Sabah Perlu Dana Untuk Teroka Peluang Perniagaan Di Kalimantan Kata Pakar Ekonomi


Durie Rainer FongPakar ekonomi politik Firdausi Suffian.
KOTA KINABALU: Seorang pakar ekonomi politik mencadangkan supaya Putrajaya memberikan peruntukan khas kepada Sabah bagi membantu negeri itu mengambil manfaat atas pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Pensyarah di UiTM Sabah, Firdausi Suffian memberitahu FMT bahawa negeri itu perlu membina hubungan dengan rakyat Indonesia bagi membolehkannya merebut peluang ekonomi yang muncul apabila perubahan itu berlaku.

Beliau berkata, dengan sokongan kewangan kerajaan pusat, Sabah boleh meningkatkan kewibawaannya ketika berunding dengan Indonesia.

“Jika ada sokongan kuat di belakang anda, anda boleh menunjukkan bahawa anda berkemampuan,” katanya.

“Ketua menteri boleh pergi ke sana dan berkata, ‘Lihat, kami ada rancangan ini dan kami ada dana’.”

Katanya, dana khas sedemikian juga boleh merangsang minat ahli perniagaan tempatan terhadap peluang yang tersedia di Kalimantan.

Firdausi berkata, beliau juga mahu melihat cadangan ke arah penyelesaian masalah pengangguran yang tinggi di Sabah dalam belanjawan kerajaan tahun depan.

“Kita perlu membangunkan industri hiliran dan perlu ada belanjawan khas untuk tujuan ini. Lebih banyak industri hiliran yang dibangunkan, lebih banyak pula peluang pekerjaan yang dicipta.”

Menurutnya, kira-kira 150,000 rakyat Sabah yang sihat tubuh badan yang kebanyakannya orang muda, tidak mempunyai pekerjaan dan kadar pengangguran negeri itu adalah kira-kira 15% daripada angka kebangsaan.

Beliau menggesa supaya Sabah diberikan dana untuk membangunkan perniagaan kecil dan sederhana dengan berkata, kerajaan negeri dan pusat perlu bekerja rapat untuk menggalakkan industri tertentu berkembang bagi membolehkan kadar pengangguran berkurang.

Beliau juga berkata, Sabah memerlukan dana untuk pembangunan infrastruktur yang telah diperuntukkan dalam belanjawan sebelum ini.

“Hatta selepas 56 tahun pembentukan Malaysia, kita masih bercakap tentang perkara ini,” katanya.

“Kita ada Lebuhraya Pan Borneo sekarang, tetapi kita perlukan lebih banyak lagi.”

Beliau maklum bahawa baru-baru ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Sabah akan diberikan lebih banyak dana untuk pembangunan infrastruktur.

“Kita lihat bagaimana perkembangannya,” katanya.

Katanya, pendidikan merupakan satu bidang yang sangat memerlukan infrastruktur lebih baik.

“Jika dilihat Rancangan Pendidikan Nasional, ia bercakap tentang pendigitan dan konsep Industri 4.0.

“Ini semua idea hebat, tetapi bagaimanakah matlamat itu akan tercapai sekiranya pelaksananya, iaitu sekolah dan infrastruktur berkaitan, tidak ada?

“Wujud jurang besar antara kawasan bandar dan luar bandar. Di Kota Kinabalu mungkin ada sekolah canggih dengan segala kelengkapan teknologi, tetapi di luar bandar, sekolah masih sangat daif.”

Beliau berkata, industri pelancongan juga memerlukan penambaikan infrastruktur penting supaya negeri Sabah terus mendapat manfaat daripadanya.

Firdausi juga bercakap tentang keperluan menangani isu perumahan mampu milik dengan berkata, kadar faedah istimewa yang ditawarkan kepada pembeli rumah berharga kurang RM150,000 tidak banyak membantu rakyat Sabah kerana menurut kajian Institut Penyelidikan Khazanah, rumah di negeri itu umumnya berharga kira-kira RM186,000.

“Umumnya ia tidak benar-benar membantu menangani isu kebajikan rakyat Sabah. Kita harus kaji perkara ini.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/sabah-perlu-dana-untuk-teroka-peluang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Perniagaan Dropship Untuk Anda

Peluang Perniagaan Dropship Untuk Anda

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 285 hits
Peluang Perniagaan Dropship Yang Menarik Dan Lumayan Untuk Anda Ceburi Masa Kini Anda tercari cari peluang perniagaan dropship yang menarik dan The post appeared first on
Ilmu Kira Kira Azmin Lagi Hebat Dari Pakar Ekonomi Miers

Ilmu Kira Kira Azmin Lagi Hebat Dari Pakar Ekonomi Miers

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 373 hits
SELEPAS ditegur oleh Dato Seri Najib kelmarin berkenaan angka angka unjuran ekonomi dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Menteri Ekonomi Azmin Ali tetap tidak mahu kalah Semalam Azmin berkata kira kira kadar pertumbuhan Keluaran Da...
Belanjawan Pakar Ekonomi Akui Sst Tidak Cekap Perlu Diganti

Belanjawan Pakar Ekonomi Akui Sst Tidak Cekap Perlu Diganti

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 257 hits
Beberapa pakar ekonomi termasuk dari pihak kerajaan mengakui sistem percukaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak cekap dan perlu diganti Antara mereka Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata k...
Ekosistem Perniagaan Dan Industri Perlu Digembleng Untuk Kejayaan Ekonomi Masa Depan Pm

Ekosistem Perniagaan Dan Industri Perlu Digembleng Untuk Kejayaan Ekonomi Masa Depan Pm

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 284 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Platform Big Agent Beri Peluang Lansia Bersaing Di Era Ekonomi Digital

Platform Big Agent Beri Peluang Lansia Bersaing Di Era Ekonomi Digital

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 217 hits
Dengan pekerjaan yang ada di aplikasi secara otomatis tenaga kerja tersebut telah mampu bersaing di era ekonomi digital Pekerja juga semakin produktif karena berbagai pilihan pekerjaan seperti survei promosi hingga akuisisi pasar disediakan
Pakar Ekonomi Benarkah Wawasan Kemakmuran Bersama Untuk Semua

Pakar Ekonomi Benarkah Wawasan Kemakmuran Bersama Untuk Semua

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 269 hits
Putrajaya hari ini memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Wawasan 2030 yang menyasarkan untuk memastikan pertumbuhan yang saksama merentasi garis etnik pada masa sama mengutamakan bumiputera Bagaimanapun pakar ekonomi Terence Gomez membangkitkan...
Polis Akan Bawa Jho Low Pulang Hujung Tahun Ini Kata Igp

Polis Akan Bawa Jho Low Pulang Hujung Tahun Ini Kata Igp

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 465 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yakin polis mampu membawa pulang ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low ke negara ini selewat lewatnya hujung tahun ini Beliau berkata sumber risikan polis m...
Suami Kata Isteri Complicated Waktu Period Senanglah Cakap Sebab Tak Rasa Sakit Senggugut

Suami Kata Isteri Complicated Waktu Period Senanglah Cakap Sebab Tak Rasa Sakit Senggugut

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 562 hits
Menjadi seorang wanita sebulan sekali pasti kedatangan haid Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja Namun ada yang mengala...
Pelajar Perlu Akses Bahan Sastera Negara Kata Siti Zainon

Pelajar Perlu Akses Bahan Sastera Negara Kata Siti Zainon

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 351 hits
Pelajar perlu akses bahan sastera negara kata Siti Zainon nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Sep 2019 12
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul

Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150