Jangan Ambil Mudah Soal Lesen Tamat Tempoh Insurans Kosmo 18 09 2023


 
KISAH penunggang p-hailing yang tular apabila motosikalnya di­sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan antara kisah yang menjadi perbualan hangat netizen.

Belum pun reda cerita peserta Yamaha RXZ Members 5.0 yang ‘dipukat’ pihak berkuasa di Terengganu, timbul pula siri motosikal disita serentak itu berduyunlah rakyat jelata menjadi pakar dan menghukum.

‘Niat tidak menghalalkan cara’ mungkin bidalan paling sesuai berhubung dua kisah ini.

Penting untuk kita tahu bahawa dalam kes rider tersebut, motosikal disita disebabkan lesen motor tamat tempoh dan tiada insurans.
Lesen motor setahun hanya bernilai RM30, cukai jalan dan insuran paling murah RM125 untuk setahun jika cc bawah 150.

Pihak JPJ dalam kenyataan memaklumkan penyitaan motosikal lelaki terbabit dilakukan bagi menjaga keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilin­dungi insuran.

Betul ketika ini ramai yang susah tetapi adakah untuk mencari rezeki kita perlu perjudikan nyawa menunggang motosikal tanpa sebarang perlindungan.

Bagaimanapun situasi lebih parah, apabila kisah rider ini ibarat bola tanggung kepada pempengaruh yang berlumba-lumba membantu tanpa melihat kepada isu sebenar.

Benar ramai dalam kalangan kita simpati tetapi apa yang menjadi isu adalah cukai jalan mati dan perlindungan insu­rans.

Jadi kenapa pula perlu diberi motosikal baharu bukannya dibantu membayar saman dan memperbaharui lesen serta insurans, itu lebih wajar dan tepat.

Adakah selepas ini mereka mampu menghidupkan lesen dan insurans.

Bagaimanapun, benarlah semua ada hujah tersendiri.

Berita mengenai golongan penunggang p-hailing terbabit kemalangan banyak dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Di sebalik ramai dalam kalangan mereka berhati-hati di jalan raya, masih ada juga sesetengah yang tidak menitikberatkan soal keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ada yang menyatakan, ‘rider’ ini perlu mengejar order yang banyak dalam masa sehari. Tapi adakah ini juga alasan untuk mereka terus abaikan keselamatan diri dan orang lain?

Dalam Islam sendiri telah mengajar umatnya dengan melarang perbuatan berbahaya dan memberikan kemudaratan kepada orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga, masyarakat mahupun orang ramai tanpa mengira perbezaan agama.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan bahawa ke­selamatan diri dalam kalangan pekerja penghantar makanan ini perlu dititik berat dalam tugas harian mereka.

“Banyak kemalangan yang berlaku kebelakangan ini, jangan hanya kejar pesanan sehingga keselamatan diri kita sendiri terabai, ramai yang saya tahu lesen motosikal pun tiada cukai jalan sama sekali.

“Jika apa-apa berlaku ia kosong, jadi kita nak salahkan siapa lagi? Kita perlu ikhlas dalam mencari rezeki, kita turun kerja sebab nak jaga keluarga. Ramai yang abaikan soal keselamatan ini demi mengejar pesanan, itu sememangnya salah,” katanya.

Soal keselamatan dalam menjalankan pekerjaan adalah salah satu perkara yang paling pen­ting untuk ditekankan oleh setiap dari kita. Jangan ambil mudah.

Hendaklah diingat bahawa kese­lamatan bukanlah sesuatu yang diperoleh setelah mati.
Artikel oleh: Kosmo

JANGAN AMBIL MUDAH SOAL LESEN TAMAT TEMPOH, INSURANS
https://www.kosmo.com.my/2023/09/18/lesen-insurans-tiada-tapi-dapat-motosikal/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/09/jangan-ambil-mudah-soal-lesen-tamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Motosikal Rider Disita Lesen Dan Insurans Tamat Tempoh Jpj

Motosikal Rider Disita Lesen Dan Insurans Tamat Tempoh Jpj

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 481 hits
Motosikal seorang penghantar makanan yang disita pihak berkuasa dalam video tular baru baru ini berpunca daripada tamat tempoh lesen kenderaan motor dan ketiadaan insurans kata Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengesahkan melakukan sitaan ter...
Moeldoko Soal Koalisi Sipil Desak Dpr Usut Data Intelijen Jokowi Jangan Berlebihan

Moeldoko Soal Koalisi Sipil Desak Dpr Usut Data Intelijen Jokowi Jangan Berlebihan

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 205 hits
Moeldoko mengingatkan tidak usah berlebihan Dia menyebut data yang dikantongi Jokowi bersumber dari hasil survei
Blak Blakan Eks Bupati Banyuasin Soal Patung Bung Karno Tak Mirip Jangan Dibayar

Blak Blakan Eks Bupati Banyuasin Soal Patung Bung Karno Tak Mirip Jangan Dibayar

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 178 hits
Progres pembangunannya saat ini baru 60 persen Ia meminta pemerintah setempat tidak membayar proyek jika hasilnya tidak mirip dengan fisik proklamator
Penyakit Gila Meroyan Jangan Ambil Mudah Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk

Penyakit Gila Meroyan Jangan Ambil Mudah Wanita Berisiko Alami Depresi Teruk

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 312 hits
Penyakit gila meroyan jangan ambil mudah wanita berisiko alami depresi teruk Gila meroyan atau postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu selepas bersalin Tubuh wanita mengalami banyak perubahan selepas bersalin...
Jangan Asyik Fikir Nak Mengandung Sampai Stress Doktor Kongsikan Tip Mudah Hamil

Jangan Asyik Fikir Nak Mengandung Sampai Stress Doktor Kongsikan Tip Mudah Hamil

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 278 hits
Jadi buntu dibuatnya bila asyik berfikir hendak tambah anak Tambah pula jarak anak pertama begitu jauh jaraknya Lama lama jadi stres bila memikirkannya kenapa masih tak hamil lagi Jangan terlalu stress dan memikirkan hendak hamil setiap mas...
Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Dap S Total Wipe Out In Sabah A Clear Message To Also Exit S Wak Politics A Harbinger Of Its Fate In Ge16

Airbus A320 Lakukan Recall Besar Besaran Ganggu Operasi Penerbangan Global

Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina

5 Kesilapan Anak Muda Tentang Kwsp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Pertunangan Anak Kak Dila Cucu Mak Andak Di Rawang 29 11 2025

Irresistible Jain Dinner Recipes Indian

Hari Pertama Disember 2025

Minat Baking Tapi Tak Sempat Ambil Tempahan Jom Niaga Tepung Premix Home Made

Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah

Buah Blueberries Masam Masam Manis