Takbir Raya Haji 2022 Waktu Panduan Lafaz Takbir Aidiladha


TAKBIR RAYA HAJI 2022: TAKBIR MUTLAQ DAN MUQAYYAD KETIKA AIDILADHA
Takbir mutlak di sunnahkan di awal bulan Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik.
الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله
أكبر الله، أكبر ولله الحمد.
Antara sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah memperbanyakkan takbir.
Antara lafaz takbir yang dianjurkan adalah :
الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله أكبر الله، أكبر ولله الحمد.
Sepertimana yang pernah dilafazkan oleh para sahabat, atau yang masyhur dengan panggilan ‘takbir raya’ dalam kalangan kita.
Perbezaan Takbir Raya Aidilfitri & Aidiladha Takbir pada bulan Zulhijjah terbahagi kepada dua. Takbir MUTLAQ dan MUQAYYAD.
Takbir MUTLAQ adalah takbir yang tidak terikat dengan apa-apa waktu dan tempat. Maka disunatkan untuk kita bertakbir dengan bermulanya Zulhijjah sehingga selesai hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ini adalah berdasarkan kenyataan Al-Bukhari Rahimahullah di dalam kitab Sahihnya :
أن ابن عمر، وأبا هريرة كانا يخرجان إلى السوق في أيام العشر يكبران، ويكبر الناس بتكبيرهما
“Bahawasanya Ibn Umar dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhuma keluar ke kawasan pasar pada 10 hari pertama Zulhijjah dan melaungkan takbir, lalu orang ramai melaungkan takbir seperti mereka berdua”.
Adapun Takbir MUQAYYAD, ia dinamakan muqayyad kerana ia terikat dengan waktu tertentu.
Maka disunatkan untuk kita bertakbir setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu bermula SUBUH hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga ASAR terakhir hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.
Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah Rahimahullah daripada ‘Ali bin Abi Thalib Radhiallahu Anhu :
أنه كان يكبر بعد صلاة الفجر يوم عرفة ، إلى صلاة العصر من آخر أيام التشريق
“Bahawasanya dia(Ali) bertakbir selepas solat Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah), sehingga solat Asar padah hari terakhir daripada hari-hari Tasyriq (13 Zulhijjah).”
Sumber: Galeri Ilmu WAKTU TAKBIR RAYA HAJI 2022 Takbir raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 9 Julai 2022 (sabtu) dan berterusan hingga ke Asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu hari Rabu, 13 Julai 2022.
Takbir Muqayyad bermaksud takbir yang dibaca setelah selesai setiap solat fardhu bermula pada hari 9 Zulhijjah dan berakhir selepas solat asar 13 Zulhijjah.
Sumber: Pejabat Mufti WP LAFAZ TAKBIR RAYA HAJI TAKBIR HARI RAYA
LAFAZ DAN HUKUM
Disunatkan bertakbir apabila tiba hari raya yakni hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Disunatkan bertakbir raya ini samada secara sendirian atau berjemaah.
DALIL DISUNATKAN TAKBIR
Firman Allah Taala :
وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Artinya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)
Firman Allah :
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ
artinya : “Dan berzikirlah kamu sekelian dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari-hari tertentu (yakni hari-hari tasyrik).” (Al-Baqarah : 203)
Maksud berzikir di sini ialah mengucapkan takbir dan talbiah pada ketika mengerjakan ibadah haji.
Telah diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. berkata :
كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏
Artinya : “Adalah kami diperintahkan keluar pada hari raya sehingga kami suruh keluar gadis-gadis yang masih dara dari rumah kediamannya dan sehingga kami suruh keluar juga wanita-wanita yang sedang haidh maka duduk mereka itu di belakang manusia. Maka mereka semua bertakbir dengan takbir orang ramai. Dan berdoa pula mereka itu dengan doa orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari raya tersebut dan kesuciannya.” (Hadith Bukhari)
Dan telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. kata beliau :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ “
Artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Hiasilah hari-hari perayaan kamu dengan bertakbir.” (Hadith At-Tabarani)
LAFAZ TAKBIR RAYA HAJI / AIDILADHA Ada beberapa lafaz takbir yang diucapkan oleh para sahabat dan salafusolih.
Antara lafaznya ialah :
اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Telah diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. adalah beliau mengucapkan :
اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Ertinya : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.” (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. mengucapkan takbir seperti berikut :
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ , اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
(Musannaf Ibnu Abi Syaibah).
Berkata Imam As-Son’ani :
وفي الشرح صفات كثيرة واستحسانات عن عدة من الأئمة ، وهو يدل على التوسعة في الأمر وإطلاق الآية يقتضي ذلك
Ertinya : “Dan tersebut pada syarah tentang takbir raya terdapat beberapa rupa yang banyak yang dikira elok di sisi imam-imam mujtahid. Dan ia menjadi dalil atas luasnya perintah bertakbir dan kemutlakan ayat menghendaki yang demikian itu.” (Kitab Subulusslam)
TAKBIR AIDILADHA YANG LEBIH PANJANG
Dan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Berkata Imam As-Syafie :
وَإِنْ زَادَ فقال : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ : فَحَسَنٌ
Ertinya : “Jikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.” (Kitab Al-Umm)
Selamat bertakbir.
Baca juga: Waktu Wukuf 2022 & Doa Hari Arafah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/takbir-raya-haji-aidiladha/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=takbir-raya-haji-aidiladha

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sederhana Apa Adanya Ini Ootd 10 Selebriti Kita Dengan Yang Tersayang Di Hari Raya Haji 2022

Sederhana Apa Adanya Ini Ootd 10 Selebriti Kita Dengan Yang Tersayang Di Hari Raya Haji 2022

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 305 hits
Sambutan Hari Raya Haji tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A S ramai d...
Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

Hari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Korban 9 Ekor Lembu Tumbang

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 469 hits
hai assalammualaikumHari Raya Aidiladha 2022 Gotong Royong Buat Korban Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah kita menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban Alhamdulilla...
Solat Sunat Aidiladha Panduan Lafaz Niat Berjemaah Sendirian

Solat Sunat Aidiladha Panduan Lafaz Niat Berjemaah Sendirian

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 389 hits
Esok inshaa Allah sama sama kita meraikan hari raya Aidil Adha Berikut dikongsikan sedikit panduan untuk kita bersama mengikuti beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan Amalan Sunnah Pagi Hari Raya Aidiladha Antara amalan sunat yang bole...
Raya Haji 2022

Raya Haji 2022

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum Salam aidil adha Pagi tadi ke pasar lenggang Maybe peniaga2 di situ baru menyambut aidil adha pada hari ini Whereas kami pulak menyambutnya semalam Sabtu 9hb Sebagai menghiburkan seisi rumah dan membangkitkan semangat raya p...
Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 519 hits
Sempena Hari Raya Aidiladha pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan sanak saudara dan pastinya orang tersayang sebagai pengganti diri Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platfor...
Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

Coretan Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 298 hits
Hari Raya Haji di sambut selama empat hari bermula dari hari ke 10 bulan Zulhijjah sudah pun masuk hari ke empat Di Johor cuti sekolah Hari Raya Aidiladha 2022 sampai Isnin di beberapa negeri lain cuti sampai Selasa Agak lambat nak cerita k...
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung Aidiladha Plus 2022

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung Aidiladha Plus 2022

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 234 hits
PLUS Malaysia Berhad mengumumkan jadual TTA di Lebuhraya Utara Selatan yang bertujuan untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan Aidiladha ini bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2022 TTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan ...
Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 278 hits
Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban Tarikh Hari Raya Haji Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumk...
Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 197 hits
Sambut Hari Raya AidilAdha 2022 Pengalaman Ibadah Korban Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji Korban pada tarikh 10 Julai 2022 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah Walaupun dah terlambat aku nak ucapkan Selama...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah