Tema Maulidur Rasul 2022 1444h Peringkat Kebangsaan
TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 / 1444H
Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.
Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.
Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.
Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.
Tema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
Bagi tahun 1444H ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 9 Oktober 2022 (Ahad).
Siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.
Tema bagi sambutan kali ini adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Sumber: JAKIM
Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2022 Di Malaysia
CUTI MAULIDURRASUL 2022 jatuh pada tarikh berikut:
8/10/2022 – SABTU
9/10/2022 – AHAD (12 Rabiulawal 1443H)
10/10/2022 – ISNIN (Cuti Ganti)
Untuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.
Sila rujuk kalendar penuh: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2022
Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.Tiada percampuran lelaki dan perempuan.Menutup aurat.Tiada unsur maksiat.Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tema-maulidur-rasul/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tema-maulidur-rasul