Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang
hai assalammualaikum
Hari Raya Aidiladha 2022, Gotong Royong Buat Korban - Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , kita menyambut Hari Raya Aidiladha, atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban. Alhamdulillah, kita dapat sambut dengan penuh barakah bersama-sama. Selamat Hari Raya Aidiladha nad ucapkan kepada selurun umat Islam. Baru sempat nak cerita pasal Aidiladha, almaklumla, bila raya ni, memang malas nak hadap laptop. Tahun ni, mak, ayah dan adik buat korban, kongsi dengan adik beradik belah mak yang lain
Macam biasa lauk Hari Raya Korban sama sahaja macam lauk Hari Raya Aidilfitri, lontong, ayam kicap, sayur lodeh dan kuah kacang. Takda lauk ni tak lengkap ye. Nad balik Sabtu malam, nad dapat cuti pun sampai hari Isnin 11 Julai 2022 je. Hari Selasa dah kena balik sebab anak sekolah. Setengah tempat masih cuti lagi, seronok la depa
Hari Raya Aidiladha 2022, Gotong Royong Buat Korban
Aktiviti gotong royong korban dijalankan dua hari, hari Ahad dekat Surau Darul Amin Jalan Paip, satu lagi hari Isnin dekat rumah saudara jual Kerepek Jalan Paip. Biasalah korban, banyakla orang buat kan, jadi ambik masalah 2 hari. Hari Isnin tu, nad tolong sebab mak, ayah dan adik buat korban. Korban ni belah mak punya adik beradik. Jadi sama-sama kami datang tolong
Hari Isnin tu, sebanyak 9 ekor lembu tumbang untuk dikorbankan. Majlis bermula seawal 8 pagi. Mula subuh tu hujan, fikir juga janganla lebat dan lama hujan, kalau tak susah nak buat korban. alhamdulillah, hujan sekejap je, dalam pukul 8 macam tu renyai-renyai dna berhenti. Semua aktiviti korban dapat dibuat. Mak, adik, ayah dapatla tengok lembu diaorang dikorbankan
Nad pun dapat tengok juga lembu dikorbankan. Tengok dekat-dekat ye..hehe. Yang tukang sembelih sepupu nad. Mula takut juga, kotla lembu tu mengganas ke, tapi alhamdulillah, semua lembu baik je
Selesai korban, aktiviti menyiat kulit dan daging lembu tu. Semestinya tugas tu diberikan kepada orang lelaki..hahhaa. Yela lembu tu kan berat, lepas tu kene siat kulit dulu. Segala tulang temulang pun orang laki buat. Siap ada mesin ya
Kami perempuan duduk bahagian daging lembu yang dah siap dipotong kecil untuk ditimbang.
Pertama kali nad join buat aktiviti timbang daging ni. mestilah ada yang pakar dalam kalangan kitaorang tu. Timbang dalam 1 KG, dah cukup boleh masukkan dalam plastik.
Daging yang dah siap dibungkus ni akan diagih-agihkan
Nad dah bau lembu dah..hahaa. Tapi ni la best moment Hari Raya Aidiladha 2022
Alhamdulillah semua selesai cepat sebab ramai yang datang. Masing-masing punya keluarga yang buat korban
Kat bahagian dapur, mestilah mak-mak yang memasak..hehehe.
Siap semua, tunggu makanan tengahari masak. Dah siap dihidang terus makan..hahaa. Lapar weii. Pagi tak sempat sarapan walaupun disediakan, sebab dah terduduk terus ke tempat agihkan daging tu. Tu tak berganjak sampai selesai
Habis je semua, terus balik, mandi, solat, lepas tu tidur..hahahhaa. Buat tugasan agihkan daging pun penat tau...hahaa Tapi best
Dapatla banyak daging untuk dibawa balik, bolehla masak macam-macam resepi..gitu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/07/hari-raya-aidiladha-2022-gotong-royong.html