Hari Raya Aidiladha 2022


Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Tarikh Hari Raya Haji/ Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)
Cuti hari raya haji 2022 merupakan cuti umum dan cuti sampai hari Selasa 12 Julai 2022 untuk beberapa negeri. Bila cuti hujung minggu agak panjang ditambah cuti raya, dapatlah bercuti lama sikit di kampung. Wish awai tak kalut. Raya pun kalut macam panic raya Aidilfitri haritu.



Indah langit kerana awan
Indah laut kerana birunya
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana PENGORBANAN
Aidiladha, nilai sebenar sebuah PENGORBANANHari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji sempena ibadah haji yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan di tanah suci Mekah.
Hari Raya Aidiladha salah satu perayaan yang istimewa disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, dan solat sunat Aidiladha apabila menjelang pagi serta disusuli khutbah Aidiladha

Tarikh 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu di padang Arafah, di luar kota Mekah.

Kebiasaanya, sambutan seterusnya diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada bermula 10 hingga hari siang 13 Zulhijjah.

Erti pengorbanan hari raya aidiladhaDari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah SWT, manakala dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, ibadah korban yang dikerjakan pula adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S kerana ketaatannya terhadap perintah Allah SWT di mana Nabi Ibrahim telah bermimpi yang melalui mimpinya Allah SWT telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail.

Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail. 
Siti Hajar berkata, 
Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.
Setelah mendengar kata-kata dari ibunya, Nabi Ismail berkata kepada bapanya,
Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Nabi Ismail untuk disembelih. 
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuatkan orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri.

Walau apa pun tuduhan terhadapnya, Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya 
Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelingkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.
Justeru, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai manusia, Nabi Ibrahim pun menggeletar sambil membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan perintah dari Allah SWT.

Kelebihan Hari Raya AidiladhaSusulan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha, umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan selain masyarakat setempat.

Umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban dengan niat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan demi kelangsungan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang besar dan amat sukar dizahirkan.

Ibadah haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia pula seperti, apabila seorang suami berkorban jiwa dan raganya demi mencari rezeki dan membimbing keluarganya.

Juga tidak terkecuali pengorbanan seorang isteri itu terhadap suami dan anak-anak dengan usaha memastikan setiap keperluan dan pengurusan rumahtangga teratur agar kebahagian terus dikecapi keluarganya.

Bagi seorang ibu pula, berjaga semalaman kerana prihatin terhadap keperluan anak yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali bagi ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Biar pun kelihatan kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Dalam aspek kemasyarakatan, mereka yang bersikap ringan tulang dengan saling bantu membantu bukan sahaja akan mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain, malah kesanggupan berkorban dalam banyak hal pula mampu mewujudkan suasana sejahtera di dalam sesebuah komuniti masyarakat.

Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam lebih kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari terus mempengaruhi masyarakat

Namun pengorbanan itu haruslah dengan setinggi-tinggi keikhlasan kerana Allah SWT iaitu demi mendapat keredhaan Allah, bukan dengan tujuan bermegah-megah demi kepentingan sendiri. Juga harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan.

Sambutan Hari Raya AidiladhaPada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam akan menunaikan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Kebiasaanya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban

Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, Acara korban akan dimulakan

Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Semoga Aidiladha kali ini memberi sejuta makna buat seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban.

sumber : www.umt.edu.my | www.airtimes.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/07/hari-raya-aidiladha-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 298 hits
Hari Raya Haji di sambut selama empat hari bermula dari hari ke 10 bulan Zulhijjah sudah pun masuk hari ke empat Di Johor cuti sekolah Hari Raya Aidiladha 2022 sampai Isnin di beberapa negeri lain cuti sampai Selasa Agak lambat nak cerita k...
Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 469 hits
hai assalammualaikumHari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Buat Korban Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban Alhamdulilla...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 519 hits
Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan sanak saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platfor...
Hari Raya Aidil Adha 2022

Hari Raya Aidil Adha 2022

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 296 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Hari Raya Aidil Adha 2022 Indah Aidil Fitri kerana kemaafan indah Aidil Adha kerana pengorbanan gittewww Hari raya Aidil Adha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah k...
Sederhana Apa Adanya Ini Ootd 10 Selebriti Kita Dengan Yang Tersayang Di Hari Raya Haji 2022

Sederhana Apa Adanya Ini Ootd 10 Selebriti Kita Dengan Yang Tersayang Di Hari Raya Haji 2022

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 304 hits
Sambutan Hari Raya Haji tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A S ramai d...
1 9 Million Vehicles Expected To Use Nse During Hari Raya Aidiladha Festive Period

1 9 Million Vehicles Expected To Use Nse During Hari Raya Aidiladha Festive Period

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 216 hits
Estimated 1 9 million vehicles are expected to travel via the North South Expressway throughout the Hari Raya Aidiladha period until July 12 BERNAMA PICKUALA LUMPUR Starting tomorrow some 1 9 million vehicles are expected to travel via the ...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda Keluarga

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Suriaamanda Keluarga

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidiladha Baru berkesempatan nak buat entry sibuk sangat SA dari semalam uruskan mak yg x sihat masak juadah raya sikit x buat banyak asal ada je mulanya ingat x nak buat pape tp last minit adik adik peremp...
Catatan Hari Raya Aidiladha 1443h 2022m

Catatan Hari Raya Aidiladha 1443h 2022m

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 270 hits
Terasa lama tak mencatat kisah di blog sibuk ke sana ke sini balik kampung di Johor dan menjenguk rumah sendiri di NS Perjalanan saya dan encik suami balik ke kampung bermula pada hari Khamis lalu kebetulan di PP cuti umum sempena George To...
Takbir Raya Haji 2022 Waktu Panduan Lafaz Takbir Aidiladha

Takbir Raya Haji 2022 Waktu Panduan Lafaz Takbir Aidiladha

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 427 hits
TAKBIR RAYA HAJI 2022 TAKBIR MUTLAQ DAN MUQAYYAD KETIKA AIDILADHA Takbir mutlak di sunnahkan di awal bulan Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik Antara sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah memperbanyakkan takbir Anta...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det