Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban


Sambut Hari Raya AidilAdha 2022, Pengalaman Ibadah Korban Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji / Korban pada tarikh 10 Julai 2022 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah. 
Walaupun dah terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua pembaca blog terutama yang beragama Islam. Teruja nak tahu cerita Raya Haji anda. Berapa lama tersangkut dalam kesesakan jalan raya untuk pulang ke kampung?
Kami sepuluh beradik pulang ke kampung sambut raya bersama. Raya pertama kami sambut ala kadar dan tiada sesi ambil gambar pun. Cuma petang tu sempat ke rumah terbuka rumah jiran sebelah.
Malam raya tu kami buat majlis bacaan Yasin dan juga tahlil ringkas. Tak jemput orang luar pun, anak cucu meramaikan majlis. 





Pengalaman Ibadah Korban AidilAdha 2022, Dua Ekor Lembu Tahun ni cukup bermakna buat keluarga kami sebab emak terlibat dengan ibadah korban. Emak niatkan dua ekor lembu, 14 bahagian untuk kami sepuluh beradik dan anak saudara. 
Urusan ibadah korban berjalan sangat lancar. Bermula dengan pencarian lembu, proses sembelihan dan melapah serta pengagihan daging korban kepada yang berhak. 
Sebelum ni emak berhajat nak buat korban tetapi terhalang disebabkan PKP. Akhirnya rezeki tahun ni sebanyak dua ekor lembu berjaya ditumbangkan. 
| Raya Haji PKP |
Awal-awal lagi emak dah pesan supaya semua anak, menantu dan cucu untuk turun bergotong royong. Jadi pada hari lembu disembelih kami ramai-ramai berganding bahu selesaikan segalanya. 





Disebabkan ramai yang menunaikan ibadah korban tahun ini di kampung jadi giliran kami jatuh pada hari raya kedua. Tenaga kerja juga amat terhad jadi sebab tu kami kena buat sendiri. 
Apa yang berlaku pada Hari Raya Haji kedua ialah awal pagi tu kami ramai-ramai ke kandang menyaksikan lembu disembelih. 
Setelah selesai urusan sembelihan, lembu yang siap dilapah kulit, dipotong kepada beberapa bahagian kemudian diserahkan kepada tuan rumah untuk proses seterusnya. 
Pengalaman yang amat berharga sepanjang aku hidup ini pertama kali aku turut serta. Dapat lihat sendiri depan mata proses melapah daging, memotong tulang dan paling teruja ialah proses mencuci bahagian organ. 
Waktu arwah abah masih hidup, beliau lah yang bertanggungjawab cuci organ seperti usus dan perut lembu. Arwah pernah tunjuk cara-cara bersihkan usus lembu tapi lama sangat dah kejadian tu. kami dah lupa. 
Bagi aku hanya mereka yang kental sahaja mampu buat sebab kena tahan bau semerbak. Aku? menjadi antara yang terpilih, sebab aku teringin nak makan kena la cuci. Ajak juga adik dan anak saudara turut serta. Mana boleh sengsara sorang diri. 


Cara Pembahagian Daging Korban Paling AfdhalIkut timbangan sebanyak 158kilogram daging berjaya diagihkan. Tidak termasuk organ dalaman dan tulang. Selesai urusan melapah dan pengagihan daging, waktu siang tu diteruskan lagi dengan acara memasak. 
Cara pembahagian daging korban paling afdhal menurut pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ialah: 
Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.
Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). 
Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.
Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat.
"Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)"






Cubaan Makan Otak LembuBukan setakat itu sahaja, pertama kali juga aku mencuba telur lembu dan Otak Lembu Masak Tempoyak. Segala persiapan dilakukan oleh kakak aku nombor dua. Rasa rugi pula kalau tak cuba. 
Rasa otak tu unik, macam rasa tauhu lembut pun ada. Berjaya makan cebisan kecil sahaja. Telur lembu tu pula rasa dan tekstur dia seakan-akan mempedal ayam. 
Bila masuk dalam mulut jangan banyak fikir, kunyah dan telan sahaja. Kalau tak memang akan muntah la jawabnya. Berbeza dengan suami memang tidak akan di sentuhnya makanan eksotik. 
Para ibu sediakan bahan dan masak manakala kaum bapa pula uruskan dapur kayu api dan selesaikan bahagian merebus tulang. Siap semua kami makan ramai-ramai bawah pokok rambutan. 





Memang mengimbau kenangan waktu kecil. Walaupun badan penat tapi rasa sangat gembira. Orang paling gembiranya semestinya ialah emak. Semoga dimurahkan rezeki supaya kami dapat laksanakan ibadah korban di masa hadapan. 
Bersyukur sambutan Hari Raya AidilAdha 2022 kami meriah walaupun disambut secara sederhana. Peluang merasai pengalaman menjalankan Ibadah Korban adalah antara kenangan yang pasti kami tak akan lupakan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/07/sambut-hari-raya-aidiladha-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 478 hits
hai assalammualaikumHari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Buat Korban Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban Alhamdulilla...
Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 284 hits
Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban Tarikh Hari Raya Haji Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumk...
Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 306 hits
Hari Raya Haji di sambut selama empat hari bermula dari hari ke 10 bulan Zulhijjah sudah pun masuk hari ke empat Di Johor cuti sekolah Hari Raya Aidiladha 2022 sampai Isnin di beberapa negeri lain cuti sampai Selasa Agak lambat nak cerita k...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 534 hits
Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan sanak saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platfor...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda Keluarga

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha Baru berkesempatan nak buat entry sibuk sangat SA dari semalam uruskan mak yg x sihat masak juadah raya sikit x buat banyak asal ada je mulanya ingat x nak buat pape tp last minit adik adik peremp...
1 9 Million Vehicles Expected To Use Nse During Hari Raya Aidiladha Festive Period

1 9 Million Vehicles Expected To Use Nse During Hari Raya Aidiladha Festive Period

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 220 hits
Estimated 1 9 million vehicles are expected to travel via the North South Expressway throughout the Hari Raya Aidiladha period until July 12 BERNAMA PICKUALA LUMPUR Starting tomorrow some 1 9 million vehicles are expected to travel via the ...
Takbir Raya Haji 2022 Waktu Panduan Lafaz Takbir Aidiladha

Takbir Raya Haji 2022 Waktu Panduan Lafaz Takbir Aidiladha

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 443 hits
TAKBIR RAYA HAJI 2022 TAKBIR MUTLAQ DAN MUQAYYAD KETIKA AIDILADHA Takbir mutlak di sunnahkan di awal bulan Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik Antara sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah memperbanyakkan takbir Anta...
Sederhana Apa Adanya Ini Ootd 10 Selebriti Kita Dengan Yang Tersayang Di Hari Raya Haji 2022

Sederhana Apa Adanya Ini Ootd 10 Selebriti Kita Dengan Yang Tersayang Di Hari Raya Haji 2022

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 311 hits
Sambutan Hari Raya Haji tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A S ramai d...
Ibadah Korban Utamakan Dahulu Keluarga Kita Sebelum Ke Luar Negara Getaran 14 07 2022

Ibadah Korban Utamakan Dahulu Keluarga Kita Sebelum Ke Luar Negara Getaran 14 07 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Umat Islam negara ini dinasihatkan supaya lebih mengutamakan ibadah korban di tanah air sendiri susulan peningkatan jumlah golongan memerlukan Pengerusi Majlis Dakwah Negara Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata Isl...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii