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas.
RESEPI 7: Nasi Tomato Versi Baby Yusuf

Cara Menyediakannya:
Nasi tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya.
RESEPI 8: Nasi Lembik, Brokoli dan Serbuk Ikan Bilis Buat Sendiri

Cara Menyediakannya:
Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis. Masak nasi bubur. Brokoli hanya stim. Makan bersama serbuk ikan bilis.
RESEPI 9: Avokado, Bayam dan Oat Organik

Cara Menyediakannya:
Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Selepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang.
Sumber & Foto: Instagram @theyusufiskandar & @haniszalikha
Artikel ini diolah dari artikel asal yang dipetik dari Mingguan Wanita
The post Resipi Sihat & Mudah Hanis Zalikha Sediakan Untuk Yusuf Iskandar Ketika Bayi, Bolehlah Tiru appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-sihat-mudah-hanis-zalikha-sediakan-untuk-yusuf-iskandar-ketika-bayi-bolehlah-tiru/