Saksi Uksb Taja Zahid Dan Isteri Ke Luar Negara Sambut Hari Jadi Dan Raya



Bernama
Diterbitkan: May 19, 2022 7:30 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menaja bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya

Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

“Terdapat juga beberapa bulan kami tidak membuat bayaran tetapi kami telah menggandakan bayaran pada bulan berikutnya untuk menampung bulan yang kami terlepas.

“Secara peribadi saya tidak menyimpan rekod pembayaran itu namun saya tahu David Tan (Pengurus Pentadbiran UKSB dari 2012 hingga 2018) menyimpan lejar mengenai bayaran bulanan itu yang ditunjukkannya kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15 itu mengesahkan bahawa UKSB telah menyerahkan wang tunai secara bulanan berjumlah antara SGD200,000 dan SGD520,000 kepada Ahmad Zahid dari 2014 kepada 2018 berhubung Kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Sebelum ini, saksi ketiga pendakwaan iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal imigresen Kementerian Dalam Negeri Siti Jalilah Abd Manap memberitahu mahklamah bahawa Ahmad Zahid telah melanjutkan kontrak UKSB bagi projek VLN meskipun kontrak sedia ada sah untuk tempoh tiga tahun lagi.

Menjelaskan bagaimana sumbangan itu bermula, Lee berkata Ahmad Zahid telah membayangkan bahawa dia memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan Umno.
“Wang tunai itu disediakan oleh David Tan. Setelah siap, David Tan akan memberikan sampul mengandungi wang itu dan saya akan menghantarnya. Biasanya, kami bertiga iaitu Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani - pengarah UKSB), David Tan dan saya akan pergi sendiri ke rumah Datuk Seri Zahid namun hanya seorang yang diberikan tanggungjawab menyerahkan wang itu.

Saksi itu berkata tarikh penghantaran wang itu tidak ditetapkan dan bergantung kepada keselesaan Ahmad Zahid.

Dia berkata meskipun pembayaran itu dikatakan untuk dana politik, UKSB tidak pernah memasukkannya ke akaun Umno atau diberikan resit atau perakuan bagi pembayaran tersebut.

Lee juga berkata UKSB tidak akan memberikan wang itu kepada Ahmad Zahid jika dia tidak memintanya.

Dia berkata kali pertama bertemu Ahmad Zahid ialah pada Mei 2013 di Hospital Tawakal ketika anak Presiden Umno itu kemalangan dan dirawat di situ.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung hari ini.

-Bernamamalaysiakini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/saksi-uksb-taja-zahid-dan-isteri-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi

Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 277 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 10 2022 5 44 PMMahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd bagi melaksana perkhidmatan S...
Ceria Sambut Hari Raya Di Sekolah Sebelum Maut Digilis Lori

Ceria Sambut Hari Raya Di Sekolah Sebelum Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 253 hits
Seorang murid berusia 10 tahun maut digilis lori di Jalan Kampung Baru Alma di Bukit Mertajam hari ini Foto media sosial SEBERANG PERAI Seorang kanak kanak perempuan maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
Dadih Untuk Majlis Hari Raya

Dadih Untuk Majlis Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum wbtESOK di kolej akan berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1443H 2022M Seingat Sk kali terakhir Sk dapat menyertai sambutan hari raya kolej pada tahun 2018 Tahun 2019 Sk tak dapat hadir kerana masa tu ...
Hari Wesak Sambut Dengan Falsafah Utama Berbuat Baik Sesama Insan Keluargamalaysia Pm

Hari Wesak Sambut Dengan Falsafah Utama Berbuat Baik Sesama Insan Keluargamalaysia Pm

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 186 hits
Hari Wesak Sambut Dengan Falsafah Utama Berbuat Baik Sesama Insan KeluargaMalaysia PM Sempena Hari Wesak hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan agar Keluarga Malaysia menyambutnya dengan falsafah utama iaitu be...
Mat Kelantan Tunggang Ysuku Dari Kl Balik Tumpat Demi Arw4h Bapa H1ba Pertama Kali Sambut Raya Di Pus4ra

Mat Kelantan Tunggang Ysuku Dari Kl Balik Tumpat Demi Arw4h Bapa H1ba Pertama Kali Sambut Raya Di Pus4ra

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 197 hits
KASIH ibu membawa ke syurga kasih ayah kekal selamanya Bagi Muhammad Syahmi 26 pemergian bapanya Che Mahadi Mat Roni ak1bat C0vldl9 pada Ogos tahun lalu masih lagi terasa sehingga ke hari ini Dia yang kini bekerja di Kuala Lumpur sanggup me...
Hari Raya Dan Keletihan

Hari Raya Dan Keletihan

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 373 hits
HARI RAYA DAN KELETIHAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt BUKAN hari hari lain tak letih Letih juga tapi entah kenapa biasanya hari raya rasa letihnya macam berganda ganda Lagi satu kalau boleh mala...
Menjelang Hari Raya Aidiladha Harga Lembu Untuk Korban Naik Sampai 40 Peratus

Menjelang Hari Raya Aidiladha Harga Lembu Untuk Korban Naik Sampai 40 Peratus

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 402 hits
May 24 2022 Umat Islam yang ingin menunaikan ibadah korban ternakan sempena Aidiladha tahun ini dijangka berdepan kenaikan harga di antara 35 hingga 40 peratus berikutan kos operasi yang tinggi ditanggung penternak Pengerusi Persatuan Usaha...
Jamuan Hari Raya Sambutan Hari Guru Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Sambutan Hari Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 321 hits
Jamuan Hari Raya Sambutan Hari Guru Di SekolahOrang sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaimu tentang Pak Samad meninggal dunia dalam tidur aku pula sibuk dengan persiapan jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Guru di sekolah anak Memang tak tidur...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

Kemalangan Maut Empat Beradik Bapa Tak Sangka Terima Video Terakhir Lepas Itu Terus Senyap