Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1444h Bersamaan 2022m Di Wtckl


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H BERSAMAAN 2022M DI WTCKL | Sukacita dimaklumkan, bahawa pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bersamaan 2022M pada 12 Rabiulawal 1444H bersamaan 9 Oktober 2022M (Ahad) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula jam 9.30 pagi.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H BERSAMAAN 2022M DI WTCKL


Sambutan Maulidur Rasul SAW adalah merupakan salah satu acara rasmi Kerajaan yang disambut setiap tahun sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. Sambutan bukan sekadar untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW

Mengambil kira negara Malaysia kini telah memasuki fasa endemik, maka Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H bersamaan 2022 M yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bersetuju dan membuat ketetapan agar majlis tersebut diteruskan semula sebagaimana tahun-tahun sebelumnya yang melibatkan perhimpunan secara fizikal. Walau bagaimanapun, acara perarakan, yang menjadi acara lazim sambutan pada setiap tahun, tidak diadakan pada tahun ini

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong telah berkenan untuk berangkat hadir ke majlis tersebut. YAB Perdana Menteri dan isteri turut sama akan hadir bagi memeriahkan acara sambutan

𝗧𝗘𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 1444H
Tema sambutan pada tahun ini ialah “𝑲𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒌𝒎𝒖𝒓𝒂𝒏”. Tema ini sangat relevan dan bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri dan pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang diperkenalkan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 
Kedua-dua pendekatan tersebut menjadi simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi sebarang cabaran bagi mencapai kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera yang menjurus kepada pemeliharan kemaslahatan umah melalui lima prinsip utama iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 
Seperti kelaziman, sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan, akan diadakan upacara penyampaian Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada individu-individu yang layak. Majlis pada kali ini akan menobatkan seorang penerima Anugerah Perdana dan 6 orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW. 

Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu-individu yang layak dan telah memberi sumbangan yang cukup bermakna dalam pembangunan ummah dan negara. Penerima Anugerah dipilih berdasarkan jasa dalam bidang kepakaran masing-masing yang telah disumbang untuk pembangunan Islam yang memberi impak positif ke atas kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. 
Pemilihan penerima anugerah ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Maulidur Rasul SAW yang dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 
𝗞𝗘𝗟𝗔𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗜𝗡𝗜
Penganjuran kali ini dapat menyaksikan inovasi atau suntikan elemen teknologi iaitu persembahan seni media pemetaan cahaya (mapping) pada latar pentas (astaka), yang akan memaparkan tayangan grafik yang berinteraksi dengan fasad latar pentas (astaka). Ini adalah merupakan antara tarikan dan kelainan yang bakal dibawa melalui acara sambutan pada kali ini

Selain itu, mengambil semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, maka pada tahun ini juga, akan dibawakan persembahan khas yang mengangkat keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai tauladan dan pemangkin kemakmuran dalam menyatupadukan umat manusia berdasarkan peristiwa-peristiwa dari sirah kehidupan baginda

Persembahan khas ini diadaptasikan dengan kepelbagaian penyampaian yang berunsurkan keislaman yang menggabungkan pelbagai peringkat usia, bangsa dan keturunan yang bersatu atas nama Islam

Sebagai sebahagian dari program Sambutan Maulidur Rasul, sebuah Forum Perdana Ehwal Islam Khas turut diadakan pada 6 Oktober 2022, 10.00 hingga 11.00 malam di TV1 dengan tajuk “Kasih Tanpa Syarat” anjuran Kerajaan negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah dengan kerjasama JAKIM dan RTM. 
Isu yang bakal dibincangkan ialah bagaimana sifat Rasululullah SAW yang perlu dicontohi oleh Keluarga Malaysia dalam usaha memupuk nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam diri generasi pelapis negara. 

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan sambutan ini secara langsung melalui TV1 RTM dan Nasional fm selaku penyiar rasmi, serta lain-lain saluran stesen radio di bawah RTM seperti SALAMfm, Aifm, TRAXXfm, Minal fm, Asyik fm dan stesen radio RTM negeri. Siaran radio ini disampaikan dalam pelbagai Bahasa seperti Tamil, Mandarin, Inggeris dan dialek Orang Asli

𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗬𝗨𝗦𝗢𝗙𝗙Ketua Pengarah Jakim7 Oktober 2022JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/10/sambutan-maulidur-rasul-saw-peringkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tema Maulidur Rasul 2022 1444h Peringkat Kebangsaan

Tema Maulidur Rasul 2022 1444h Peringkat Kebangsaan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 268 hits
TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 1444H Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperi...
Salam Maulidur Rasul 2022 Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444h Dan Bacaan Selawat Nabi Muhammad Saw

Salam Maulidur Rasul 2022 Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444h Dan Bacaan Selawat Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 209 hits
Salam Maulidur Rasul 2022 1444H Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia Tarikh cuti Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia jatuh pada tarikh berikut 8 Oktober 2022 9 Oktober 2022 10 Oktober 2022 Cuti ganti Sempena Maulid...
Salam Maulidur Rasul 1444h 2022m

Salam Maulidur Rasul 1444h 2022m

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 133 hits
Salam Maulidur Rasul 1444H 2022M Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogofthed...
Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 154 hits
Sebagai umat Islam wajib untuk kita mengetahui dan mengingati hari hari dan peristiwa bersejarah dalam sejarah pembangunan Islam Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam bukanlah satu tanggal biasa ia merupakan tanggal yang amat berse...
Koleksi Tema Sambutan Maulidur Rasul 2001 Hingga 2022

Koleksi Tema Sambutan Maulidur Rasul 2001 Hingga 2022

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 232 hits
Sebagai umat Islam wajib untuk kita mengetahui dan mengingati hari hari dan peristiwa bersejarah dalam sejarah pembangunan Islam Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam bukanlah satu tanggal biasa ia merupakan tanggal yang amat berse...
Salam Maulidur Rasul 1444h

Salam Maulidur Rasul 1444h

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum wbtPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISRasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata Saya bertanya kepada Aisyah Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya Aisyah berk...
Sumbangan Buku Dan Mainan Sempena Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2022

Sumbangan Buku Dan Mainan Sempena Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum wbt shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Cinta Dan Rindu Rasullullah S A W Di Dalam Program Menarik Maulidur Rasul Tv Alhijrah

Cinta Dan Rindu Rasullullah S A W Di Dalam Program Menarik Maulidur Rasul Tv Alhijrah

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 202 hits
Umat Islam seantero dunia akan meraikan hari keputeraan Nabi akhir zaman Muhammad S A W pada 12 Rabiulawal 1444H bersamaan 8 Oktober 2022 akan datang Kecintaan dan ketaatan kepada Rasullullah adalah tuntutan agama dah harus dieksperesikan b...
Ucapan Pantun Dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022

Ucapan Pantun Dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 445 hits
Tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia Sambutan Maulidur ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024