Sabah Izin Aktiviti Sukan Rekreasi Mulai Isnin


Oleh Izwan Abdullah - Foto hiasan KOTA KINABALU: Sabah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka atau tertutup, bermula Isnin ini.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu hanya untuk individu yang lengkap vaksin COVID-19.
Katanya, aktiviti berkenaan adalah antara 10 jenis aktiviti yang akan dibenarkan beroperasi semula di Sabah dalam prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 bagi Sabah yang akan dikuatkuasakan mulai Isnin ini.
Beliau berkata, semua aktiviti itu perlu mematuhi SOP lengkap vaksin kepada setiap individu sebagai syarat untuk menyertai atau melakukan aktiviti yang disenaraikan.
"Turut dibenarkan mulai Isnin ini ialah aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara individu atau berkumpulan di gimnasium atau pusat kecergasan dengan kapasiti 50 peratus atau tidak melebihi 30 orang, dengan syarat jurulatih dan peserta sudah lengkap divaksin.
"Aktiviti `hiking' atau mendaki bukit juga dibenarkan kepada individu sudah lengkap divaksin yang dilakukan secara individu atau berkumpulan dengan mematuhi kapasiti 50 peratus atau tidak melebihi 30 orang, mana yang lebih rendah," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata turut dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini ialah Pusat Latihan Maritim dan Pusat Latihan Penerbangan.
Katanya, aktiviti kolam memancing dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 6 petang dalam daerah yang sama dengan syarat pekerja dan pelanggan sudah lengkap vaksin serta mematuhi 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 30 orang.
"Aktiviti kapal persiaran domestik di perairan Sabah juga dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus dengan syarat semua anak kapal atau pekerja dan penumpang sudah lengkap divaksin.
"Bagaimanapun, aktiviti kelab malam dan pub tidak dibenarkan.
"Mesyuarat secara bersemuka dibenarkan semula kepada individu yang sudah lengkap divaksin dengan kapasiti 50 peratus keluasan bilik mesyuarat.
"Semua pejabat swasta dibenar beroperasi dengan kapasiti pekerja adalah mengikut peratusan pekerja yang sudah divaksin," katanya.
Selain itu, katanya kerajaan negeri turut membenarkan kilang dan kedai minuman keras beroperasi semula, namun kelab malam, pub dan pusat karaoke tidak dibenarkan dibuka.
Sementara itu, Masidi berkata institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mula dibuka secara berperingkat kepada pelajar yang sudah lengkap vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas lengkap vaksinasi.
Bagaimanapun, katanya, kemasukan sebenar pelajar adalah tertakluk kepada kapasiti IPT.
Masidi berkata, SOP terperinci mengenai semua aktiviti itu akan dikeluarkan esok

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/sabah-izin-aktiviti-sukan-rekreasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 Kampung Di Sabah Dikenakan Pkpd Mulai 27 Sept

1 Kampung Di Sabah Dikenakan Pkpd Mulai 27 Sept

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 208 hits
1 Kampung Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 27 Sept PUTRAJAYA Perintah kawalan pergerakan diperketatkan akan dilaksanakan di sebuah kampung di Sabah mulai 27 Sept hingga 10 Okt ini Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad dalam ke...
Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 280 hits
Gambar Hiasan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard lengkap vaksin Covid 19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini Juruc...
Aktiviti Lihat Bintang Bangkitkan Semula Pelancongan Sabah

Aktiviti Lihat Bintang Bangkitkan Semula Pelancongan Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 280 hits
Sabah menjadikan aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pelancongannya KOTA KINABALU Pihak berkuasa pelancongan Sabah memilih aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pada saat negeri itu bersedia membuka s...
Sabah Benarkan 10 Lagi Aktiviti Bagi Individu Divaksin Lengkap

Sabah Benarkan 10 Lagi Aktiviti Bagi Individu Divaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 374 hits
Kolam memancing dibenarkan beroperasi selama 12 jam dari 6 pagi bagi pelawat dari daerah sama PPN Fasa 2 Sabah Benarkan 10 Jenis Operasi Aktiviti Dibuka Isnin Ini KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah akan membenarkan lebih banyak aktiviti un...
Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini

Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula Mulai Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 181 hits
KAKITANGAN Golden Screen Cinemas melakukan persiapan untuk beroperasi FOTO Aswadi Alias Panggung wayang dibenar beroperasi semula mulai Sabtu ini di Sabah Jom tengok wayang KOTA KINABALU Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan membenarkan...
Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M

Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 487 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih baik sejak pembentukan Malaysia KOTA KINABALU Kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan keadaan di Sabah dan Sarawak lebih baik sejak pembentukan Malaysia adalah kura...
Gazette Sabah Day To Recognise The State As Co Founder Of Malaysia Says Star

Gazette Sabah Day To Recognise The State As Co Founder Of Malaysia Says Star

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 276 hits
Sabah Star deputy president Jalumin Bayogoh Pic courtesy of Sabah StarKOTA KINABALU It is time for Sabah to be given due recognition as a co partner in the formation of Malaysia This could be done through gazetting Sabah Day to mark the day...
Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

Sabah Sarawak Lebih Baik Selepas Sertai Malaysia Kata Tun M

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 256 hits
Dr Mahathir kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang membangkitkan idea Sarawak hanya untuk orang Sarawak dan Sabah hanya untuk orang Sabah KUALA LUMPUR Keadaan di negeri Sabah dan Sarawak lebih baik selepas ia menjadi sebahagian daripad...
Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 210 hits
Wilfred Madius Tangau mendesak kerajaan persekutuan melakukan reformasi Parlimen bagi memastikan ia memberikan sumbangan yang berkesan demi pembangunan negara KOTA KINABALU Pengerusi Eksekutif Yayasan Wisdom Wilfred Madius Tangau menyeru ke...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia