Kes Rasuah Zahid Hishammuddin Lulus Permohonan Uksb Kata Saksi


malaysiakini.com

Diterbitkan: May 10, 2022 5:44 PM

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melaksana perkhidmatan Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) ‘One Stop Center’ di China untuk tempoh konsesi selama tujuh tahun.

Bekas Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Djuliana Jamaludin berkata Hishammuddin telah meluluskan permohonan UKSB pada 1 Okt 2011.

“Saya telah diarahkan oleh bahagian saya (Hal Ehwal Imigresen) untuk menyediakan Kertas Pertimbangan bagi mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin berkenaan dengan permohonan UKSB untuk melaksanakan SPPV 1 Stop Center di Republik Rakyat China (China) secara ‘Private Finance Initiative (PFI)’ untuk tempoh tujuh tahun.

“Kertas pertimbangan yang bertarikh 28 Sept 2011 telah mengesyorkan beberapa cadangan tindakan kerajaan,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.

Djuliana berkata pada sekitar 2010, UKSB telah menghantar satu cadangan kepada KDN untuk menawar perkhidmatan itu di China.

“UKSB membuat cadangan tersebut melalui surat kepada menteri KDN ketika itu (iaitu) Hishamuddin bertarikh 4 Mac 2010, yang antara lainnya, menyebut ‘Visa Facilitation Services’ boleh membantu pejabat perwakilan Malaysia di China untuk menguruskan permohonan visa secara menyeluruh dan selamat tanpa mempengaruhi sebarang proses kelulusan.

“Dalam surat itu juga, UKSB mencadangkan perkhidmatan yang disediakan tidak melibatkan sebarang kos kepada Kerajaaan Malaysia kerana semua infastruktur perkhidmatan akan disediakan sepenuhnya oleh UKSB,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata di bahagian atas surat tersebut, terdapat catatan minit Hishammuddin iaitu ‘Datuk Seri KSU/ Datuk Alias sila teliti seperti yang dilakukan untuk India - yang ini untuk China’.

“Berikutan minit YB Menteri itu (Hishammuddin), cadangan UKSB itu telah diteliti dan dikaji oleh Jabatan Imigresen terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada KDN untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ketiga Siti Jalilah Abd Manap iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, KDN memberitahu mahkamah bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanjutkan kontrak UKSB bagi projek Visa Luar Negara (VLN) walaupun kontrak syarikat itu masih berbaki tiga tahun lagi.

Ahmad Zahid menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri antara 2013 dan 2018.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/kes-rasuah-zahid-hishammuddin-lulus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Keterangan Saksi Daripada Sprm

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Keterangan Saksi Daripada Sprm

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 175 hits
freemalaysiatoday com May 9 2022 4 06 PMAhmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes rasuah ...
Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

Zahid Minta Campur Tangan Kes Jenayah Lepas Mesyuarat Di Rumah Kata Muhyiddin Dalam Pembelaan Saman Zahid

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 200 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan ...
Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

Zahid Bawa Fail Kes Jenayah Minta Saya Campur Tangan Di Mahkamah Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 207 hits
Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pad...
Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Beliau Campur Tangan Dalam Prosiding Kes Mahkamahnya

Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Beliau Campur Tangan Dalam Prosiding Kes Mahkamahnya

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah Menerusi dokumen yang dif...
Witness Hishammuddin Approved Uksb To Implement Visa Service

Witness Hishammuddin Approved Uksb To Implement Visa Service

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 493 hits
The High Court today was told that former home minister Hishammuddin Hussein had granted the approval for Ultra Kirana Sdn Bhd s application to implement the Visa Application Management System 1 Stop Centre in China for a concession period ...
Kes Scorpene Mana Sprm Lhdn Masa Perancis Siasat Kes Rasuah

Kes Scorpene Mana Sprm Lhdn Masa Perancis Siasat Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 306 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan agensi agensi berkaitan ketika Perancis menyiasat dakwaan rasuah melibatkan penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia pada 2002 Bercakap d...
Umno Tiada Dna Cetus Kekacauan Kata Zahid Lupa Tarik Sokongan Jejas Kestabilan Negara

Umno Tiada Dna Cetus Kekacauan Kata Zahid Lupa Tarik Sokongan Jejas Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 268 hits
agendaily com15 5 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi b...
Zahid Saman Dr M Berhubung Dakwaan Minta Bantuan Gugur Tuduhan Rasuah

Zahid Saman Dr M Berhubung Dakwaan Minta Bantuan Gugur Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 160 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan satu lagi saman fitnah kali ini terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau meminta bantuan bekas perdana menteri itu untuk menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya Zahid mempertikaikan dak...
Zahid Belum Didapati Bersalah Masih Berhak Pimpin Umno Kata Ku Li

Zahid Belum Didapati Bersalah Masih Berhak Pimpin Umno Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 172 hits
Tengku Razaleigh Hamzah berkata selagi Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan kes mahkamah belum didapati bersalah selagi itulah beliau berhak memimpin Umno PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi berhak memegang jawatan presiden Umno selagi tida...
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep