Salam Maulidur Rasul 2022 Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444h Dan Bacaan Selawat Nabi Muhammad Saw


Salam Maulidur Rasul 2022 1444H. Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Tarikh cuti Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia jatuh pada tarikh berikut:
8 Oktober 2022 (Sabtu)9 Oktober 2022 (Ahad) (12 Rabiulawal 1443H)10 Oktober 2022 (Isnin) Cuti ganti 
Sempena Maulidur Rasul 2022 negeri yang cuti hari Ahad adalah semua negeri. Cuti Hari Isnin pula semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu


TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 / 1444H12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi

Kedatangan Nabi Muhammad adalah rahmat terbesar dan anugerah teragung sebagai utusan Allah untuk menghentikan segala kerosakan (penyembahan berhala, penzinaan,mabuk, berjudi, merompak, membunuh dan lain lain) dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik. 
Sambutan Maulidur Rasul 2022Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mengingati Rasulullah SAW. 
Sambutan Maulidur Rasul 1444H tahun 2022 peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada hari Ahad, 9 Oktober 2022.

Siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul 2022 akan bersiaran melalui saluran televisyen dan radio RTM

Lazimnya pada hari sambutan Maulidur Rasul akan ada acara perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program majlis ilmu, forum perdana dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa

Tema Maulidur Rasul 2022Sambutan Maulidur Rasul 1444H tahun 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”

Senarai Tema Sambutan Maulidur Rasul dari 2001-2022Tema Sambutan Maulidur Rasul 1423H / 2001 : Perpaduan Pemangkin Pemangunan UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1424H / 2002 : Perpaduan Pemangkin UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1425H / 2003 : Bersama Hayati Keindahan IslamTema Sambutan Maulidur Rasul 1426H / 2004 : Kedatangan Muhamad Rasulullah Membawa Rahmat Kepada AlamTema Sambutan Maulidur Rasul 1427H / 2005 : Negara Maju Matlamat KitaTema Sambutan Maulidur Rasul 1428H / 2006 : Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1429H / 2007 : Insan Cemerlang Insan TerbilangTema Sambutan Maulidur Rasul 1430H / 2008 : Insan Cemerlang Insan TerbilangTema Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2009 : Wahdah Pemangkin Khaira UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2010 : Memantap Ukhuwah Memperkasa UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2011 : Satu Malaysia Satu UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2013 : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2014 : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015 : Perpaduan Nadi Transformasi NegaraTema Sambutan Maulidur Rasul 1438H / 2016 : Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan UmmahTema Sambutan Maulidur Rasul 1439H / 2017 : Kesatuan Ummah Kesejahteraan NegaraTema Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018 : Menyantuni Umat Membawa RahmatTema Sambutan Maulidur Rasul 1441H / 2019 : Negara Rahmah Ummah SejahteraTema Sambutan Maulidur Rasul 1442H / 2020 : Ummah Rabbani, Negara HarmoniTema Sambutan Maulidur Rasul 1443H / 2021 : Manhaj Rabbani Ummah BerkualitiTema Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022 : Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
Bersempena sambutan Maulidur Rasul 2022, Marilah kita ambil peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 
Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. 
Jom berselawat! Bukan hanya sempena maulidur rasul tapi jadikan amalan untuk hari-hari biasa juga.

Selawat Maulidur Rasul jawi dan rumi serta maksudnyaصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagiصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Nabi Salamun ‘Alaika
َWahai Nabi salam atasmuيَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Rasul Salamun ‘Alaika
َWahai Rasul, salam atasmuيَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Habibu Salamun ‘Alaika
َWahai kekasih, salam atasmuصَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Solawatullah ‘Alaika
َSelawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Ashraqol badru ‘alaina
Bulan purnama menyinari kitaفَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Fakhtafat minhul buduuru
ُHilang segala cahayaمِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Misla husnika maa roainaa
Indah menawan tak pernah dilihatقَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Qotthu ya wajhas-sururi
Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Anta syamsun anta badru
ٌKaulah matahari, kaulah bulanأَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Anta nuurun fauqa nuuri
Kaulah cahaya mengatasi cahayaأَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Anta iksiirun wargholii
Kaulah rahsia hidup muliaأَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Anta misbaahus-suduuri
Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Ya Habibi Ya Muhammad
Wahai kekasihku, ya Muhammadيَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Ya ‘Arusal khofi qoini
Wahai pendamping indah sejagatيَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
Ya Muayyadu ya mumajjad
Wahai Nabi dijulang dipujaيَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Ya imamal Qiblataini
Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Man ra’A wajhaka yas’ad
Bahagialah orang memandang wajahmuيَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Ya Karimal walidaini
ِWahai penghulu keturunan muliaحَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Haudukas-sofil mubarrad
Kolam airmu sejuk jernihوِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Wirdunaa yauman-nusyurii
Kunjungi kami pada hari akhirat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
‘Alimussirri wa ahfaa
Allah mengetahui rahsia sulitمُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Mustajibud-da ‘awati
Dialah menyahut semua seruanرَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Robbi irhamna jamii’a
Wahai Tuhan Rahmatilah kamiبِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Bijami’is-solihati
Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Wasolatullah ‘ala ahmad
Selawat Allah ke atas Muhammadعَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
'Adda tahriris-suthuri
Sebanyak baris kertas ditulisأَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmadul hadii Muhammad
Ahmad Muhammad petunjuk jalanصَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Sohibul wajhil muniri
Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagiصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala Muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammadصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi
BIODATA RASULULLAH SAWNama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin HashimTarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. 
USIA 6 TAHUNIbunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). 
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. 
USIA 8 TAHUN Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. 
USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah

USIA 25 TAHUNBermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. 
USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. 
USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
 USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. 
USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi


Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.

Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.Tiada percampuran lelaki dan perempuan.Menutup aurat.Tiada unsur maksiat.Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/10/salam-maulidur-rasul-2022-tema-sambutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Tema Sambutan Maulidur Rasul 2001 Hingga 2022

Koleksi Tema Sambutan Maulidur Rasul 2001 Hingga 2022

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 298 hits
Sebagai umat Islam wajib untuk kita mengetahui dan mengingati hari hari dan peristiwa bersejarah dalam sejarah pembangunan Islam Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam bukanlah satu tanggal biasa ia merupakan tanggal yang amat berse...
Tema Maulidur Rasul 2022 1444h Peringkat Kebangsaan

Tema Maulidur Rasul 2022 1444h Peringkat Kebangsaan

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 425 hits
TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 1444H Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperi...
Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1444h Bersamaan 2022m Di Wtckl

Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1444h Bersamaan 2022m Di Wtckl

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 294 hits
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H BERSAMAAN 2022M DI WTCKL Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahu...
Banyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw

Banyakkan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 329 hits
Selawat Untuk Nabi SAW Selawat Selawat Bagaimana Mencintai Rasulullah 1 Sempena hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad mari zahirkan bukti kecintaan kita terhadap Rasulullah secara praktikal 2 Sebahagian ulama meletakkan beberapa pand...
Ucapan Pantun Dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022

Ucapan Pantun Dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 541 hits
Tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia Sambutan Maulidur ...
Salam Maulidur Rasul 1444h

Salam Maulidur Rasul 1444h

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum wbtPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISRasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata Saya bertanya kepada Aisyah Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya Aisyah berk...
Salam Maulidur Rasul 1444h 2022m

Salam Maulidur Rasul 1444h 2022m

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 177 hits
Salam Maulidur Rasul 1444H 2022M Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogofthed...
Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 204 hits
Sebagai umat Islam wajib untuk kita mengetahui dan mengingati hari hari dan peristiwa bersejarah dalam sejarah pembangunan Islam Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam bukanlah satu tanggal biasa ia merupakan tanggal yang amat berse...
Maulidur Rasul Celebrated With Parades Selawat Events Nationwide

Maulidur Rasul Celebrated With Parades Selawat Events Nationwide

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 177 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah and Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob together with award recepients pose for ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game