Cinta Dan Rindu Rasullullah S A W Di Dalam Program Menarik Maulidur Rasul Tv Alhijrah


Umat Islam seantero dunia akan meraikan hari keputeraan Nabi akhir zaman, Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 1444H bersamaan 8 Oktober 2022 akan datang. Kecintaan dan ketaatan kepada Rasullullah adalah tuntutan agama dah harus dieksperesikan berlandaskan syariat Islam



Tidak mahu ketinggalan di dalam usaha mendapatkan syafaat Baginda Rasullullah S.A.W, TV AlHijrah akan meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan menggunapakai tema Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. 
Menerusi tema ini, TV AlHijrah beriltizam untuk bersama-sama Keluarga Malaysia mencintai serta memperingati tentang nilai murni, pengajaran serta dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sepanjang kerasulan Baginda



Oleh yang demikian, sepuluh program utama akan ditayangkan bersempena sambutan istimewa ini. Program-program tersebut adalah Gema Haflah, Majlis Konvokesyen Khatam My #QuranTime, Hijrah Berselawat, Assalamualaikum Khas, Telefilem Sadaqallahul’azim, Jalinan Kasih, Dakwah Live Istimewa Maulidur Rasul, Akademi Daie Muda YADIM, Peristiwa Maulid, Studio AlHijrah dan Telefilem Sadaqallahul’azim

Gema Haflah akan memulakan siaran pada Jumaat, 7 Oktober 2022, jam 9 malam dengan menampilkan barisan selebriti jemputan seperti Dato’ Nash, Lufya Omar, Mawi dan Hazwani Helmi. Kesemua mereka akan mengalunkan bacaan surah-surah pilihan seperti surah Al-Kauthar, Al-Mulk, Ar-Rahman, Quraish, Al-Maaun, Al-Fiil, Al-Baqarah dan Surah An-Nas dengan variasi maqam tarannum seperti Bayati, Nahawand, Hijaz, Jiharkah dan Soba

Penggemar rancangan ladang ilmu My #QuranTime akan diraikan dengan Majlis Siaran Langsung Konvokesyen Khatam Tadabbur dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu, 8 Oktober 2022, jam 11.30 pagi. Majlis ini adalah kemuncak kepada sesi tadabbur 604 helaian Al-Quran yang telah bermula di TV AlHijrah semenjak tahun 2020



Seterusnya, TV AlHijrah akan menyiarkan rancangan baru berjudul Jalinan Kasih pada jam 8.30 malam. Sepanjang dua episod siaran rancangan ini pada 8 dan 9 Oktober, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad akan turun padang menyantuni, beramah mesra serta melakukan aktiviti kerohanian bersama penghuni Penjara Kajang. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memberikan sokongan moral serta galakan untuk memperbaiki diri di masa hadapan

Sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad diteruskan dengan rancangan Hijrah Berselawat pada jam 9 malam. Hijrah Berselawat membawakan qasidah-qasidah menarik terutamanya Humko Bulana serta Isyfaq Lana yang dilantunkan oleh Inteam, Faizal Tahir, Zaf VE, Pot Amir dan Mirwana. Penampilan istimewa, Ustaz Don Daniyal pula akan memberikan tausiyah mengenai sirah-sirah kehidupan Baginda Rasulullah



Pada 9 Oktober, pagi Ahad penonton akan bermula seawal jam 7 pagi dengan rancangan Assalamualaikum Khas bersama Ustazah Muzayyanah Abdullah dan Ustaz Shamsul Hakim. Rancangan bual bicara pagi ini akan berkongsi kisah kepimpinan Rasulullah S.A.W sebagai panduan kehidupan seharian. 
Meneruskan siaran, telefilem Sadaqallahul’azim pula disiarkan pada jam 9 malam. Telefilem yang membariskan barisan pelakon terbaik tanah air seperti Ungku Hariz, Husna Mustaffa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad dan Ezlynn Arifin berkisar tentang Solihin, seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan. Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa-apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al-Quran. Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntunan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas



Dakwah Live akan disiarkan pada Rabu, 12 Oktober, jam 9 malam. Penonton akan bersama-sama Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, Wasiril Aswad serta panel jemputan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari bagi mengupas topik Rasulullah Aku Rindu. Perbincangan ilmiah ini pastinya akan menambah rasa cinta dan rindu buat Baginda

Malam Khamis penonton akan diserikan dengan sebuah rancangan terbaik untuk tontonan seisi keluarga iaitu Akademi Daie Muda YADIM. Disiarkan bermula 13 Oktober, jam 9 malam, rancangan ini bermatlamat melahirkan ikon yang mampu menjadi tonggak tauladan buat masyarakat. Saksikan 28 orang peserta yang akan berentap secara sehat dalam merebut gelaran Daie Muda YADIM musim keempat



Pada Sabtu, 15 Oktober, jam 9 malam, Peristiwa Maulid akan disiarkan. Rancangan ini berkonsepkan teater, nyanyian, qasidah dan penceritaan. Program ini akan menceritakan mengenai peristiwa kelahiran Nabi Muhamammad S.A.W sehingga peristiwa kewafatan Baginda. Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi akan menjadi pentausiyah di samping penglibatan artis-artis tanah air seperti, Lah Ahmad, Daqmi, Hafiz Hamidun, Lan Solo dan lain-lain

Bagi menutup tirai kempen Maulidur Rasul di TV AlHijrah, Studio Hijrah akan disiarkan pada 17 Oktober, Isnin, jam 8.30 malam. Studio Hijrah merupakan sebuah program hiburan islamik yang memaparkan lagu-lagu ketuhanan di Malaysia dengan  genre pelbagai seperti rap, balada, pop, rock dan lain lain. Nyanyian akan disampaikan secara akustik agar lontaran dakwah dapat dibuat dengan lebih berkesan



Siaran kesemua rancangan istimewa Maulidur Rasul di TV AlHijrah sudah semestinya mampu membantu penonton menghayati hari kelahiran Baginda S.A.W dengan lebih bermakna. Jadi, ayuh sama-sama baja rasa cinta buat Rasulullah di TV AlHijrah










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2022/10/cinta-dan-rindu-rasullullah-saw-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1444h Bersamaan 2022m Di Wtckl

Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1444h Bersamaan 2022m Di Wtckl

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 247 hits
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H BERSAMAAN 2022M DI WTCKL Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahu...
Salam Maulidur Rasul 1444h 2022m

Salam Maulidur Rasul 1444h 2022m

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 151 hits
Salam Maulidur Rasul 1444H 2022M Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogofthed...
Pm Extends Maulidur Rasul Greetings

Pm Extends Maulidur Rasul Greetings

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 166 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has wished all Muslims a happy Maulidur Rasul celebration Pic credit Facebook Ismail Sabri YaakobKUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has wished all Muslims a happy Maulidu...
Ucapan Pantun Dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022

Ucapan Pantun Dan Poster Salam Maulidur Rasul 2022

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 476 hits
Tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi Hari Maulidur Rasul 2022 cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia Sambutan Maulidur ...
Salam Maulidur Rasul 1444h

Salam Maulidur Rasul 1444h

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum wbtPERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISRasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata Saya bertanya kepada Aisyah Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya Aisyah berk...
Aktif Sertai Misi Kemanusiaan Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul

Aktif Sertai Misi Kemanusiaan Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 152 hits
Selebriti Mizz Nina sememangnya sinonim dengan aktiviti sukarelewan kerana sering berkongsi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya terutama menjalankan misi di negara bergolak seperti Syria Terbaharu Mizz Nina atau nama sebenarnya...
Maulidur Rasul 2022

Maulidur Rasul 2022

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 171 hits
SKAB BERSELAWATPaparan selanjutnya menyusul
Maulidur Rasul Celebrated With Parades Selawat Events Nationwide

Maulidur Rasul Celebrated With Parades Selawat Events Nationwide

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 141 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah and Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob together with award recepients pose for ...
Besarkan Anak Angkat Islam Chee Dikurnia Anugerah Maulidur Rasul

Besarkan Anak Angkat Islam Chee Dikurnia Anugerah Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR 9 Okt Jasa Chee Hoi Lan membesarkan anak angkat beragama Islam membolehkan pesara guru tadika itu dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah 2022 Masihi sekali gus mendapat gelaran Ikon Ibu Sejati Kelu...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024

Maszsz Legal Bb 12 Sz Zal Kkal Kell Emelni A Legkisebb B Reket