Ibadah Korban Utamakan Dahulu Keluarga Kita Sebelum Ke Luar Negara Getaran 14 07 2022


 

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini dinasihatkan supaya lebih mengutamakan ibadah korban di tanah air sendiri, susulan peningkatan jumlah golongan memerlukan.
Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, Islam mengajar umatnya untuk menjaga kaum keluarga sendiri terlebih dahulu, sebelum beralih membantu pihak lain.
"Bukan korban sahaja, di Malaysia ini orang Islam yang lapar, sangat miskin dan fakir pun 'bertimbun-timbun'.
"Yang memerlukan bantuan bertimbun-timbun tetapi kita beri tumpuan (pula) kepada negara lain. Bukan saya kata tidak boleh, tetapi utamakanlah di tempat sendiri terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kecenderungan segelintir umat Islam di negara ini melakukan ibadah korban di luar Malaysia, yang dikatakan semakin bertambah.
Senario tersebut antara lain dikatakan berpunca daripada harga seekor lembu atau kambing dan bahagian korban yang semakin mahal, berbanding di negara luar.
Kecenderungan mengerjakan korban di luar negara juga didakwa menyebabkan terdapat masjid yang kariahnya melebihi 1,000 di Malaysia hanya mendapat dua atau tiga ekor lembu, sedangkan ada masjid di Kemboja misalnya, menerima sehingga 40 lembu untuk dikorbankan.
Turut senada ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman yang berkata, keutamaan menerima daging korban hendaklah diberikan kepada individu terhampir dan memerlukan. 
Katanya, adalah lebih afdal jika jawatankuasa korban dapat memastikan tiada rakyat tempatan yang tertinggal daripada mendapatkan manfaat ibadah berkenaan. 
“Terdapat juga golongan yang mencari haiwan korban dengan harga yang lebih murah memandangkan kemampuan mereka hanya setakat itu.
"Mungkin mereka berhasil mendapat harga lebih murah di luar negara. Orang itu niatnya, keikhlasannya, tahap itu sahaja (yang) dia mampu. Kita tidak boleh nafikan niat atau kedudukan kewangan individu yang melakukan ibadah terbabit,” katanya.
Dr Ma’mor menarik perhatian, kerajaan dan pihak berwajib mungkin boleh merumuskan satu mekanisme khusus untuk meletakkan harga haiwan korban di paras berpatutan dan mampu dibeli oleh semua pihak.
"Sudah tentu ada kaedah (yang efisien). Saya kenal ada seorang saudagar lembu. Sebenarnya dia boleh memberi harga lembu yang setanding dengan harga dan saiz seperti di Kemboja," katanya.
Namun begitu tambah Dr Ma’mor, kemampuan saudagar lembu itu terhad kepada membekalkan hanya 300 lembu setahun.
“Sekiranya semua pihak boleh pelajari teknik saudagar tersebut, lebih-lebih lagi Malaysia yang mempunyai kawasan lepas dan ragut bersaiz besar, nescaya kita boleh menghasilkan lembu pada harga lebih murah,” katanya.
Dr Ma'amor juga mencadangkan sistem pawah digunakan, sebagai usaha mengurangkan kos supaya semua pihak mampu mengerjakan ibadah korban setiap tahun.
"Dalam masa sama, saya harap penternak tempatan mencari jalan bagaimana kita boleh mengurangkan kos kepada orang yang hendak mengerjakan korban," katanya.


Artikel oleh: Getaran
IBADAH KORBAN: UTAMAKAN DAHULU 'KELUARGA' KITA SEBELUM KE LUAR NEGARA

https://www.getaran.my/artikel/semasa/26947/ibadah-korban-utamakan-dahulu-keluarga-kita-sebelum-ke-luar-negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/07/ibadah-korban-utamakan-dahulu-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 225 hits
Sambut Hari Raya AidilAdha 2022 Pengalaman Ibadah Korban Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji Korban pada tarikh 10 Julai 2022 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah Walaupun dah terlambat aku nak ucapkan Selama...
Jakim Perlu Lantik Pasukan Pantau Rumah Sembelihan Luar Negara Utusan Malaysia 14 07 2022

Jakim Perlu Lantik Pasukan Pantau Rumah Sembelihan Luar Negara Utusan Malaysia 14 07 2022

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 385 hits
PETALING JAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia digesa melantik pasukan pemantau di rumah rumah di luar negara bagi mengelak insiden pelanggaran protokol sembelihan halal dan isu daging import yang diragui status halalnya Bercakap kepada Utus...
Melihat Muslim Di Sejumlah Negara Rayakan Iduladha 2022

Melihat Muslim Di Sejumlah Negara Rayakan Iduladha 2022

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 234 hits
Melihat Muslim di Sejumlah Negara Rayakan Iduladha 2022 Hari ini umat Islam di sejumlah negara telah merayakan Hari Raya Iduladha 2022 Perayaan ini menjadi momentum untuk meneladani keikhlasan dan ketakwaan Nabi Ibrahim AS
Jemputan Menghadiri Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022

Jemputan Menghadiri Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 267 hits
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan selamat sejahtera JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia akan menganjurkan Ekspo Kerjaya Jam...
Pelakon Risteena Munim Luah Syukur Ruhainies Sponsor Seisi Keluarga Lembu Korban

Pelakon Risteena Munim Luah Syukur Ruhainies Sponsor Seisi Keluarga Lembu Korban

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 222 hits
Ibadah qurban sememangnya merupakan antara yang dilakukan semasa hari raya Aidiladha Biasanya selepas solat sunat Aidiladha kariah masjid akan melakukan ibadah tersebut beramai ramai Seperti kebiasaan setiap kali tibanya Aidiladha ramai tid...
Kepakaran Yang Lebih Dihargai Di Luar Negara

Kepakaran Yang Lebih Dihargai Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 180 hits
NIK HASYUDEEN Kepakaran yang lebih dihargai di luar negara Petang tadi saya minum teh dengan Dr Haniza Yon Beliau adalah di antara pakar di dalam bidang statistik dan psaikologi yang tak ramai di dunia ini Beliau ada syarikat sendiri yang m...
15 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Persis Seperti Luar Negara

15 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Persis Seperti Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 657 hits
Tak cukup bajet untuk pergi oversea Di sini ada senarai pendek 12 lokasi seakan akan berada di overseas tapi sebenarnya hanyalah di negara kita Malaysia 1 Masjid Wilayah Persekutuan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur MalaysiaMasjid Wil...
Duka Keluarga Korban Tabur Bunga Di Lokasi Kecelakaan Maut Cibubur

Duka Keluarga Korban Tabur Bunga Di Lokasi Kecelakaan Maut Cibubur

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 205 hits
Duka Keluarga Korban Tabur Bunga di Lokasi Kecelakaan Maut Cibubur Aksi tabur bunga tersebut sebagai bentuk rasa duka cita atas meninggalnya 11 orang korban kecelakaan maut di kawasan tersebut
The Colours Of Life Korban 2022 Baling

The Colours Of Life Korban 2022 Baling

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 342 hits
The Colours of Life Korban 2022 Baling Alhamdulillah Tahun ni sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk melaksanakan ibadah korban di Baling Cuma Macam biasa Masih tak dapat bersama semasa ibadah dilaksanakan Semoga setiap pengorbanan...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berbuka Di Rumah Mertua

Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka